Masalah habuk dan kulat yang menempel kat perabot rumah, memang tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi denan keadaan cuaca sekarang ini. Habuk memang cepatlah menyinggah. Manakala, kalau cuaca sejuk pula, kulat-kulat cepat membiak terutamanya pada perabot rumah.
Kadang-kadang, jenuh nak membersihkan dan setiap minggu, inilah rutin yang harus mak-mak buat. Kan. Kalau beli gel silika yang menarik habuk dan kulat, agak mahal juga terutamanya yang berkualiti. Kalau beli yang murah, takut tak berbaloi.
Jadi, apa kata kita buat sendiri saja gel silika untuk nyahkan habuk dan kulat nie. Beli timbang kilo, bolehlah dapat banyak dan satu rumah boleh letak untuk menyahkan habuk dan kulat ni.
Perkongsian daripada Bijen Mohd, boleh membantu mak-mak untuk menyediakan sendiri gel silika ini. Moga bermanfaat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC
DIY Pasu Gantung Bajet, Tanam Sayur Boleh…Tanam Bunga Pun Cantik!
Info Lebih Menarik DI SINI
Dua Tahun Guna Cara Ini
Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah kongsi cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?
Kali ini, saya bagi testimoni sikitlah. Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ini saya buat deep cleaning kat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.
Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter kat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik. Issue permanently solved.
Jadi, saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah
1. Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu. Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
2. Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya. Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
3. Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik. Kristal ni boleh di kitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur. Kalau beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
4. Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya. Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Jangan salah faham pula.
Satu lagi tip nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan. So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik.
Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.
5. Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.
Jadi, nampaknya berhasillah eksperimen saya. Selamat mencuba!
MW: mak-mak boleh cuba, tak adalah tiap-tiap minggu bersihkan. Jimat masa dan tenaga.
Sumber: Bijen Mohd
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI