DIY skrub bibir

Menariknya bila kita boleh buat sendiri skrub bibir ini di rumah. Lebih menjimatkan dan mudah nak hasilkan. Skrub bibir berfungsi membuang lapisan sel kulit mati di bibir, melembapkan bibir sekaligus menjadikan bibir kemerahan cantik bak delima. Bila bibir mulai nampak lebam dan kusam sesuai sangat amalkan skrub ini.

Berikut perkongsian Cik Nyssa Anuar sebagai panduan;

DIY LIPS SCRUB at homeee
Guna apa ada kat dapur je. Senang, pantas siap dalam masa 5 minit, paling penting menjimatkan.SUPERR Affordable!!!

Container tu bekas balm angin so kena cuci bersih-bersih kalau tak panas tebal berangin bibir.

*Boleh guna brown sugar jugak/ jika suka perisa strawberi potong sikit lip balm merah nivea tu tenyeh-tenyeh sikit.

Bahan-Bahan:

4 Sudu Besar Gula Pasir/Gula Perang
2 sudu kecil Minyak Zaitun
2 sudu kecil Vaseline
Bekas Kosong

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas dan gaul sebati sehingga dapatkan tekstur seperti pasir pantai.

2. Masukkan dalam bekas dan simpan pada suhu bilik.

Info Ekstra!
Jika ingin perisa dan pewarna boleh campurkan dengan sedikit lip balm.
Boleh juga campurkan dengan sedikit madu.
Minyak Zaitun boleh digantikan dengan minyak kelapa, tapi lebih menarik jika dicampurkan dengan kopi.

MW: Semoga perkongsian DIY skrub bibir ini bermanfaat buat para wanita yang nak cuba sendiri di rumah. Lebih jimat, murah dengan cara semula jadi.Bibir pun jadi lebih cantik kemerahan!

Sumber: Cik Nyssa Anuar