Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor. Bila tengok pesakit yang kena, memang tak sampai hati dan ini salah seorang suami kepada pesakit kanser limfoma, Yusof Hashim yang meminta bantuan daripada orang ramai untuk bantu isteri dan anak-anaknya di kampung, baca luahan hatinya…
Isteri saya sakit kanser limfoma stage 4, doktor tak boleh teruskan kimo, radioterapi juga tak boleh teruskan. Kata doktor risiko untuk isteri saya diwadkan di hospital klang dari mula detect kanser tahun lepas dalam bulan 10 sampai bulan 6 tahun ni, kemudian di transfer ke hospital ampang, baru 3 hari di hospital ampang, doktor jumpa saya dan cakap doktor tak boleh teruskan dengan kimo dan suruh saya bawak isteri balik.
Doktor kata hayat isteri tinggal 3 ke 4 minggu sahaja. Alhamdulillah sekarang dah lepas 3 minggu isteri masih bernafas, isteri lemah tak boleh jalan, pakai lampin, tak boleh makan tak boleh minum, hanya masuk susu ikut tiub di hidung, susu ensure setin rm80.
Jujur memang beban pada saya, setin tahan lah dalam 3 hari, anak-anak masih kecil sorang umur 2 tahun, lagi sorang umur 10 bulan, kanser serang hidung isteri sampai dalam dah hancur, reput, melarat ke mulut, lelangit belubang. Nak gmbar boleh wasap saya, sekarang melarat ke bahagian gusi bawah dan ke tekak. Jadi sebab tu tak boleh makan dan minum, telan air liur pon seksa, doktor kata hayat isteri 3 minggu macam tu, dah lepas 3 minggu tapi selagi masih ada masa ni saya memang niat nak cuba cari jalan selamatkan isteri, cuma tak tau jalan, berubat kampung pilihan sekarang ni, modal untuk kesana sini saya memang tak berapa mampu.
Ads
Saya kerja sendiri bawak uber. Bila kerja ade la duit, kalau tak kerja tak de lah duit, apatah lagi nak buat belanja macam-macam sekarang ni. Memang beban sangat.
Saya dari keluarga sederhana. Keluarga isteri penoreh getah je, memang susah, jadi sekarang isteri di raub pahang dengan keluarga dia, saya akan balik selalu tengok dia, sekarang ada orang derma sikit boleh saya kurang kerja dan lebihkan pada isteri. Memang mak ayah dia tak de minta-minta duit pada saya atau orang lain. Tapi sebagai menantu saya tau diorang jaga isteri saya dengan anak saya, lagi ade 3 cucu iaitu anak kakak ipar saya, sebab kakak ipar ibu tunggal, mak mertua saya niaga kuih.
Ads
Tapi sejak isteri sakit dia yang jaga isteri dalam hospital berbulan-bulan sampai sekarang ni dah keluar hospital. Jadi saya tau memang beban tu pada mak mertua saya. Jadi tujuan mohon derma ade 2, satu untuk cari jalan selamatkan isteri saya dan kedua untuk hulurkan perbelanjaan pada mertua saya uruskan isteri saya dan cucu-cucu dia…
Ayah ini, Sahrom Ahmad, 59 terbang ke United Kingdom. Hajat hatinya mahu melihat majlis graduasi anak perempuannya, Nur Amalina Sahrom, 28.
Ujian menimpanya. Pada 12 Disember lalu, dia rebah diserang strok. Mengalami pendarahan otak dan perlu dibedah di Hospital Charing Cross, London.
Selepas menjalani proses rawatan kira-kira tiga minggu, doktor yang merawat mengesahkan Sahrom boleh dibawa pulang ke Malaysia.
Menerima rawatan di ICU di luar negara, bukan sedikit bil yang perlu dibayar. Keadaan semakin sukar, apabila polisi insurans pelancongan yang diambil oleh Sharom adalah ‘pay and claim’ (bayar dan tuntut) kemudian.
Keluarga ini kembali buntu. Mahu membawa pulang seorang pesakit yang baru disahkan stabil tentunya memerlukan bantuan perubatan dan logistik bagi membolehkan Sahrom pulang ke tanah air dengan selamat.
Dan semua itu melibatkan kos.
Nur Amalina yang merupakan anak sulung daripada dua beradik ini memaklumkan kos perubatan bapanya di sana saja dianggarkan berjumlah RM366 000.
Perlukan Lagi RM150K Agar Boleh Bawa Ayah Pulang
Dan kisah pesara swasta yang tak kesampaian melihat majlis graduasi anak perempuannya itu akhirnya viral. Keluarga ini mendapat sokongan dan bantuan daripada badan NGO yang melawat mereka di sana.
Melalui status facebook, Muzammil Ismail, Biro Perhubungan Antarabangsa Armada PPBM, memaklumkan Kelab Bunga Raya – United Kingdom, serta Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Malaysia London, Suhaimi Jaafar, Pengarah Education Malaysia London Assc. Prof Dr Shafie dan staff MARA, JPA telah bertemu dan berbincang dengan keluarga Sahrom melalui Amalina (anak) dan ibu saudaranya, Norehan Desa.
Dalam pertemuan yang turut dihadiri doktor pakar yang merawat Sahrom, Dr Ismail Dan Dr Mirch dan juga wakil doktor akan membantu proses perpindahan pesakit dari luar negara ini ke Malaysia melalui NGO, Medivac.
Bagaimana pun, keluarga ini masih memerlukan bantuan dana sebanyak RM150K untuk membolehkan membawa Sahrom pulang ke Malaysia.
Tentunya hajat keluarga ini dapat ditunaikan dengan bantuan rakyat Malaysia yang prihatin.
Anda warga prihatin, sudilah hulurkan sumbangan seberapa yang mampu pun agar ayah ini dapat pulang ke tanahair dan menerima rawatan di sini.
Sungguh malang tidak berbau, boleh berlaku dimana-mana sahaja.Penyebabnya adakalanya sungguh tidak diduga. Pesanan buat semua, berhati-hatilah ketika berada didalam bilik air.Keadaannya yang basah, lembab dan licin berisiko untuk jatuh tergelincir sekaligus boleh mengakibatkan kecederaan pada diri.
Seorang lelaki maut dan menemui ajal selepas tergelincir dalam bilik air dan terjatuh ke atas berus pencuci tandas menembusi tengkorak menerusi mata kanan.
Gambar ngeri menunjukkan mangsa berusia 60 tahun itu terbaring di katil hospital di Moscow dengan berus yang berlumuran darah masih terjulur dari kepalanya.
Pakar bedah terpaksa ‘mengopek tengkorak mangsa’ untuk mengeluarkan pemegang berus berkenaan, lapor Daily Mail.
Namun keadaannya semakin teruk dan meninggal dunia beberapa hari kemudian kerana tidak sedar daripada koma.Akhbar tempatan, Moskovsky Komsomolets melaporkan, mangsa tergelincir pada lantai bilik air di rumahnya di Istra.
Menurut laporan, berus berkenaan dikerat tetapi pemegangnya tidak dapat terus dikeluarkan.
“Doktor mengopek tengkoraknya dan membuang serpihan tulang berkenaan sebelum mengeluarkan pemegang berus berkenaan.
“Pada mulanya pembedahan nampak berjaya, namun pesakit itu tidak terjaga dari koma dan akhirnya meninggal dunia,” lapor akhbar berkenaan.
Jadikan kisah ini satu pengajaran.Semoga kita lebih berhati-hati dan berwaspada ketika berada didalam bilik air, bagi mengelakkan risiko yang boleh mendatangkan bahaya pada diri seperti terjatuh mahupun tergelincir ditempat sebegini.
Niat seorang ibu muda yang kononnya nak melawa anaknya jadi cemas apabila bayi tertelan anting-anting tanpa disangka-sangka. Mungkin kita tidak perasan atau rasa yang segalanya telah berada di tempat yang selamat, tetapi anak kecil akan melalui fasa suka mengutip apa sahaja yang dijumpai dan masukkan apa yang dikutip itu ke dalam mulutnya.
Kalaulah terlepas pandang, memang anak jadi mangsa bedah. Sebab itu jugalah asalkan jumpa apa sahaja di atas lantai, tolong segera kutip dan dibuang atau boleh diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Memang bila kita ada anak kecil di rumah, kita tidak boleh ambil sambil lewa akan perkara-perkara yang boleh menjadikan kita terlepas pandang dan kita kemudiannya sesal sendiri.
Ini berlaku pada seorang ibu muda, Puan Hafizah Md Zan apabila anaknya tertelan anting-anting, ikuti pengalaman ngerinya saat bawa anak ke hospital.
Tertelan Anting-anting
Alhamdulillah genap seminggu dah Dhia keluar Hospital Sultanah Aminah Johor. Empat hari masuk Hospital Muar. Tiga hari masuk Hospital Aminah.
Mana yang bertanya kenapa Dhia, gambar di bawah Bukti segala-galanya. 13/12/2017 Dhia telan sendiri anting-antingnya. Macam nak gugur jantung Mama bila tahu Dhia telan Anting-anting sendiri. Doktor pakar Muar ingat anting-anting Dhia akan keluar ikut najis.
Tapi beberape malam stay hospital, bagi ubat berak disuruh puasa selama 48jam. Namun anting-anting Dhia tetap tak bergerak seperti dalam gambar. Pakar Muar terpaksa Refer ke Johor sebab hanya Johor sahaja ada kamera untuk budak punya.
Sampai Johor Bahru, esoknye Dhia diminta puasa dan di masukkan ke OT. Doktor pakar cakap sekiranya tak dapat ditarik ikut mulut. Doc akan belah perut Dhia.
Selepas Masuk Bilik Bedah
Allah menggigil badan Mama dengar. Mama berdoa yang anting-anting dapat ditarik sahaja. Hari Isnin 18/12 tepat 12.30pm Dhia diberi ubat bius. Mama setia menanti di luar bilik Ot. Tak sampai sejam doktor dah panggil Mama dan anting-anting Dhia dapat ditarik keluar sahaja.
Bersyukur sangat Mama sebab Dhia tak perlu dibedah perut. Ini semua doa dari semua, Dhia pun makin aktif. Ini buat pengajaran pada Mama dan juga buat orang lain juga ya.
Nota:
Tindik telinga atau pakaikan cincin pada bayi memang boleh menyebabkan kebanyakan bayi tercekik. Ramai mak ayah tergesa-gesa untuk memakaikan anak-anak barang kemas. Seeloknya pakaikan mereka anting-anting bila anak sudah besar sedikit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...