Dilahirkan 2 rahim, 2 serviks & 2 vagina. Doktor sahkan sukar hamil, wanita kongsi rencana Allah lebih istimewa.  Sempurnanya ciptaan Allah, tiada siapa mampu menandinginya.

Satu perkongsian seorang isteri di Tik Tok @idaahamzah yang mempunyai dua rahim, dua serviks dan dua vagina menarik perhatian ramai apabila berkongsi kisah hidupnya. Jarang didengar tetapi kisahnya yang mempunyai dua kali ganda rahim, servik dan vagina atau dalam istilah perubatan di sebut didelphys uterus membuatkan ramai yang bertanya.

Dilahirkan 2 Rahim, 2 Serviks & 2 Vagina

Bahkan di Tik Toknya itu, Ida menulis, “inilah anak ibu yang sangat kuat. Lahir dari rahim ibu yang special. Tak pernah sangka yang akan ada lagi “kekurangan” yang menguntungkan ibu. Terlahirnya anak sayang ibu dari rahim ibu yang berbeza dari orang lain. Ibu ada dua rahim, dua servik dan dua far*j. Tapi anak ibu boleh lahir secara normal dan sihat. Berat lahir 3.05 kg.

@nuhabihaa Baby ajaib ibu. Lahir dari rahim ibu yg special. Dan secara normal. Syukur selalu #uterusdidelphys #abnormal #berbeza ♬ original sound – motivasi_fiqsam – Fiq Sam || The MoFS

 Memetik Sinar Plus yang mengadakan temuramah bersama wanita istimewa ini, dikongsikan kisahnya. Menurut anak jati Kedah, Nur Hasmidah Hamzah, 31 tahun dia terkejut dan tak sangka apabila disahkan mengandung dua tahun lalu.

“Sebab doktor beritahu dulu peluang untuk wanita yang ada dua rahim mengandung tipis. Kalau mengandung pun, senang keguguran. Dan kaedah bersalin pun hanya melalui pembedahan serta bayi pramatang.

“Rahim ganda ini ruang dia sempit. Jadi bila bayi makin besar, rahim akan ‘expand’ kan. Saya bernasib baik sebab kandungan tiada masalah. Sakit apa pun tak rasa.

“Masa kandungan  dah 3rd trimester, bayi pun jantung ok, tak ada abnormal apa. Dan tak songsang. Mula bayi lapan bulan, dia dah tak boleh pusing-pusing,” ujarnya.

Dilahirkan 2 Rahim, 2 Serviks & 2 Vagina. Doktor Sahkan Susah Hamil, Wanita Kongsi Rencana Allah Lebih Istimewa

Bicara Hasmidah lanjut, dia mengetahui keadaan diri mempunyai dua rahim itu ketika berusia 26 tahun.

“Dapat tahu umur 26 tahun. Ketika itu masih bujang. Ia bermula ketika itu saya mendaki bukit Broga dengan kawan-kawan. Saya mengalami sakit perut yang amat sangat.

“Selepas itu pendarahan jadi abnormal berwarna hitam pekat dan berterusan selama tiga bulan. Sebelum itu, darah haid saya juga dua kali sebulan. Bila tanya kawan-kawan, ada yang mengalami perkara sama jadi saya tak sangka rahim abnormal. Saya lakukan pemeriksaan di klinik.

“Selepas scan doktor maklumkan rahim saya ada dua cuma tak tahu lagi bentuk dan jenisnya. Perlu lakukan MRI untuk selanjutnya. Sangat rare dan jarang berlaku tapi ada. Nisbahnya satu dalam sejuta.

“Saya menangis dan terduduk selepas doktor menerangkan keadaan diri saya dikenali Bicornuate Bicollis berisiko sukar mengandung selain jika hamil akan mengalami keguguran atau bayi pramatang serta bersalin hanya secara pembedahan,” ujarnya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Istimewanya Roti Bakar Ala Kampung..” Air Tangan Ibu Paling Lazat! Kenyang Sampai Petang

“Azal Bukan Gila, Jaga Ibu & Abang Azil” Zarina Sedih Tertulis Di Wikipedia Anak Kurang Waras   

Bagaimanapun katanya, dia tidak merahsiakan perkara tersebut kepada pasangan (suami sekarang) dan bersyukur dapat menerimanya.

Dalam pada itu, wanita yang kini menetap di Terengganu itu bersyukur dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun lapan bulan.

“Insya-ALLAH, jika diizinkan ALLAH, saya boleh bersalin lagi selepas ini. Saya pun lepas bersalin dan habis darah nifas, setahun enam bulan juga tak datang bulan.

“Bulan November lepas baru datang bulan (haid) untuk pertama kali selepas bersalin. Dan hanya sekali kitaran je darah keluar. Mungkin darah dari rahim yang kedua belum mahu keluar,” bicaranya.

Pesan Nur Hasmidah buat wanita di luar sana yang sedang mengalami masalah diri mahupun zuriat, kekal tenang dan bersangka baiklah selalu dengan aturan ALLAH.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI