“Azal Bukan Gila, Jaga Ibu & Abang Azil” Zarina Sedih Tertulis Di Wikipedia Anak Istimewanya Kurang Waras. Allahu ada saja tindak tanduk yang kurang cerdik dari insan yang tidak berhati perut.
Sanggup menulis di Wikipedia dan menuduh anak kepada pelakon Zarina Zainuddin kurang waras.
Sebagai ibu yang melahirkan sememangnya berasa sedih dan kecewa. 9 bulan ibu kandungkan anak-anak, susah senang hanya ibu yang tahu, sampai hati orang nak berkata begitu.
Baru saja memuat naik sebuah video yang ditulis di Wikipedia tentang salah seorang anak kembarnya yang bernama Azal yang ditulis gila oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.
Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri menjadi mangsa tohmahan.
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata azal gila ibu tengok ni .
Ads
“Saya yang baca jadi terkedu sejejap saya peluk dia saya kata azal tak gila azil tak gila.
“azal dan abang azil anak istimewa. Anak ibu.
“Allah ada. Biar orang kata apa Allah ada.
“kalau azal sayang ibu jangan sedih tau,” luah Zarina.
Menerusi sebuah lagi video Zarina turut mencoret tentang anak kembarnya dan berharap mereka terus kuat!
“My Azal. Stay Strong my anak” #azalazil #autism #autismawareness
“Kak Ina & Azal Sayang, Sabar Tau!”
Menerusi ruangan komen rakan artis serta pengikut setia Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat buat Azal.
Ads
“Anak syurga Allah. Be strong sister we love u” Fashasandha
“This is horrible! Kak ina repost and cari orang yang buat ni sampai dapat!” Catrionabrianross
“Segala info wikipedia or google kebykan salah! X sangka ni yg paling jahat! Kak ina n azal syg.. sabar tau.. semoga kita dpt pelaku sbnr” jozlynnhanania
“Bukan azal.. azal x gila. Azal anak baik. Azal bijak berdikari hebat” ffatysui_
Bela kuku sepanjang 13 meter, 25 tahun tak pernah potong!. Tak dapat bayangkan bagaimana menguruskan kehidupan seharian apabila memiliki kuku yang sangat panjang. Serba serbi rasanya menjadi sukar. Pasti ada alasan tersendiri, kerana tidak mahu memotong kuku.
Wanita pemegang rekod dengan kuku tangan paling panjang di dunia, Diana Armstrong, 64, mendedahkan punca dia berhenti memotong kuku disebabkan kematian anak perempuannya, lapor portal berita MailOnline semalam.
Menurut Armstrong, anaknya, Latisha meninggal dunia semasa tidur akibat serangan asma semasa berusia 16 tahun.
Mendiang ialah individu yang bertanggungjawab merias kuku Armstrong setiap hujung minggu dan selepas kematiannya, wanita itu bersumpah tidak akan memotong kuku tangan lagi.
“Ini adalah cara bagaimana saya mengenang Latisha selepas dia meninggalkan saya secara tiba-tiba,
“Hanya dia sahaja yang tahu bagaimana mahu merias kuku saya dengan baik dan saya mahu sentuhan kali terakhirnya pada kuku saya tidak hilang,” katanya.
Kali terakhir Armstrong memotong kuku tangannya adalah pada tahun 1997, iaitu 25 tahun yang lalu. Jumlah keseluruhan gabungan kuku tangan yang dimiliki wanita ini berukuran 13 meter yang bersamaan panjang sebuah bas sekolah.
Kuku pada ibu jari kanannya adalah yang paling panjang, berukuran 1.2 meter, manakala kuku pada jari kelinking kirinya adalah yang paling pendek iaitu 0.9 meter.
Menurut Armstrong, sejak memiliki kuku panjang, dia terpaksa melupakan hasrat memandu kenderaan, pergi ke tandas awam dan sering bergelut untuk menarik zip pakaian.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
‘Trend’ Bela Ayam Hibrid Seberat 50gram, Dijadikan Haiwan Peliharaan Di China! Berbanding kucing, burung, ikan dan anjing, spesies ayam hibrid yang dikenali sebagai ayam rutin kini menjadi kegilaan dan trend dalam kalangan pencinta haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Ayam hibrid domestik itu malah disifatkan sebagai ‘ayam terkecil di dunia’, iaitu hanya sebesar penumbuk manusia dan seberat 50 gram.
Golongan pencinta haiwan di China ketika ini berlumba-lumba mendapatkan ayam tersebut dan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Malah, mereka juga menyediakan ‘reban istimewa’ untuk ayam tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai bahan termasuk lampu, tumbuhan, tangga dan juga ‘rumah tidur’.
Ayam tersebut mendapat nama daripada vitamin P, iaitu flavonoid yang terdapat dalam buah-buahan sitrus serta beberapa tumbuhan.
Ayam itu juga merupakan haiwan yang produktif, iaitu mampu bertelur 300 hari dalam tempoh setahun.Biasanya, telur yang dihasilkan lebih kecil berbanding telur burung puyuh.
Biarpun boleh dipelihara dalam rumah kondominium memandangkan saiznya yang kecil, ayam rutin sebenarnya memerlukan lebih banyak penyelenggaraan berbanding anjing dan kucing.
Selain itu, haiwan berkenaan juga memerlukan suhu yang bersesuaian agar tidak terlalu sejuk dan juga panas.
Mingguan Wanita: Comel juga ayam kecil macam ni, hanya seberat 50 gram dan sebesar saiz penumbuk manusia je. Malah kerap bertelur pula.Memang menarik dijadikan haiwan peliharaan.
Intipati penting pengumuman Bajet 2023 khas buat wanita dan seisi rumah. Pengumuman Bajet 2023 yang di sampaikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz petang tadi pastinya dinanti-nantikan oleh semua pihak. Bukan sekadar kumpulan B40 tetapi juga M40, wanita, belia, OKU dan semua segmen masyarakat.
Bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama. Bajet 2023 berteraskan oleh 3R iaitu responsif, bertanggungjawab, reformis memperuntukkan sejumlah 372.3 bilion ringgit.
Antara intipati menarik yang Mingguan Wanita perincikan, khusus memanfaatkan golongan wanita, suri rumah dan seisi keluarga adalah seperti berikut;
Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM 500 ringgit dengan peruntukan 150 juta ringgit.
2.Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023.
3.Pusat Sokongan Sosial Setempat akan diperkukuhkan bagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.
Memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks yang diperintiskan menggunakan kaedah baharu ujian saringan PCR kepada kaum wanita dengan peruntukan 11 juta ringgit.
Bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran, sejumlah 235 juta ringgit dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat.
Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh ‘career break’, Kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028.
Suri rumah yang membuat caruman KWSP minimum 60 ringgit setahun akan mendapat insentif padanan tambahan Kerajaan bernilai sehingga 600 ringgit setahun merangkumi 480 ringgit simpanan KWSP serta 120 ringgit caruman Skim PERKESO.
Inisiatif Kontraktornita bagi menyokong penyertaan lebih ramai kontraktor wanita Bumiputera dalam perolehan Kerajaan. Sebanyak 50 juta ringgit nilai projek-projek kecil akan dikhususkan kepada kontraktor wanita kelas G1 hingga G4.
Pelepasan cukai sehingga RM3,000 ringgit ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar sehingga tahun taksiran 2024.
Bantuan Awal Persekolahan RM150 akan diberikan pada Januari 2023 kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023.
Pertama: Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; Kedua: Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama, sebelum ini, duti setem bagi rumah bernilai 500 ribu ringgit ke bawah telah dikecualikan sepenuhnya hingga akhir tahun 2025.Rumah bernilai lebih 500 ribu hingga 1 juta ringgit, pengecualian bayaran duti setem akan dinaikkan daripada 50 kepada 75 peratus sehingga 31 Disember 2023.
Mulai tahun 2023, semua pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang antara keluarga seperti daripada suami kepada isteri, bapa kepada anak atau datuk kepada cucu hanya dikenakan duti setem sebanyak RM10.
Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM 100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM 700 dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350. Manakala Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada bulan Mac 2023.
Ia menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 dan dibayar secara berperingkat adalah sebanyak RM 2,500.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak RM2,500. Ini ialah kategori baharu sebagai usaha Kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak.
Bagi isi rumah sehingga empat orang anak pula, akan layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.
• Kepada isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 ringgit,BKM yang disediakan adalah antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.
• Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula,mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.
•Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga 3,000 ringgit. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding 2,500 ringgit tahun ini.
Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih 50 ribu hingga 100 ribu ringgit.
Pertama : Banjaran pendapatan bercukai lebih RM 50 ribu hingga RM 70 ribu, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus; dan Kedua: Banjaran pendapatan bercukai lebih RM 70 ribu hingga RM100 ribu, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.
Semoga Bermanfaat.
Mingguan Wanita: Sama-samalah kita ambil tahu, merebut peluang dan memanfaatkan bajet yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Teruja mendengar cerita Dr Azura Hashim menerusi podcast baru-baru ini, tentang rezeki yang masuk tiba-tiba dalam kehidupan dia dan suaminya selepas amalkan tahajjud. Apa yang menarik, sebelum ini rezekinya lebih berbanding suaminya namun berubah setelah amalan tahajjud yang dibuat oleh imamnya.