Masalah lipas berlegar-legar di kabinet dapur sememangnya menyeramkan. Pertama sebab geli bila lipas tu terbang tak tentu arah dekat kawasan dapur, kedua sebab bau lipas memang meloyakan tekak.

Suri rumah wajib banteras kewujudan lipas ini. Sekali lipas bertelur, beratus ekor anak yang akan keluar. Eii.. memang meremang kalau fikirkan. Perkongsian Puan Zaila Mohamad tentang tip halau lipas dengan popourri pandan ini antara solusi murah yang geng suri boleh cuba.

Potpourri Pandan, Solusi Murah Halau Lipas Dari Berlegar-legar Di Kabinet Dapur!

Hari tu Mekla ada tanya dekat @mamatiamia2015 tentang tips untuk halau lipas kat dapur dan jawapannya beliau selalu beli potpourri atau wangian serai wangi letak kat dapur.

Tempohari juga Mekla ke majlis perkahwinan di Kuantan. Mereka letak bunga rampai dalam bekas di atas meja tetamu. Wangi uols.

IKLAN

So malam tadi buatlah projek love potion sket memandangkan bahan-bahan ada kat dapur. Antara yang diperlukan adalah daun pandan, wangian yang sudah expired atau tak nak pakai lagi dan botol kaca kosong. Hirislah Mekla dengan gigihnya dan titiskan minyak wangi tu ke dalam botol kaca dan masukkan daun pandan tu sekali.

Letaklah kat dapur atau kabinet. Wangi uols. Lipas pun tak nak masuk dekat.

IKLAN

Bahan-bahan

1 botol kaca
2 helai daun pandan (saiz lebar atau ikut cita rasa anda. Nak letak lebih pun boleh)
Pewangi kegemaran
* Kalau nak letak bunga segar lagi bagus!

Caranya

1. Racik halus bunga pandan macam nak buat bunga rampai tu. Kalau letak bunga segar, racik juga bunga segarnya.
2. Lepas itu, masukkan dalam botol kaca dan sembutlah perfume yang kita suka.
3. Kalau nak tutup dengan kain net pun boleh. Terpulang pada individu.

IKLAN

Hasilnya

Malam tadi suami saya bangun untuk sahur. Dia maklumkan yang lipas tak naik dah kabinet tempat saya letak botol tu. Nanti nak buat banyak-banyak lagi, biar pening lipas tu.. hahaha

Gunakan potpourri tu sampai kering dan dah tak ada bau wangi. Lepas itu boleh buat yang baru. Ulang saja cara itu. Tak rugi pun sebab satu rumah boleh bau semerbak mewangi dengan haruman pandan. Nanti akan ada feeling-feeling macam pengantin baru. Itukan bau haruman bilik pengantin ya tak?

Dengan lipas-lipas tak berani dah nak masuk dalam rumah. Kena kejar saka haruman potpourri pandan!

Sumber/Foto: Zaila Mohamad via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI