Bila hati dah jatuh suka dengan satu-satu kain langsir, sayangnya jenis hook pula. Sedangkan rod langsir di rumah lebih sesuai untuk kain langsir jenis ring.
Wanita ini, Nurul Razin berkongsi cara mudah menukar kain langsir jenis hook ke ring. Kain langsir tu dibelinya secara online di shoppe.
Kongsinya,
“Curtain shoppe. Percaya tak RM35 je sekeping. Lepas 200cm x 260cm labuh.
Saya ambil yang hook convert ring. Ring pasang sendiri je. Beli kat shoppe juga.
Selepas dah dapat curtain itu, Nurul menukar curtain jenis hook ke jenis ring. Katanya, dia gunakan curtain yang saiz lebarnya 145.
Ads
Nak bagi cantik alur curtain tu nanti, kenalah bagi jarak sama rata setiap letakan ring tu. Ini ukuran yang disertakan.
1. lebar curtain 100cm jarak antara ring 4 inci 2. Lebar curtain 120cm jarak antara ring 4.5 inci 3. Lebar curtain 140cm jarak antara ring 5 inci 4. Lebar curtain 145cm jarak antara ring 5.5 inci 5. lebar curtain 200cm jarak antara ring 5 inci 6. Wajib start dengan 1.5 inci
Seronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Sisa dapur yang ada jangan dibuang.Siapa sangka, hasil dari sisa dapur pun boleh dijadikan baja untuk suburkan tanaman organik.
Kalau mak-mak dah cuba macam-macam cara dan baja, tapi pokok payah nak subur boleh cuba siram ‘Booster’ Organik guna sisa-sisa dapur. Cara nak buat mudah, kosnya pun murah sangat.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!
“Rutin setiap pagi sabtu saya akan siram ‘booster’ organik untuk semua pokok agar lebih subur & sihat. Guna sisa-sisa dapur ja yang kita tak masak, tak makan, busuk atau expired.”
“Kulit bawang, batang kangkung/bayam, kulit pisang, kulit nanas, kulit betik, kulit limau, kulit ubi kentang/keledek, kulit telur, air basuh beras, air kelapa tua, nasi basi, susu basi, roti expired, hampas kopi/teh dan lain-lain. Apa-apa pon boleh campur sekali yang penting organik.”
Untuk proses fermentasi yang lebih cepat boleh guna EM/yakult/ragi tapai dan gula merah/pasir sebagai makanan mikrob/bakteria untuk membiak.
Lepas dah penuh campur semua kena tutup dengan kain ketat-ketat dan buka seminggu sekali pada 1 bulan pertama dan dikacau.
Minimum kena peram 1 bulan baru boleh guna. Saya punya tu dah 4 bulan lebih. Lagi lama lagi bagus.
Untuk permulaan boleh campur apa yang ada dulu..contoh air basuhan beras + kulit bawang + gula..yang lain-lain boleh tambah sikit-sikit ikut apa yang ada nanti sampai la penuh.
Ingat yer 1 bulan selepas campuran terakhir (penuh) baru guna..tanda-tanda boleh guna kalau dah tak bau busuk. Bau dia macam tapai kira dah jadi la..boleh guna untuk siram atau sembur.
Booster organik untuk semua tanaman saya. Ni lah mikroorganisma lokal (MOL) & juga sebagai baja/pupuk organik cair (POC). Spora putih menandakan dah cukup matang dan adanya banyak bakteria/mikrob baik yang sangat aktif.
Siap dibancuh dengan air hujan untuk disiram ke tanaman. 1 mug booster + 1 baldi 15 liter air.
MW: Mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur cuba siram dengan ‘Booster’ Organik guna sisa-sisa dapur ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara yang dikongsikan ini.
Berapa kali agaknya mak-mak gunakan minyak yang sama untuk memasak. Ada sesetengah suri, selepas dua ke tiga kali penggunaan, minyak masak akan dibuang. Macam mana pula cara mak-mak uruskan minyak terpakai di dapur?
Sarah Mustaza berkongsi cara pengurusan minyak masak terpakai (used cooking oil.UCO) yang tak lagi diperlukan di dapur. Dia tak buang ke dalam sinki kerana bimbing sinki tersumbat malah boleh menyebabkan masalah lain yang lebih besar.
“Saya yakin ini bukan kali pertama post tentang pengurusan minyak masak terpakai. Namun saya berbesar hati mengajak dan menggalakkan kita semua untuk kitar semula minyak masak terpakai di rumah (atau restoran, bagi yang berniaga).”
Minyak masak terpakai yang sudah tidak mahu digunakan, jangan dituang atau dibuang ke dalam sinki dapur, atau lubang tandas, atau longkang belakang rumah.
Selain menyebabkan masalah tersumbat yang teruk pada saluran sinki di kemudian hari, amalan ini juga mencemarkan alam sekitar.
1. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mempermudah urusan kita dan menjaga alam sekitar ialah, kitar semula minyak masak terpakai.
2. Lepas guna, boleh tuang ke dalam botol minyak yang kosong.
3. Kumpul sampai penuh, dan seal.
4. Buat benda yang sama setiap kali kita nak buang minyak masak.
5. Bila dah banyak, boleh dihantar ke mana-mana pusat kitar semula yang menerima minyak masak. Ada juga syarikat yang mengusahakan green energy atau low carbon energy yang akan membeli minyak masak terpakai daripada kita.
√ Mereka menggunakan minyak masak terpakai untuk membuat sabun dan sebagainya.
Sambil menjaga kebersihan saluran sinki dapur, alam sekitar juga terpelihara.
Semoga bermanfaat untuk semua.
*Pada gambar-gambar di bawah, saya catatkan sedikit nota dan maklumat yang berkaitan.
Minyak masak terpakai (UCO) boleh di tapis, simpan dan hantar untuk kitar semula.
Ada juga syarikat green energy yang akan membeli UCO ni daripada kita, antaranya syarikat Weimar Biotech ni.
Kesan buruk amalan mencurahkan (membuang) minyak masak terpakai ke dalam sinki dapur atau lubang tandas atau longkang.
Selain mendatangkan masalah saluran tersumbat yang teruk, amalan ini juga mencemarkan alam sekitar.
Apa yang kita boleh buat?
Beli satu corong turas kat mana-mana kedai perkakas rumah (kedai Eco pun ada rasanya), letak atas botol minyak yang dah kosong.
Bila-bila nak buang minyak masak terpakai, tuang je ke dalam botol tu.
Buat sampai penuh, kemudian seal dan simpan.
Antara minyak masak terpakai yang kami kumpul dan menanti masa untuk hantar ke pusat kitar semula atau mana-mana tempat yang nak guna semula.
Antara syarikat yang nak BELI minyak masak terpakai.
Mereka hasilkan sabun, dan sebagainya daripada UCO ini.
RM2/kg, harga yang diberikan untuk minyak masak terpakai yang dihantar ke sana.
Lokasi: Kepong
Boleh hubungi beliau untuk maklumat lanjut dan untuk tahu cawangan di negeri lain.
Antara pusat kitar semula yang menerima minyak masak terpakai.
Bagi area Negeri Sembilan, boleh hubungi nombor di atas.
Kawasan Putrajaya dan sekitarnya, boleh hantar ke sini.
P/s: Mohon kepada sesiapa yang dah biasa hantar ke pusat kitar semula, kongsikan lokasi masing-masing dan Lokasi pusat kitar semula yang berhampiran untuk rujukan orang lain.
Khasiat tomato memang tak boleh dinafikan. Bukan sahaja untk dijadikan penyedap dalam masakan tetapi ia turut memberi khasiat yang berguna kepada badan terutamanya kulit kita. Boleh dikatakan macam-macam kegunaanya untuk sebiji tomato.
Bagi mak-mak yang biasa menggunakan tomato dalam masakan dan kerap juga membeli, apa kata cuba tanam sendiri tomato ceri ini. Rupanya tidaklah susah sangat untuk menanamnya. Kena cara berbuah lebat lagi.
Nur Aida Md Zainuddin turut berkongsi cara menanam tomato ceri. Hanya guna tiga bahan sahaja, malah, tak perlu lama, dalam tempoh empat bulan kita sudah dapat hasilnya. Mungkin rasa agak lambat tapi bila dah dapat hasilnya, memang puas hati.
Cara Tanam Tomato Ceri
Sebenarnya, tak perlu nak tunggu empat bulan untuk dapatkan hasil tapi sebab alihkan pokok itu ke dalam bekas yang lebih besar rasanya.
Caranya:
1. Hiris tomato ceri. Lepas itu, letakkan hirisan tomato dalam bekas semaian (guna container pun boleh).
2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari)
3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan macam biasa ke tempat yang sesuai. Letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.
Nota kaki: Tomato ni memang perlu air yang banyak. Jadi, siramlah 2 atau 3 kali sehari kalau tidak pokok jadi cepat kering nanti.
Dalam masa 4 bulan, tak perlu jaga sangat, Cuma siram sahaja.
Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ini bawang putih sebbb binatang tak suka baunya
MW: Bagi mak-mak yang suka menanam tu, bolehlah cuba tanam tomato ceri. Mesti seronok. Senang pun senang, siram sahaja dan tunggu hasilnya.