Lana Nordin merupakan isteri yang sangat bahagia di samping suaminya, Mohd Daud McKienzie. Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga akui suaminya, yang juga seorang bangsa asing merupakan seorang yang cukup matang dan bersikap terbuka.

Lana berkahwin dengan seorang pemain dan jurulatih bola tampar. Mereka telah mendirikan rumahtangga pada 15 Mei 2015. Lana dan Daud juga telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Gia Quinn McKienzie dan William atau Billy.

Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka

Lan Nordin, Suami Jenis Berterus Terang & Tak Simpan Dalam Hati

Sewaktu menjadi tetamu rancangan Borak Kelamin dengan topik Kahwin Campur Lebih Power yang sedang berlangsung MALAM INI jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD di saluran 104/124, Lana mencurahkan segala pengalamannya sejak berkahwin dengan suami.

Sewaktu dilontarkan soalan Lelaki Mat Salih ke lelaki Melayu? Yang mana satu lebih POWER?

Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka

Ternyata Lana bijak menjawab lantas berkata,“Perkataan ‘Power’ tu ehem ehem sikit… nanti terasa pula lelaki Melayu”.

Malah Lana juga meneruskan tentang sikap suaminya yang begitu matang dan bersikap terbuka.

“Suami saya jenis yang baik, matang dan bersikap terbuka. Mat Salih ni diorang memang lebih matang dalam perhubungan sebab open minded.

“Seperti suami dia akan luahkan apa saja yang terbuku, tak ada simpan di dalam hati. Kita orang Melayu lebih kepada nak jaga hati. Mat salih jenis yang terus terang,” ungkapnya.

Akui Diri Seorang Yang Cerewet

Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka

Membongkar tentang kisah kehidupan rumah tangganya, Lana menceritakan kini dia seronok bergelar seorang isteri dan ibu.

“Sebelum kahwin memang semua orang kenal saya jenis yang suka menjaga penampilan. Sentiasa tampil dengan kontroversi. Tapi bila dah kahwin dan ada anak saya tak kisah dah ikat rambut terbalik ke, sebab saya sibuk memasak dan menjaga anak-anak.

IKLAN

“Saya jenis yang cerewet dan tidak percaya orang lain jaga anak-anak. Malah saya juga lebih cerewet berbanding suami yang bersikap lebih terbuka bab jaga anak,” jawab Lana.

Hafal Surah Al-Fatihah

Menyentuh tentang didikan agama kepada suami, Lana akui bukanlah satu perkara mudah untuk dirinya membimbing suami. Namun dia bersyukur kerana suami sudah ada asas dalam agama Islam sebelum berkahwin dengan dirinya.

Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka

“Bab agama nak tarik dia ke agama kita memang susah, memang susah sebab banyak kerja yang perlu saya lakukan. Saya akui diri sendiri belajar agama pun berterabur. Tapi dia dah tahu asas agama dan perkara pertama saya suruh sebelum berkahwin dengan saya adalah menghafal surah al Fatihah. Dan alhamdulillah dia dapat lakukan dengan baik.

“Bila dia tunjuk kesungguhan, masuk ke rumah tak pakai kasut, berpuasa dia tahu. Lepas kahwin dia tunjuk yang cincin kahwin tu di belakangnya ada perkataan alfatihah, saya rasa bersyukur.

“Masa berkahwin dengan Daud saya memang risau, maklumlah kami dah ada anak macamana nanti bila mereka sambut krismas. Tapi alhamdulillah keluarga mentua sangat menghormati keluarga kami sebagai seorang Islam.

“Masa balik di sana, diorang tukar pinggan mangkuk. Masa kami kahwin pun mereka pakai baju kurung,” luah Lana.

Memang Banyak Cabaran

Lana juga akui sememangnya banyak cabaran apabila berkahwin dengan orang asing, terutama bab solat.

IKLAN

“Setiap kali masuk waktu solat saya akan bising. Cepat solat! Alhamdulillah Daud dapat terima dengan baik.

“Cabaran lain pula, bila berkahwin dengan mereka, cara mereka mengajar anak memang berbeza sebab mereka lebih open minded. Kita orang Melayu banyak yang tak boleh lakukan itu dan ini. Orang sini yang nak kahwin dengan mat salih kamu  kena open minded. Kena cari keserasian,” kongsi Lana mengenai resipi kebahagiaan rumah tangganya.

Baca Disini Juga:

“Rupa Tak Boleh Beli Lamborghini” | Borak Kelamin Digital

Janda Duda Rebutan | Borak Kelamin Digital

2 Kali Pernah Bergelar JANDA, Gugur Air Mata Ifa Raziah Dalam Pendedahan Eksklusif BORAK KELAMIN!

Puan Ashikin Rahim, Peguam Syarie

Menurut Puan Ashikin Rahim, Peguam Syarie yang juga salah seorang tetamu jemputan, wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki bangsa asing tidak semuanya yang berkahwin tidak bahagia.

IKLAN

“Kelebihan orang bukan Melayu ini lebih romantik dan sweet talker. Setakat ini secara umumnya kebanyak mereka yang mendirikan rumah tangga dengan warga asing, mereka kekal bahagia.

“Yang bercerai tak sampai separuh. Punca penceraian pula banyak sebab dan antaranya pertembungan budaya,” kongsi Ashikin.

Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Ramai yang hidup susah kesan pandemik Covid 19. Namun, kempen Bangkit Wanita anjuran Mingguan Wanita umpama rahmat di sebalik apa yang terjadi. Ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda yang terjejas dan ingin tambah pendapatan melalui perniagaan. Susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk kita dapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Letak link inihttps://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/

Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka

Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI