Tolong pakai mask! Terutama bila anda sakit mahu keluar rumah, jangan 'gadaikan' nyawa sendiri dan orang lain.

 

Keluar berjimba, tak pakai mask! Degil betul mereka ni.Tegur sudah, marah pun sudah malah ada yang geram sangat sampai maki hamun golongan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam keadaan  yang begitu serius dengan peningkatan kes covid-19 melambung tinggi, masih ramai yang keluar berjimba.

Tanpa rasa bersalah, golongan ‘kebal’ ini tidak memakai mask dan masih ada yang membawa anak membeli barang di pasaraya. Ya Allah, ayat apa lagi nak bagi mereka faham tindakan mereka sangat bahaya.

Bila sentuh bab mask ni ramai yang ‘tercuit’. Ada yang cakap kalau sihat tak perlu pakai mask. Dalam banyak-banyak kenyataan, yang ini paling menarik perhatian golongan degil. Itulah yang mereka pegang. Kenyataan yang mengatakan risiko tinggi dijangkiti jika tidak pakai mask, tak pula diberi perhatian.

Di tempat awam, sejauh mana kita tahu mereka bukan pembawa virus Covid-19? Sebab ada yang rahsiakan status kesihatan diri dan ramai juga sebenarnya yang tak tahu mereka sudah dijangkiti. Paling memburukkan keadaan, jika masa tu mereka tak pakai mask. Ha fikir sendiri apa yang jadi selepas itu.

Pakai je lah mask setiap kali keluar rumah, apa yang susah sangat. Jangan asyik beri alasan, kita bercakap soal nyawa. Ambil langkah pencegahan awal sebelum semuanya terlambat.

IKLAN

Berbulu mata saya melihat kedegilan golongan ini. Hati mereka seakan ‘mati’, tidak kasihan pada diri, anak-anak dan masyarakat. Golongan degil ini bukan sahaja menggadaikan nyawa sendiri malah merisikokan nyawa orang lain. Tidak cukupkah dengan kematian yang berlaku? Bukalah hati, jangan menjadi manusia yang pentingkan diri.

Gadai Nyawa Demi Tanggung Jawab

Saban hari bertebaran video dan voice note luahan hati petugas hospital. Mereka menangis mengenangkan nasib diri yang terpaksa berkorban demi tanggung jawab. Mereka tinggalkan pasangan dan anak-anak demi menyelamatkan nyawa pesakit.

Kasihan frontliner ini, mereka bekerja sehingga keletihan yang melampau. Mereka tak minta dibalas budi, cukup sekadar masyarakat faham, sedar dan ikut arahan kerajaan untuk membendung covid-19. Bukan minta duit atau tenaga, tapi cuma minta MASYARAKAT DUDUK DI RUMAH DIAM-DIAM, JANGAN MERAYAU!

Tidak Jujur Status Kesihatan

Mendengar kisah petugas yang dijangkiti Covid-19 ketika merawat pesakit amat meruntun hati.  Paling kecewa apabila ramai pesakit yang tidak jujur dengan status kesihatan. Malah ada yang merahsiakan sejarah perjalanan ke luar negara. Entah apa yang hendak disorokkan, sungguh saya tak faham!

IKLAN

Tindakan ini amat pentingkan diri, kalian telah meletakkan petugas hospital dalam keadaan bahaya. Mereka kontak terus dengan kalian. Sampainya hati menganiaya mereka. Bagi saya, tindakan ini tidak berhati perut.

Tolonglah rakyat Malaysia, patuhi arahan. Semua pun rindu nak hidup bebas seperti dulu. Jadi, bagi kerjasama pada pihak berkuasa. Kedegilan  adalah punca kes covid-19 meningkat, kontak merata-rata sehingga sukar untuk putuskan rantaian.

Tak Boleh Bagi Muka, Kena Paksa

Jika dilihat keadaan di negara kita, sudah tiba masanya pihak berkuasa bersikap TEGAS. Jangan bagi muka pada golongan yang degil, paksa mereka ikut arahan. Kerana jelas sekali, golongan degil ini berhati batu. Rayuan dan pujukan tak ‘lut’ buat mereka, kita mesti berkeras demi kebaikan semua.

IKLAN

Dalam keadaan ini, kita semua mesti bersatu hati. Kita mesti menjalankan tanggung jawab, jaga diri dan keluarga. Ibu dan ayah mesti monitor kesihatan ahli keluarga dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi, saring pelanggan anda! Pastikan hanya pelanggan yang memakai mask dan bersendirian sahaja dibenarkan membeli barang atau berurusan. Jangan lupa jaga jarak anda!

Ya Allah, satukan hati kami semua untuk ‘berperang’ habis-habisan melawan Covid-19. Ya Allah, kasihanilah kami. Beri kami peluang perbaiki kelemahan kami. Berikan semangat dan kekuatan luar biasa kepada petugas hospital merawat pesakit. Amin.

Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI