Bukan semua orang mudah mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari yang telah ditetapkan. Masih ada yang bersikap pentingkan diri sendiri dengan tetap keluar rumah tanpa rasa bersalah mahupun bimbang dengan penyebaran virus berbahaya yang boleh menyebabkan kematian ini.

Bantuan Tentera

Terkini, kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi.

“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.

IKLAN

“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.

Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

COVID-19: Terkini, Mulai Ahad TENTERA Digerak Bantu Perintah Kawalan Pergerakan
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Tiada Perancangan Perintah Darurat

Ismail Sabri juga menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.

IKLAN

“Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, ‘posting’ dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong.

“Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya,” katanya.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
COVID-19:Pertama Kali China TIADA Kes Jangkitan Baru, Hantar Bantuan Ke Malaysia
Hari Pertama Hanya 60% Patuhi Perintah, Tak Terkawal Guna Tentera

MW:Semoga semua pihak bersama-sama mengikut langkah dan saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Duduk sahaja di rumah, tak perlu keluar jika tiada keperluan. Semoga negara yang kita sayangi ini kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber:Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI