
Isi Kandungan
ToggleTaman kebun Puan Lisa Yusuff di kalangan netizen memang dah terkenal dengan keindahan dan kesuburan pokok-pokok sayur dan bunga-bungaannya. Istimewa taman tepi rumah Puan Lisa ini sampai hari ini masih dalam pemantauan Jabatan Pertanian.
Terkini, Puan Lisa cuba membela kelulut untuk mendapatkan madunya. Kelulut tak menyengat. Ia berbeza dengan lebah.
Step By Step Buka Sarang Kelulut Di Taman
1. Saya beli siap bermakna standy tapak saja. Penjual yang masuk hutan buat perangkat kat batang kayu untuk kelulut buat sarang. Bila ibu dan kelulut lain dah betul-betul bersarang barulah penjual hantar.
2. Apa itu tapak? Ia susunan batu-bata untuk letak sarang kelulut satu koloni.
3. Masa penjual hantar, sarang masing bertutup dengan plastik. Bila sampai ke tapak, masih dengar bunyi dengung kelulut dalam sarang.
4. Pesan pegawai pertanian, plastik perlu dibuka dalam masa satu jam. Masa nak buka, saya pakailah jaring tutup muka dengan sarung tangan takut juga kena sengat. Tapi rupanya tak ada apa pun.
5. Sebaik dibuka kelulut terus terbang merata-rata dalam kebun. Sebelah petangnya, saya perati seekor demi seekor mula terbang masuk balik ke sarang. Macam tulah hari kedua dan ketiga. Akan nampak kelulut dekat pokok-pokok bunga tu.

Syarat Penting
- Perlu ada bunga-bungaan warna terang. Sediakan banyak-banyak pokok bunga.
- Kalau tak kelulut akan cari sarang lain. Risau juga dekat sini ada dua tiga pembela kelulut. Sebab itu kena jaga bunga pastikan berbunga dan subur.
- Dalam taman ini ada zinnia, cosmos, jasmine, bunga tahi ayam
- Saya pernah dengar kelulut suka bunga air mata pengantin. Anak pokoknya dah ada cuma belum berbunga lagi.
- Ada juga bunga dari pokok-pokok sayur.
Bila Boleh Dapat Madunya?
- Kalau kelulut tu rajin dalam sebulan dah boleh ambil madunya.
- Gunakan picagari untuk ambil madunya. Sedut dari dalam kantung madu yang ada dalam topping dia.
Trend Bela Kelulut
- Kos madu kelulut mahal ketika ini, sebotol dalam RM50.
- Barangkali itu yang orang membela
- Kos membela satu koloni antara RM310 ke RM500
Sumber/Foto: FB Puan Lisa Yusuff via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta” Ikut Kemampuan Bukan Kemahuan!

Isi Kandungan
Toggle“Jangan malu dik, sedar diri cepat sebelum jadi hamba kereta” ikut kemampuan bukan kemahuan! Biar kaya, nampak tak bergaya. Bukan, biar papa, asal bergaya.
Ada duit sikit belajarlah menabung jangan pula berhutang dengan memilih membeli kereta berjenama luar negara. Eloklah memilih mengikut kemampuan bukan trend atau kemahuan diri. Takut nanti terjerat dengan hutang yang tinggi.
Buat adik-adik terutama yang bergelar eksekutif muda wanita sudah pasti anda juga mahu bergaya dengan kereta jenama luar negara, tak salah jika hendak beli tapi tolonglah selidik dulu adakah kita mampu membayar komitmen bulanan. Usah menyesal di kemudian hari ya adik-adik.
“Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta”
Bagi panduan anda untuk memiliki kereta agar berpadanan dengan pendapatan yang diperolehi, pakar ini berkongsi nasihat tentang tabungan kereta.
Menerusi perkongsian di Facebook Azizul Azli Ahmad ternyata apa yang dijelaskan memberi manfaat kepada mereka yang mahu memiliki kenderaan megikut kemampuan.
Malah menerusi satu soalan daripada warganet Azizul Azli Ahmad memberi panduan jelas untuk wanita tersebut mempertimbangkan jenis kereta yang layak dimiliki.
Pilihan Kereta Jenama Luar Negara Terletak Di Tangan Anda
“#TabungKereta
- Jika gaji sekitar RM3000, kereta yang sihat hanya sekitar RM36,000 sahaja. Rule of thumb adalah RM3000 x 12 = RM36,000.
- Bila kita jual nasi lemak sahaja, biasanya bank nak lihat dokumen kewangan kita. Aliran tunai kita dan macam mana kita nak buktikan bank kita ada RM3000 setiap bulan.
Bank biasanya akan ambil 40% sahaja dari pendapatan perniagaan ini.
- Boleh jadi RM1200 sahaja hitung pendapatan di mata bank. Kereta yang sesuai buat kita adalah kereta bawah RM20,000 sahaja. Carilah Axia atau Saga terpakai. Jangan malu dik.
- Jika masih berkenan City dan Vios juga, jangan beli yang baru. Carilah yang tahun 2000-2005 yang bawah harga RM20,000 sahaja.
- Jika teringin juga nak yang baru, mulalah menabung sebulan RM3000 sebulan sehingga 30 bulan. Selepas 2 tahun 6 bulan kita boleh beli Honda City baru yang harga RM90,000 sahaja.
“Habis nak makan apa bang?”
Suami kita kan nelayan, mesti banyak makan ikan.
Hidup Tak Selalunya Indah
- Hidup ini tak selalunya indah dik. Hari ini orang suka nasik lemak kita, tahun depan belum tentu. Hari ini masih banyak ikan di laut, tahun depan ikan mungkin dah tercemar laut.
- Paling penting hidup ini bukannya gaji, tetapi kena sedar diri kita siapa cepat cepat sebelum jadi hamba kereta.”
Apa yang dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad sebenarnya adalah realiti kehidupan hari ini. Benarlah katanya, “Kereta Hanya Alat Mudahkan Hidup” semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
“Pilih Yang Mampu Jangan Keliru” Warganet
Menerusi ruangan komen warganet banyak memberikan pandangan. Ternyata ramai yang menasihati agar memilih kereta yang hendak dibeli mengikut kemampuan sendiri.
Baca Di Sini : Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen
Wanita Ini Kongsi CARA Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Maybank

Mingguan Wanita : Ukur baju di badan sendiri. Jangn ikut trend, asalkan berkemampuan dan tidak dibebani hutang itu sudah memadai.
Sumber : Facebook Azizul Azli Ahmad
Anak nak sambung belajar mak-mak dah ready ke?
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Anak Kecil Tiada Hijab Dengan Allah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sahur Yang Akan Diingat Sampai Bila-Bila

Isi Kandungan
ToggleRamadan semakin menghampiri ke penghujungnya. Dalam pada kita bersiap sedia dengan segala kelengkapan raya, jadilah lebih prihatin, perhatikanlah juga keadaan sekeliling pada insan yang memerlukan.Mungkin ia hanya pemberian yang sedikit, namun paling bermakna dan amat diharapkan bagi yang memerlukan.Disamping itu, sesungguhnya anak-anak kecil lahirnya dengan fitrah, suci daripada segala dosa.Mintalah agar anak kecil berdoa, kerana keajaiban doa mereka ini tiada hijab dan mudah dimakbulkan oleh Allah.
Dua perkara penting tersebut ini merupakan ringkasan pengajaran dan pengalaman berharga yang dikongsikan oleh Mohd Fahmi Huzairi sewaktu bersahur baru-baru ini yang boleh dijadikan panduan buat kita.
Berikut perkongsian pengalaman yang dikongsikan;
“Pengalaman bersahur pagi ni paling akan aku ingat sampai bila bila. Masa aku tengah sedap nyekik (makan) dekat mamak,dari jauh aku tengok brader ni bungkus air kosong 3 dekat kaunter air.Aku tengok dekat luar atas motor dia ada isteri dan sorang anak lelaki dalam lingkungan umur 4 tahun. Masa dia lalu kat meja, secara tak sengaja aku tegur dia, sahur dengan air kosong je ke bang?
Dia senyum pahit je dan terus ke motor mungkin dia ingat aku perli dia, nasib baik dia tak tumbok muka aku.Aku pun tak tau kenapa aku tegur dia,tapi naluri hati bab-bab gini memang tak pernah salah, dari raut wajah dia pun, dah dapat agak mesti dia ada masalah kewangan. Jadi aku ambil keputusan untuk cuba bantu juga,sebab kalau betul dia tengah susah memang makan tahun aku nak hilangkan rasa bersalah nanti.
Ajak Bersahur Sekali
Aku bangun dan pergi dekat motor dia, dia macam terkejut dan mula buat muka garang,mungkin dia fikir kenapa aku ni macam tak puas hati dengan dia.(nak buat macam mana,muka aku memang kerek/sombong semulajadi bukan dibuat buat).
“Bang,minta maaf kalau salah sangka dengan teguran saya tadi,tapi sudi tak abang dan family makan sahur dengan saya.Saya ikhlas ni bang.”
Brother tu macam terkejut dan nak menolak tapi tetiba anak dia merengek cakap lapar.So dia, isteri dan anak dia pun join aku makan.Aku tau dia dan isteri agak segan,tapi mungkin sebab anak kot,dia join jugaklah aku sahur. Aku pun tak cakap apa-apa, takut tersalah cakap kang boleh buat dia lagi salah sangka. Cuma aku tanya lepas sahur ni nak ke mana,dia cakap nak balik Kota Tinggi Johor.
Doa Seorang Anak
Dah siap makan semua,sebelum berpisah aku selitlah keping (duit) sikit dekat dia buat belanja dalam perjalanan,tiba tiba dia peluk aku dan nangis.Dia cakap sebelum dia turun dari motor nak beli air kosong tadi anak dia dah merengek lapar.
“Isteri dia suruh anak dia berdoa semoga Allah hantarkan seseorang bantu mereka sekeluarga agar dapat bersahur dan bagi sedikit belanja supaya mereka lepas balik Johor. Dan tak sangka sepantas itu Allah jawab doa si anak.”
Aku pun macam biasa sebagai lelaki pan asia berjiwa sentimental,meleleh gaklah air mata.Dalam masa yang sama aku tambahkanlah sikit lagi keping (duit) bagi dekat anak dia cakap duit raya,sebab aku tau dia akan tolak punya kalau aku bagi lagi dekat dia.Aku fahamlah tengok raut muka bro tu,maruah dia tinggi,tapi cuma ego dia terpaksa direndahkan sebab dek anak.

So…dah siap drama dia pun geraklah ke destinasi dia, aku rasa cukuplah kot keping(duit) aku bagi tu untuk dia selesa sampai ke Johor.Lepas tu baru aku teringat,nama dia tak tanya,no hp tak amik apatah lagi nak selpie selpot. Tapi biarlah,rezeki dia dapat makan dan keping (duit) dari aku,rezeki aku dapat bantu dia dan dapat satu pelajaran paling berharga dari kejadian ini.
Doa Anak Kecil Tiada Hijab Dengan Allah
Doa anak kecil tiada hijab dengan allah. Inilah tujuan aku menulis panjang lebar nak bagi faham point penting, bukan nak cerita pasal aku bantu orang.Lepas ni boleh lah ajar anak anak tolong berdoa untuk korang dan sesiapa sahaja bila nak meminta pertolongan dari Allah.Sesungguhnya doa-doa anak anak kecil ni cepat makbulnya.
Terima kasih Allah bagi kesedaran yang berharga ni kepada aku. Semoga bermanfaat untuk anda semua juga.
Menarik perkongsian oleh lelaki ini. Semoga lebih ramai orang mempunyai nilai murni untuk membantu dan bersikap prihatin pada kesusahan orang lain.Selepas ini mak ayah bolehlah ajarkan anak-anak untuk mendoakan kita. Ini kerana sesungguhnya anak-anak kecil adalah bersih daripada segala dosa, dan doa mereka lebih mudah termakbul dan diperkenankan Allah.
Sumber:Mohd Fahmi Huzairi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Memang Kereta Viva Baik Hati..’ Ada Sebab ‘Vanfire’ Pancit Dekat Selekoh

Isi Kandungan
ToggleSetiap ujian dan pertemuan itu bersebab. Jika terima dengan hati sabar, tentu diberikan ganjaran yang tidak terhitung banyaknya. Sebagaimana kisah Khairunnisa Hamzah ini yang diuji kenderaan pancit betul-betul di selekoh jalan.
Biar pun awalnya sukar untuk mendapatkan bantuan. Berkat berselawat, akhirnya Allah hantarkan bantuan dari seorang pemandu kereta Viva yang baik hati.
Kebetulan, kejadian berlaku di Melaka. Dan dekat pula dengan kediaman pemandu kereta Viva itu. Maka, dibawalah Khairunnisa dan anak-anak ke rumahnya demi keselamatan.
Siapa sangka, lelaki yang membantunya itu rupanya pembuat perabot barang kayu dan besi. Manakala, Khairunnisa dan suami mengusahakan kerja-kerja menghias kediaman klien-kliennya. Bukankah itu satu kebetulan yang indah.
“Masa berborak dengan isterinya baru saya tahu mereka sedang nak cuba hidup baru. Nak pindah ke utara. Bekerja dengan sedara. Tapi sudah setup bengkel pertukangan di Melaka. Sebab nak dapat projek tu tak ada, tu nak bekerja dengan orang saja.
Subhanallah… Saya banyak kali sebut Subhanallah. Kemudian saya maklumkan kami mencari sahabat bertukang. Saya kenalkan diri kami Mommy Daddy Decor. Saya tunjuk YouTube saya.
Allah… Begitu rupanya pertemuan kami yang Allah tentukan. Doakan Ammar dan keluarga murah rezeki. Doakan banyak projek Ammar dapat. Mereka sangat baik. Kalau mereka tak tolong kami tadi, Allahuakbar, entah sampai bila kami tersadai dalam keadaan yang bahaya.” Kongsi Khairunnisa
‘Vanfire’ Pancit Di Selekoh Jalan
Nak jadi cerita.
Dekat situ tayar ‘vanfire’ pancit sepancitnya.
Betul-betul di selekoh. Tempat orang belok laju, double line dan ramai termakan belok. Mommy pujuk Daddy drive ke depan sikit sebab tak mahu tragedi berulang lagi bagi kes kereta rosak dan anak-anak berada di dalam.
Tak boleh jalan dah. Tu abang dah dirikan tikar dekat belakang sana nak bagi orang nampak” Daddy dah mula bongkar barang nak tukar tayar. Tapi…
Tapi itulah, dek kerana rim tayar canggih sangat, pakai yang emas, skrunya tak dapat dibuka dengan alat sedia ada.
Jeda!
Si kakak teringat kisah yang meragut 8 beranak tempoh hari. Terdengar si kakak arahkan adik-adiknya.
“Semua turun. Turun. Duduk tepi sana”
Mommy bawa anak-anak ke depan sikit.
Lama juga duduk di tepi. Sambil anak-anak mula berselawat sampai dah berQasidah.
Banyak kenderaan lalu. Tapi double line dan selekoh laju. Semua berlalu pergi.
Satu demi satu Daddy mula call.
Perlu dapatkan pembuka nut yang bercorak sama.
Belum dapat bantuan.
Lori ayam besar warna merah datang laju,
Lori ayam besar warna biru pula pergi berlalu,
Terhayun badan Mommy yang mendukung Asytar yang tak mahu diletak.
Terus berselawat sambil buat signal amaran pada Arsyad yang dah mula mencuba aksi yang bukan-bukan.
Baca sini : Keluarga besar, belanja dapur boleh mencecah Rm1000 untuk 2 minggu
Berkat Berselawat Didatangi Sebuah Kereta Viva
Tup tup, sebuah kereta Viva hijau berhenti.
Allahuakbar,
Memang kereta Viva baik hati
Orang Melaka memang baik dengan Viva ke?
Sungguh…
Terima kasih Ammar.
Ammar bincang dengan Daddy untuk ambil anak-anak dan Mommy untuk dibawa ke rumahnya yang berdekatan saja di simpang sebelum itu.
Mulanya kami menolak. Tak nak menyusahkan. Tapi, kata Ammar…
“Divider ni baru. Bukan apa, sebab dah ada kejadianlah di sini. Sini selalu terjadi…”
Allah, lemah lutut.

Selekoh Ini Bahaya.. Dibawa Ke Rumah Ammar
Sebelum apa-apa, baiklah akur.
Kami anak beranak memangku naik Viva Ammar.
Ammar bawa ke rumah sewanya.
Isteri Ammar masakkan cekodok.
Ammar ada anak seorang.
Dan Ammar tinggalkan kami dengan isterinya.
Ammar pergi bantu Daddy pergi ke bengkel kereta.
Duduk segan, tapi akhirnya cekodok dikunyah juga. Anak-anak dah bebas tengok tv. Kami berborak.
Ya Allah,
Rupanya ada sebab kenapa Allah berhentikan kami di situ!
Kalau kami pembuat makeover,
Ammar dan isteri adalah pembuat perabot, barang kayu, besi dan sebagainya.
Ammar ada bengkel.
Kami pula ada customer.
Ammar baru rancang nak mulakan hidup baru dengan pulang ke kampung di Utara, tetapi Allah ketemukan kami tadi dan nampaknya terlalu banyak peluang dan projek untuk bekerjasama.
Ammar ada bengkel,
Kami ada idea.
Kata si kakak Aisyah,
“Semua ni Allah dah rancang”
Benar belaka.
Bantuan Yang Tak Akan Dilupakan
Menurut Khairunnisa lagi, “Terima kasih Ammar Khan atas bantuan di kala kami dalam keadaan bahaya. Terima kasih Nur Farah Adlia kerana sudi berikan kami menumpang seketika di rumah kalian dengan cekodok panas pula. Terima kasih Raisya kerana sudi kongsi mainan untuk dimain bersama. Sungguh tak akan pernah kami lupakan kalian sekeluarga. Allah Maha Mengetahui kenapa kita berjumpa. Allahuakbar.
Hari yang diingati~sampai mati.
Sungguh saya terkedu menerima bantuan Viva Hijau yang Tuannya bernama Ammar. Teringat kisah Viva dari Melaka. Sungguh mereka begini, dalam keadaan diuji dan punya kemelut hidup tersendiri, tapi mereka hidup pandang bawah. Sanggup berhenti dan hulurkan bantuan walau itu selekoh bahaya. Ada anak kecil umur setahun lebih di tinggalkan sekejap untuk turun bantu. Di pujuk kami untuk anak anak ke rumah dulu sebab dah berapa kali selekoh tu kemalangan.”
Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI