Diet ni kena disiplin. Tak boleh ikut-ikut orang dan pastikan ia sesuai dengan keperluan tubuh anda. Memandangkan kita sedang berada dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ untuk tempoh 14 hari, jom kita mulakan dengan sesi diet. Lagipun tak lama lagi nak puasa, apa kata kita mulakan sesi latihan ‘berpuasa’. Jom tampil sihat dan langsing mak-mak sekalian. 

  1. Diet Atkins(diet rendah karbohidrat) 

Diet Atkins merupakan jenis diet yang menekankan konsep rendah karbo untuk mengawal tahap insulin tubuh. Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Sesungguhnya pengambilan karbohidrat yang banyak, boleh meningkatkan kadar insulin dan badan akan menggunakan karbohidrat di dalam badan sebagai punca tenaga berbanding lemak. 

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada empat peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai berat ideal. Empat fasa berikut adalah : 

  1. Induction(permulaan dan pengenalandua minggu atau lebihmengikut keadaan berat badan. 
  2. OngoingWeight Loss (penyusutan berat berterusan) 
  3. Pre-maintenance
  4. LifetimeMaintenance 

Anda juga dinasihatkan perlahan-lahan menghentikan pengambilan gula dalam apa jua bentuk sekali pun. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasar raya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram. Elakkan pengambilan makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau paket yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati juga memilih sos dan kicap. 

2. Diet IntermittentFasting (IF) 

Intermittent fasting adalah diet dengan cara mengatur pola makanan. Ibarat seperti berpuasa cuma bezanya ialah ianya hanya dalam tempoh tertentu. Waklau bagaimanapun, diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh ‘berpuasa’ bagi mengelakkan dehidrasi. Diet cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi turut mengatur tempoh untuk makan dan tempoh berpuasa. Di Malaysia, selebriti Lisa Surihani antara individu yang dilihat berjaya mencapai berat ideal menerusi IF. Di Hollywood pula, selebriti seperti Jennifer Aniston, Miranda Kerr, Beyonce, Christian bBale dan Ben Affleck antara yang sukses mencapai berat ideal dengan diet versi ini. IF.  

IKLAN

Mengamalkan teknik 16:8 iaitu anda boleh makan apa sahaja dalam tempoh lapan jam, manakala 16jam berikutnya anda berpuasaDalam tempoh ‘berpuasa’ itu anda dibenarkan minum air kosongteh hijauminum teh atau kopi tanpa gula dan juga susuDalam tempoh 16jam tanpa makan itukamu perlu melatih minda untuk menjalani hari seperti biasa kerana anda mungkin sedikit letih di awal permulaan diet. Diet IF tidak memaksa individu untuk bersenam dengan kerap. Tetapi jika anda memilh untutk bersenam, ia adalah satu bonus dan mempercepatkan misi anda mencapai berat idaman. 

  1. Diet Keto

Diet keto adalah sejenis diet yang merupakan pola makan rendah karbohidrat tetapi tinggi lemak. Diet ini mirip kepada diet Atkins (rendah karbohidrat tetapi tinggi protein). Walaupun tinggi lemak, diet Keto telah terbukti berjaya membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan. Diet keto juga dilaporkan mampu mengekang kehadiran diabetes, kanserepilepsi dan juga Alzheimer. 

Diet keto dilakukan dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat dan menggantikannya dengan lemak. Penurunan kandungan karbohidrat membuatkan tubuh tidak lagi mendapat sumber tenaga sehingga berlakunya situasi yang dikenali sebagai ketosis.

Ketosis merupakan proses metabolisme normal berlaku ketika tubuh tidak memiliki cukup glukosa (karbohidrat) sebagai tenaga. Tubuh kemudian membakar lemak yang tersimpan sebagai penggantinya. Dengan mengamalkan diet keto secara konsisten akan membuatkan kadar gula dalam darah serta insulin menurun. 

IKLAN

Diet Versi Musim “Perintah Kawalan Pergerakan” Yang Mak-Mak Boleh Lakukan

4. Diet Paleo

Diet Paleo atau dikenali sebagai diet zaman batu: menekankan pengambilan makanan organik. Diet ini juga menggalakan pengambilan makanan seperti sayur-sayuranm buah-buahan dan juga kekacang. Makanan organik seharusnya bersifat natural ataupun alami. Bukan makanan yang berproses, tinggi gula dan juga garam. Bijirin yang telah diproses tidak termasuk di dalam kelompok makanan organik. 

Apa yang boleh diambil? 

IKLAN
  • Daging yang di-grass fed (makan rumput & tumbuhanbukan grain-feed (makan bijirin) 
  • Fowl (ayamatau itikayam belandaIkan yang liar, bukan dibela. 
  • Sayur- sayuran yang tidak digoreng 
  • Minyak seperti minyak zaitun (olive oil), minyak kelapa (coconut oil)- minyak yang organik 
  • Kekacang sebagai snek 
  1. Diet 1200 kalori

Program diet 1200 kalori adalah salah satu cara paling efektif untuk menurunkan 20 kg dalam waktu 90 hari. Diet ini juga memerlukan anda memuat naik aplikasi untuk memudahkan pengiraan kalori. Aplikasi tersebut adalah MyFitnessPal dan juga penimbang makanan. Apps MyFitnessPal ini sudah diguna pakai oleh mereka yang meminati aktiviti kecergasan di pusat gimnasium seperti di Indonesia, Singapura dan Malaysia khususnya. 

Penimbang makanan pula untuk membantu kita menyukat kuantiti makanan dengan tepat. 200g nasi berbeza jumlah kalorinya dengan 150g nasi. Kalau kita tak timbang makanan, contohnya kita kira sesenduk nasi. Kiraan kalori kita mungkin tidak tepat. Dengan adanya dua peralatan ini, kerja-kerja mengira kalori akan menjadi lebih mudah. Antara keluhan mereka yang mencuba teknik 1200 ini adalah mereka tak selesa, kerana hanya dapat makan pada kuantiti yang sangat sedikit. 

  1. Tiada gula & karbo selama 10 hari 

Sejak Januari 2020, superstar Jennifer Lopez berjaya tidak mengambil gula dan juga karbo selama 10 hari berturut-turut. Ramai yang terpesona dengan perubahan sosok tubuh JLo dan membuatkan diet yang diamalkan mula menjadi perhatian dan ikutan ramai. JLo berkongsi rejim diet barunya itu menerusi instagramnya dan mencabar pengikutnya untuk meneruskan cabaran 10 hari tanpa gula dan karbo. Dalam tempoh itu apa sahaja makanan yang punya gula dan karbo tidak disentuh langsung. Gembira dengan hasil setelah 10 hari mengamalkannya, JLo kemudian memberi tempoh bertenang untuk lima hari berikutnya. Sebelum memulakan sesi kedua diet 10 hari itu. 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI