Allahurabbi…dia dipukul sampai terkencing! Tak tahulah macam mana tahap derita Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, rupanya bangku dan tali pinggang juga antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul arwah sehingga meninggal dunia, semalam.
Kalau anda ikuti kes ini, memang timbul rasa nak marah dengan apa yang berlaku. Apa lagi bila tahu si kecil itu cuba bertahan walau sudah lama dipukul.
Barang yang digunakan untuk dera anak itu ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson untuk membantu siasatan kes pembunuhan mangsa.
Ads
Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan sejurus polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, kira-kira 12 tengah hari.
Mereka yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.
Ads
Pukul Sampai Terkencing
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunakan tali pinggang, pada malam kejadian.
Ads
“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.
“Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan bangku plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas bangku itu yang sudah patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tak dapat digambarkan dengan kata-kata jika dikhabarkan dengan berita sebegini. Pilunya rasa hati, apabila kehilangan empat orang ahli keluarga secara serentak, lebih-lebih lagi melibatkan orang-orang tersayang. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perasaan Mohamad Fazzli Toriman, 30 yang kehilangan empat ahli keluarganya serentak selepas terbabit dalam kemalangan maut membabitkan lori dan kereta di Sabak Bernam, semalam.
“Dalam tempoh dua jam, saya kehilangan empat ahli keluarga tersayang, terutama anak sulung (Aniq Anaqi) yang baru sahaja memasuki usia enam bulan,” katanya.
Mohamad Fazzli yang juga suami kepada Munira Abd Rahim, 30, salah seorang mangsa kemalangan maut Kilometer (KM) 43, Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang, tengah hari semalam.Turut terkorban ibu bapa Munira, Abd Rahim Abd Ghani, 61 dan Siti Fatimah Amat, 55 yang juga maut di lokasi kejadian. Kejadian itu turut mengorbankan anak sulungnya Aniq Anaqi, yang meninggal dunia dunia di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ).
Ketika ditemui pemberita di Bilik Mayat HTAJ, Mohamad Fazzli berkata, dia sempat mencium dan memeluk anaknya sebelum bertolak ke tempat kerja di Teluk Intan.
“Saya sempat berpesan kepada isteri (Munira) untuk berjumpa di kampung Khamis ini sebelum mereka bergerak dari rumah pada jam 10 pagi.Namun, tidak sampai dua jam, saya mendapat panggilan dari abang, Mohamad Fauzie, 36, yang memaklumkan isteri saya, anak dan ibu bapa mentua terbabit dalam kemalangan dan ketika itu, saya berasakan dunia gelap sebentar,” katanya.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohamad Faeeiz, 22 berkata, dia tidak menyangka panggilan yang diterima dari telefon bimbit Munira adalah panggilan yang mengejutkan buat mereka sekeluarga.
“Pada mulanya, saya ingatkan kakak ipar (Munira) menghubungi saya kerana ada perkara mustahak. Namun, jangkaan itu meleset selepas orang awam menggunakan telefon bimbit kakak ipar dan memberitahu dia dan ahli keluarga lain terbabit dalam kemalangan.
“Malah, saya meminta individu itu mengesahkan kejadian berkenaan dan dia membacakan maklumat kad pengenalan kakak ipar. Ketika itu, badan terasa lemah apabila mengetahu kejadian itu,” katanya.
Mohamad Faeeiz berkata, dia turut terkilan kerana tidak sempat berjumpa Aniq Anaqi sejak anak saudaranya itu lahir enam bulan lalu. Jenazah keempat-empat mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lorong Tujuh, Kampung Sungai Sireh, Sabak Bernam, malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata,
“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Kancil terbabit terbabas ke laluan lori sebelum merempuh bahagian hadapan kenderaan berat itu, namun siasatan lanjut masih dilakukan.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala bayi terbabit meninggal dunia di hospital.”
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati salah seorang penumpang hadapan Perodua Kancil itu tersepit.
“Anggota kami kemudian menggunakan alat pemotong hidraulik bagi mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga terus tabah dan diberi kekuatan menghadapi ujian yang menimpa. AlFatihah.
Perjalanan kehamilan Norlili Ab Wahab untuk mendapatkan cahaya mata penuh liku-liku. Norlili pernah keguguran waktu mengandungkan anak pertama. Apabila Allah beri rezeki hamil kali kedua, dia gembira. Dalam masa yang sama kandungan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.
Penuh berhati-hati. Tak sedikit pun terleka kerana tak mahu pisang berbuah dua kali. Norlili dan suami, Muhamad Hazri Zainal Abidin cumalah manusia biasa. Hanya mampu merancang dan perancangan Allah ternyata lebih baik.
Walaupun pahit untuk ditelan di awal berita. Apabila doktor sahkan kelahiran anak sulungnya, Nur Qiesya Adreena berkemungkinan Sindrom Down. Air matanya cuma mampu mengalir dengan laju. Bibirnya terkunci lidahnya kelu.
“Rasa nak kongsi pengalaman lahirkan anak sulung. Sepanjang hamil tak ada masalah. Cuma berat naik 2.3 kh sebulan. Lepas check bp ulang alik semuanya ok. Tak ada sakit ada-apa.
“GDM free, scan 20 weeks dah nampak. Masa itu scan di klinik kesihatan saja. Suamilah yang excited beli semua pinky pinky tanpa pergi detail scan pun untuk double check.
“Maybe juga naluri mama sendiri rasa anak perempuan.” Sungguhpun waktu dah masuk 30 minggu hati ibu ini merancang mahu melakukan detail scan, tapi kesibukan kerja suami dan kewangan yang tak mengizinkan buatkan Norlili tak dapat melaksanakan hasratnya itu.
“Kami serah pada Allah saja. Saya leaking pada 33 minggu. Air ketuban turun mencurah-curah. Kalut husband balik kerja terus bawa pergi hospital.
“Saya ini GBS +Ve carrier, keputihan masa hamil tu. Mungkin sebab saya suka makan manis masa hamilkan Qiesya.
“Seminggu juga doc pantau, air ketuban memang tak kering. Tapi ada tanda contraction mild. So, saya kena stay di wad.
“Husband ulang alik lepas habis kerja. Jauh juga. Kena pula cucuk dexa. Sampai saya cakap dekat misi, ‘sakit juga cucuk dexa ni misi. Selalu saya baca je’. Misi tu gelak siap cakap, ‘kira awak ok lah ni. Leh lagi bercakap, ada patient lain siap nangis meraung-raung’.”
Dalam keadaan itu, Norlili dinasihatkan agar menunggu sampai 37 minggu. Tapi waktu doktor pakar membuat pemeriksaan ke atasnya, bukaan rahimnya sudah mencapai 4 cm.
Cepat-cepat dia ditolak ke bilik bersalin. “Seingat saya minum air zam-zam dengan air selusuh terus rasa nak bersalin. Saya ditolak ke labour room. Misi baik-baik semua melayan saya.”
8 jam selepas itulah bayinya selamat dilahirkan. Tapi bayi itu dah terkena jangkitan kuman GBS dari ibunya. Lalu, doktor memasukkan bayinya ke dalam NICU.
“Berat bayi saya ok, 2.4 kg. Cuma dia kena on antibiotik. Keesokannya saya dah boleh discharge. Waktu saya nak tengok anak kat NICU, doc cakap tak boleh balik lagi.
“Sebab dia on antibiotik sampai paru-parunya clear. Masa itu jugalah doktor cakap anak saya suspected Sindrom Down.
“Jatuh air mata ibu tapi saya diam. Husband saya nampak sebak. Saya rasa tak percaya. Doc pun cakap baru suspected. Qiesya kena jalani ujian kromosom bagai.”
Andai Allah dah tetapkan dan tulis jalan hidup kita, siapa kita sebagai hamba untuk menentang qada dan qadar dariNya.
Dari situlah, Norlili berusaha jadi ikhlas dan redha.
“Saya bersyukur, saya bahagia selepasnya. Kasih sayang kami bertambah dengan kehadiran Qiesya. Dialah dunia saya sekarang. Dunia akhirat cinta kami untuk dia.
“Walaupun pada permulaannya tak mudah.” Norlili perlu menjaga Qiesya yang sakit sendirian kerana setahun suaminya dan dia PJJ (hubungan jarak jauh).
“Tak mudah untuk saya hadapi sendirian. Tapi ramai orang cakap saya kuat. Dan mereka sokong saya di belakang. Kerana Qiesyalah papa dia dapat kerja tetap. Dialah harta saya.
Norlili bersyukur anaknya Qiesya tak alami sakit apa-apa. Ujian itulah yang menambahkan rasa betapa orang lain ramai lagi yang lebih diuji darinya.
“Punya anak istimewa itu bukan satu dosa. Yang berdosanya kita yang mengata, menghina. Bukan tak ada yang pandang pelik tapi bagi kami, inilah saham akhirat yang akan pimpin kami di sana.
“Sedih itu biasa, normal. Kadang fikir macam mana dia kalau kita tiada. Menangis juga. Kadang sedih tengok dia tak diterima. Hanya kita yang dia ada. Jadi hargai, nikmati anugerah yang Allah bagi.
“Normal atau istimewa sama saja. Tetap sama di sisi tuhan. Cuma bezanya anak ini Allah janji tidak sempurna di dunia. Di akhirat sebaik-baik manusia.
Permata hari Norlili dan Muhamad Hazri ini baru berusia 2 tahun 8 bulan. Dia alami Sindrom Down, Trisomy 21, extra chromosome. “Extra cute.. kesayangan kami semua. Semoga Allah sentiasa jaga anak kami ini. Mama dan papa je adik adda. Kami sayang adik dunia akhirat.”
Yang nak jalan jauh balik ke kampung halaman musim-musim cuti perayaan ini, eloklah semak siap-siap baki Touch n Go mak ayah tu. Tak perlu lagi ke kaunter, boleh semak secara online saja. Mana tahukan, rupanya dalam kad Touch n Go kita tu ada lebihan rebate.
Bro Ohsem Akhtar Syamirini berkongsi langkah-langkah mudah untuk semak dan cetak terus transaksi Touch n Go mak ayah. Ada 6 kelebihan yang mungkin mak ayah tak perasan bila kita semak transaksi kita secara online ini.
1. Amat berguna untuk proses tuntutan tol.
2. Tiada lagi resit fizikal diperlukan.
3. Berguna untuk semak di mana kad Touch n GO telah digunakan.
4. Juga berguna untuk semak “rebate”.
5. Boleh semak baki terkini.
6. Mudah untuk uruskan banyak kad.
√ Nanti tak perlu lagi nak simpan resit banyak – banyak atau resit hilang dan lain – lain.
√ Kalau kad hilang pun boleh lagi tengok kat mana kad tu digunakan.
√ Kalau kenderaan hilang pun sedikit sebanyak dapat membantu. Tak perlu nak pergi kaunter Touch n GO untuk urusan macam ni.
Allahuakbar, ibu tak ada siapa-siapa dah. Hidup ibu sunyi tanpa hampa bertiga. Kenapa tak bawa ibu sekali, adik abang tarik tangan abah sekali ke syurga.Al-Fatihah, Nor Hamiza.