Bila diri dikhianati apatahlagi suami sendiri, memang sakit. Sebenarnya Allah nak ‘angkat’ darjat wanita solehah. Dalam sebuah rumah tangga, apabila dicurangi, sakitnya memang tidak dapat digambarkan perasaannya.
Mungkin sakitnya lebih perit berkali ganda berbanding seperti isi disiat daripada kulit. Begitulah perumpamaan betapa ‘tercederanya’ jiwa pihak yang dicurangi dan dikhianati.
Berikut perkongsian yang dikutip daripada catatan Ila Fadzilah di laman Facebooknya.
BILA LELAKI CURANG
Sudah lama saya dapat mesej ini, dari time raya. Tapi masih belum berbalas sebab bab-bab perangai manusia ni agak kompleks dan rumit. Kalau nak membalas dengan baik, lebih tepat kiranya saya betul-betul memahami situasi dan permasalahan empunya diri.
Saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri, orang lain dan pembelajaran. Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak cocok dengan semua orang.
Cumanya saya boleh katakan pada wanita, bila suami berlaku curang, angkatlah darjat anda sebagaimana Allah mengangkat darjat anda dengan ujian sedemikian. Tak perlu serang atau konfront (semuka) pihak ke 3, fokuskan pada isu antara anda dan hubungan anda dengan suami.
Anda cuma berhak ke atas suami, bukan pihak sana. Tak perlu merayu supaya pihak sana tinggalkan suami. It takes two to tango. Usah rendahkan diri pada mereka sebab martabat anda lebih tinggi dari kekasih gelap suami. Selesaikan isu dengan suami. Usah buang masa memikirkan pihak ke 3 yang biasanya akan sentiasa rasa mereka lebih bagus dan ‘menang’ kerana mampu buat seorang lelaki berkahwin jatuh cinta kali kedua dengan godaan dan pujukan.
TAK PERLU SERANG PIHAK KETIGA
Bendung emosi marah, geram dan sakit hati. Tak perlu serang pihak sana kerana akhirnya anda akan ‘kalah’ bila suami senantiasa jadi hero untuk heroinnya yang tidak sah. Dan akhirnya anda yang nampak ‘jahat’ di mata suami. Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami dayus mahupun betina rakus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional.
Sebenarnya Allah Nak ‘Angkat’ Darjat Wanita Solehah
Ads
Kuatnya wanita kerana kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nusyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), anda tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak layak mengemudi rumahtangga. Apatah lagi bila senang saja beliau jatuh ke riba seorang perempuan yang tiada ikatan di sisi Allah.
Jangan menyiksa diri dan emosi memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda sebagai isteri yang sah. Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang lebih dambakan perhatian bila ibubapa semakin renggang. Andai berkemampuan, bawalah anak-anak pergi bercuti atau bersiar-siar. Cipta bahagia untuk diri sendiri.
Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran.
Saya dulu, setiap hari menzahirkan rasa sedih dan duka di dalam 3 buah diari sekadar melepaskan duka di hati. Saya lega selepas menangis di atas kertas. Usah bercerita terlalu banyak hal kecurangan suami di media sosial. Banyak buruk dari baik. Anda akan nampak lebih buruk di mata suami, walau sekadar mahu melepaskan rasa marah dan sakit hati. Diam bukan bererti mengalah tetapi berfikir untuk masa depan dan create a sense of direction.
Hati sesiapapun milik Allah. Andai rasa sayang masih menebal, berdoalah semoga suami kembali ke pangkal jalan. Berbincang dengan suami tentang jalan penyelesaian samada suami serius dengan hubungan terlarang (berkahwin atau suka-suka).
Masalah perlu diselesaikan dengan cara yang praktikal dan pragmatik, bukan emosi. Lelaki yang baik akan tahu halal haram dan jelas dengan matlamat hidup. Andai suami sudah tetapkan pilihan, anda harus tetapkan matlamat dan pilihan anda. Bersedia atau tidak, apa saja kemungkinan persiapkanlah mental untuk reda dan terima keadaan yang mugkin berbeza dari sebelumnya.
BUKAN MALAIKAT
Ads
Wahai isteri! Kita bukan malaikat yang mampu menarik tangan suami untuk meninggalkan maksiat. Tak perlu salahkan diri atau terlalu peduli dengan tanggapan serta kata-kata orang luar. Tapi kita sendiri perlu belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Andai suami tidak juga berubah ke arah lebih baik, anggap saja objektif kehidupan kita tidak sama dan mungkin bercanggah antara satu sama lain. Bila keadaan sudah terlalu runcing, buatlah kronologi peristiwa penting serta berapa banyak tempoh masa suami di rumah serta nafkah yang diberikan suami.
Kumpulkan bukti kecurangan suami. Semua ini penting sekiranya konflik berakhir di mahkamah. Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian besar kes kecurangan akan berakhir dengan perceraian. Samada isteri memohon cerai atau suami yang menceraikan.
Yakinlah walau perceraian berlaku akhirnya, Allah mahu selamatkan seorang isteri yang baik dan solehah dari seorang suami yang durjana.
Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, tidak akan curang sama sekali walau di atas kelemahan pasangan atau apa alasan.
Curang bukan pilihan, walaupun kononnya atas alasan mahu menambah isteri atau mencari kesempurnaan seorang wanita. Tapi siapalah kita untuk menghalang cinta di hati orang lain sebab hati mereka bukan milik kita melainkan dengan doa dan kekuatan iman.
Biar puas kita berbuat baik walau dibalas racun, kerana akhirnya pasti kebaikan itu akan dikenang sang suami walau ketika nyawa di hujung hayatnya, walau mungkin jodoh kita dengannya di dunia sudah terputus ketika itu.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sepanjang malam, mungkin mak ayah terperasan bila anak tidur gigi bergesel. Rasa nyilu pun ada. Tak adalah setiap malam berbunyi dan ada malam-malam tertentu.
Dari istilah perubatan ada maksud-maksud tertentu. Tapi dari sudut pandangan ustaz berbeza pula. Mak-mak dulu cakap anak yang tidur gigi bergesel, anak degil dan bermasalah. Sejauh mana kebenarnya, kita tak pasti.
Bagi Dato’ Ustaz Sharhan Shafie ini pula, ini pandangannya dari apa yang beliau belajar daripada maksud anak tidur gigi bergesel.
Tidur Gigi Bergesel, Tanda Anak Bermasalah & Sensitif
Persoalan daripada seorang ibu yang bertanyakan tentang anaknya yang berusia 4 tahun. Masa tidur, dia terdengar gigi anak bergesel. Bagaimana cara untuk elakkan perkara ini.
Penjelasan Ustaz:
Kebiasaan anak ini bermasalah degil, dia boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Kadang-kadang anak ini susah untuk mengalah dengan adik beradik dan juga ada gangguan.
Bagi elakkan keadaan ini, jangan lupa baca satu doa atas kepala anak. Dengan ayat ini mudah-mudahan anak jadi orang yang baik dan sentiasa taat pada Allah SWT.
Bacalah ayat ini:
Allahumma yassir wala tu’assit.
Ya allah, mudahkanlah dan janganlah engkau persulit.
Ini sebagai satu ikhtiar.
Walau bagaimanapun, bunyi ini biasanya pada kanak-kanak, bukannya suami, isteri atau orang dewasa. Ini tiada kaitan.
Berbunyi Tapi Bukan Anak Yang Dikatakan
Terdapat juga komen-komen yang diterima daripada ustaz ini yang mengatakan anaknya tidur gigi bergesel tapi bukanlah seperti yang diperkatakan, degil atau sensitif.
Jelasnya, apa yang beliau belajar dari guru, KEBIASAANNYA begitulah, tapi kalau bukan, ia tidak menjadi masalah pun. Membesarlah anak itu sebaiknya.
Mingguan Wanita : Pandangan dan oenjelasa berbeza dari guru agama dan perubatan. Sekadar untuk ikhtiar dan moga anak-anak membesar dengan sebaiknya.
Salah ke didik anak mewah walau mak ayah itu mampu? Dan macam mana istilah mewah itu pada sudut pandang anda sendiri?
Adakah ini termasuk beli gajet dan hadiahkan pada anak yang masih kecil, bagi hadiah mahal-mahal yang tak sesuai dengan umurnya atau buat majlis yang gah setiap kali hari lahirnya?
Didik Anak Mewah
Sebenarnya tak salah pun andai berduit tetapi kalau nak anak betul-betul merasa susah, mak ayah pun kenalah tunjuk gaya hidup yang sederhana.
Jangan terlalu obses nak bahagiakan anak sampai ikut segala kehendak anak yang kadang tak patut bagi dengan umurnya yang masih kecil.
Mendidik bukan tugas yang mudah ya mak ayah, jadi untuk baiki kesilapan dalam diri kita, jemput baca perkongsian saudara Zaim Zin ini…
Point ke 15 buat saya nak menangis. Sampai ke jiwa.
1. Usah didik anak mewah. Ajarkan mereka gembira. Supaya mereka belajar hargai nilai, bukan harga.
2. Setiap hari, kita depositkan kenangan dan pelajaran dalam bank memori anak-anak.
3. Bukan tugas kita jadikan anak-anak sado untuk berhadapan dengan dunia yang kejam. Tugas kita adalah kembangkan potensi mereka untuk jadi orang yang akan bantu kurangkan kekejaman dunia kelak.
4. Nasihatkan anak-anak, mereka mungkin akan lupa. Ajar dan didik mereka, mereka mungkin ingat. Libatkan mereka, mereka akan pelajari sesuatu.
5. Kesilapan adalah bukti kita mencuba.
Anak-anak bukan kesilapan. Mereka adalah tujuan. Ia bukan pilihan, ia tanggungjawab.
6. Apabila kita belajar menghargai kejayaan kecil, kita dah tak kisah mengenai garisan penamat.
7. Ia lebih mudah membesarkan anak kecil, berbanding memperbaiki orang dewasa yang rosak.
8. Saya belajar erti yakin daripada anak-anak ini. Hanya anak kecil yang yakin dan percaya bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja.
9.Tiga perkara yang anak-anak kecil ni buat kita belajar:
-Gembira lah tanpa sebab.
-Sentiasa ada rasa ingin tahu.
-Berjuang tanpa letih ketika mahukan sesuatu.
10. Anak-anak, jadilah insan yang tuhan tentukan kalian jadi ketika dewasa nanti.
11. Ibu ayah, usah jadi hamba anak. Jangan ikutkan semua kehendak mereka.
12. Gunakan kata-kata untuk bangkitkan mereka, bukan robohkan potensi mereka.
Ada 6 perkataan dari AlQuran yang boleh diucap pada anak;
13. Ia bukan mengenai apa yang kita buat untuk anak-anak, ia ialah apa yang kita ajar mereka untuk mereka lakukan sendiri.
14. Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai ibubapa, tetapi ibubapa sebenar ialah mereka yang meletakkan anak-anak mereka lebih tinggi dari kepentingan diri sendiri.
15. Tanpa anak-anak ini, rumah dan kereta kami mungkin kemas dan tersusun, wallet kami mungkin penuh, tetapi hati kami mungkin kosong.
Kesimpulan yang saya belajar, hadiah paling istimewa yang seorang ayah boleh berikan pada anaknya ialah, mencintai ibu mereka.
Manfaat kita mungkin bukan pada apa kebaikan yang kita buat, tapi mungkin pada seseorang yang kita besarkan.
Siapa yang tidak menyayangi, mereka tidak akan disayangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Khairunnisa Kamarudin dalam kesedihan. Apabila anak kecilnya yang seusia setahun sebulan itu doktor sahkan masih tinggi kuman dalam darah. Semuanya kerana ASAP ROKOK.
Biar pun suami mahupun ahli keluarga tidak merokok di dalam rumah, malah ada yang cuma merokok di kedai mamak. Hakikatnya, asap rokok itu tetap melekat pada tubuh perokok selama 3 hari.
Selepas itulah baru asap rokok itu hilang. Ya, asap rokok itulah yang buatkan permata hatinya terus batuk selsema on off dekat 3 minggu lamanya.
Bila doktor terangkan kondisi terkini anaknya, Muhammad Rayyan, ibu ini semakin luruh jantungnya.
Jika Sayang Anak, Minta Ayah Berhenti Merokok
Semalam Mama bawa Muhammad Rayyan repeat blood test. Muhammad demam batuk selsema on off sejak raya haji. Jika dicongak harinya hampir 3 minggu.
Masuk saja bilik, soalan pertama doktor tanya.
“Ayahnya merokok ke?”
“Iya doktor.” Mama dah tak keruan masa ni.
“Kuman dalam darah anak puan masih tinggi, jadi dia memang akan on off demam batuk selsema selagi mana ayahnya merokok.”
Ramai Orang Keliling Muhammad Yang Merokok, Apa Pilihan Mama?
Allah, Mama rasa nak nangis time ni. Terbayang mMuhammad tak lena tidur malam, batuk-batuk kadang sampai termuntah-muntah.
“Jika sayangkan anak minta ayah berhenti merokok ya.”
Meruntun hati ibu, salah orang lain tetapi orang lain yang menangung.
Ya, ramai orang keliling Muhammad merokok. Bukan sekadar ayahnya. Atuknya, pakcik-pakciknya. Apa pilihan mama ada? Jauhkan Muhammad dari mereka yang merokok?
Asap Rokok Cuma Akan Hilang Dalam Masa 3 Hari
Ya, mama tahu mungkin ada faktor lain selain asap rokok, tapi salah satu sebab adalah asap rokok. Asap rokok yang melekat di tubuh perokok akan hilang dalam masa 3 hari.
“Sayang kan Muhammad berhentilah!”
Disclaimer : Suami dan family member yang smoker merokok di luar rumah, dan ada yang hanya merokok di mamak sahaja. Tapi the fact is, asap rokok melekat dibaju-baju selama 3 hari.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...