Geramnya bila tengok orang lain tanam pokok, semuanya subur dan menjadi. Kita pula mula beralasan kononnya ‘tangan panas’ sebab semua pokok yang ditanam asyik mati sahaja. Malah ada juga alasan-alasan lain yang katanya tak ada tempat untuk menanam.

Sebenarnya, semua itu hanyalah alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kita rajin, tekun dan usahah, pasti menjadi. Tak adalah yang akan kata ‘tangan panas’, pokok tak menjadi.

Ada banyak cara untuk mak-mak nak pastikan tanaman itu ‘menjadi’ dan dapat hasil yang diinginkan. Hasil untuk makan anak beranak pun dah berbaloi. Jadi, kalau nak tanaman ini menjadi, subur dan gemukkan pokok ada caranya.

Tak perlu membeli baja yang macam-macam. Boleh cuba bahan dapur ini sebagai permulaan. Mana tahu, ia membantu kan! Ini perkongsian daripada Hasil Kebun Keliling Rumah yang boleh mak-mak jadikan panduan dalam memastikan pokok tanaman subur.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Tanaman Subur, Serangga Menjauh Diri, Tabur Kulit Bawang Jadi Baja!

Cara Jimat Menanam Dalam Tong Polisterin, Sesuai Untuk Rumah Tak Ada Ruang Tanah

Info Lebih Menarik DI SINI

‘Panas Tangan’ – Jangan Dikaitkan

Saya mempunyai pengalaman yang kurang enak dikongsikan di sini. Namun apabila tanaman saya tidak menjadi, kurus dan kurang hasil, saya cuba mencari jalan dan cara gemukkan pokok sama ada buah atau daunnya menjadi lebih subur seperti yang diharapkan.

Namun, perkara seperti ini kita jangan kaitkan dengan ‘tangan panas’ atau ‘tiada bakat’. Ia tertakluk dengan unsur-unsur zat yang diperlukan oleh sesuatu tanaman untuk hidup dengan sempurna.

Seperti kita juga, tanpa adanya kelengkapan asas, hidup kita juga tidak sempurna. Hidup memang boleh hidup namun kita tidak dapat menikmati kehidupan yang kita harapkan. Begitulah perumpamaan yang boleh saya berikan.

IKLAN

Di sini saya ingin kongsikan beberapa bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk menyuburkan lagi tanaman kita samaa da daunnya besar, cantik, buahnya besar, manis dan sebagainya.

Saya ada mencuba beberapa bahan ini sendiri dan ada juga info yang saya dapati dari beberapa blog dan belum sempat dicuba lagi.

Cara Gemukkan Pokok Tanpa Baja Kimia

Kita tidak perlulah bergantung kepada baja kimia sepenuhnya dan kita cuba guna bahan-bahan semula jadi atau organik selain dapat menjimatkan kos kita.

‘Tangan Panas’ Bukan Punca Tanaman Tak Menjadi, Cuba Bahan Dapur Ini Suburkan Pokok

Serbuk Kopi Terpakai

Biasanya, serbuk ini digunakan oleh kedai seperti ‘Starbuck’ boleh digunakan secara terus dengan cara menaburkannya pada pokok yang ditanam. Ia juga boleh direndam terlebih dahulu dan disiram kepada pokok yang kita tanam.

Kontranya pula adalah tidak semua tanaman sesuai menggunakan ‘baja’ ini kerana kandungannya sendiri 2% sebatian nitrogen, 0.3 fosforus, 0.3% kalium dan sedikit unsur mikronutrien boleh menyebabkan tanaman terbantut pembesaran terutamanya pokok tomato.

Jika anda mahu jadikannya sebagai kompos, pastikan serbuk kopi itu mestilah tidak lebih daripada 25% daripada keseluruhan kompos.

IKLAN

‘Tangan Panas’ Bukan Punca Tanaman Tak Menjadi, Cuba Bahan Dapur Ini Suburkan Pokok

Kulit Pisang

Ini pula adalah paling mudah dan sering saya lakukan. Kulit pisang yang dimakan jangan dibuang tetapi jadikannya sebagai penyumbang potassium kepada pokok anda. Kekurangan unsur potassium pada tanaman akan menyebabkan pokok terbantut, daun kuning dan gugur sebelum waktu, akar kurang sihat dan buah masak tetapi tidak sekata. Kulit pisang menyumbang potassium yang mana akan membantu tumbuhan ketika proses fotosintesis.

Cara gunanya mudah dengan memotong kulit pisang dan jemur sehingga kehitaman. Guna dengan menanam kulit di sekitar pangkal pokok. Itu cara yang agak rumit, saya lebih suka meletakkan kulit pisang terus ke keliling pokok dengan menutupnya dengan tanah supaya tidak didatangi serangga seperti lalat dan semut.

‘Tangan Panas’ Bukan Punca Tanaman Tak Menjadi, Cuba Bahan Dapur Ini Suburkan Pokok
Kulit Telur

Tidak kisahlah telur apa, janji ia mudah di dapati dari dapur. Saya suka guna kulit telur ayam. Setiap hari menggunakan telur sebagai bahan masakan dan kulitnya boleh dikumpul atau terus diproses. Kulit telur ini akan membekalkan sumber kalsium kepada tanaman anda.

Cara gunanya mudah. Saya sering mengeringkan dahulu (jemur) sebelum kulit tersebut dikisar halus menjadi tepung. Tepung yang terhasil di taburkan di keliling pokok.

‘Tangan Panas’ Bukan Punca Tanaman Tak Menjadi, Cuba Bahan Dapur Ini Suburkan Pokok

IKLAN

Uncang Teh Terpakai

Ya, yang sudah terpakai sebab kita ingin mengurangkan kos. Rugilah jika guna uncang teh baru. Selepas membancuh teh, uncang boleh terus diletakkan di keliling pokok sama ada diletakkan begitu sahaja atau ditanam bagi mengelakkan serangga seperti semut dan sebagainya.

Uncang ini akan bertindak sebagai humus atau juga dikenali sebagai agen pengekal kelembapan media tanaman.

‘Tangan Panas’ Bukan Punca Tanaman Tak Menjadi, Cuba Bahan Dapur Ini Suburkan Pokok

Kulit Udang/Cangkerang Makanan Laut

Sumber seperti kulit udang, ketam, kerang adalah penyumbang unsur nitrogen, phosphorus, kalsium dan chitin yang diperlukan pokok untuk membesar. Namun masalah terjadi menggunakan bahan ini adalah berbau busuk ataupun serangan serangga seperti semut dan lalat kerana ia berbau.

Bagi mengelakkannya, semua bahan-bahan ini dijemur kering dan dikisar halus sebelum digunakan dengan cara menabur di sekeliling pokok. Kaedah yang sama dengan kulit telur. Ia juga boleh ditanam dalam tanah untuk mengelak timbul bau yang tidak enak.

Itulah beberapa bahan semula jadi di sekeliling kita yang boleh digunakan untuk menyihat dan paling mudah.

MW: Bahan-bahan nak gemukkan pokok ini adalah yang biasa kita guna kat daput. Nanti, kalau dah pakai, jangan di buang, letak sahaja kat tanaman mak-mak ye!

Sumber: Hasil Kebun Keliling Rumah

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI