Petugas barisan hadapan inilah individu paling berisiko dijangkiti virus Covid-19. Mereka juga punya anak isteri, suami dan keluarga untuk diberi makan. Demi negara, kesihatan dan kesejahteraan anda semua, mereka korban segalanya.
Termasuklah masa rehat dan senang mereka. Jadi, jangan jadikan diri anda sebahagian yang menyumbang kepada runtuhnya semangat petugas barisan hadapan ini. Duduklah rumah, keluar jika benar-benar berkeperluan.
Hadamkan perkongsian Dr Yazeed Hair Johari yang ditulis pada 17 Mac ini. Sedih sekali, kerana sampai hari ini masih ada lagi 3 juta rakyat Malaysia yang tak ambil cakna Perintah Kawalan Pergerakan yang kerajaan tetapkan.
JANGAN BIARKAN BARISAN HADAPAN NEGARA SEMAKIN LUMPUH
Kenapa Kawalan Pergerakan dilaksanakan ?
Pertama sekali kita kena faham , Kalau kita perhatikan kes dulu 22 sekarang sudah melonjak jadi 528 .
Dari 528 tak mustahil jadi 1000 (ketika status dimuat naik pada 17 Mac 2020).
Gandaan ini yang amat ditakutkan .
Macam di Italy , masa awal awal dulu , Tak banyak kes , Rakyat mereka tak pandang serius kes ni , Bila gandaan dah jadi x3 x4 .. Bila dah bertambah kes kematian , Baru nak gelabah .
Sebab apa ?
Sebab kita sendiri tak anggap perkara ni serius melainkan ianya terjadi pada diri sendiri atau keluarga rapat . Apakah itu yang kita mahukan ?
Dah kena lempang baru sedar ?
Tak nak kan ? Jadi cukuplah merungut .
Kalau kita tak faham , Jangan pertikaikan usaha yang Lain
Ekonomi Boleh Dicari, Nyawa Takkan Kembali
Ingat kerajaan nak buat keputusan ni , Senang ke ? Sebab faktor ekonomi akan jatuh , Itu pun menyakitkan , Tapi lebih menakutkan bila ada korban nyawa . Mana lagi penting ? Korban nyawa atau korban ekonomi ?
Sebab tu kerajaan terpaksa juga laksanakan langkah ini .
Ekonomi boleh dicari , tapi Nyawa takkan kembali.
Ads
Ucapkan syukur , kalau kau belum menjadi mangsa . Kau sangat bertuah .
Jadi kenapa ini perlu dilaksanakan ?
1- Untuk mengurangkan jumlah kes berjangkit iaitu seperti kita sedia maklum , Jika kurang berkomunikasi secara fizikal , Maka risiko untuk dapat jangkitan adalah berkurangan
2- Untuk memastikan Barisan Hadapan Pekerja Kesihatan tidak lumpuh . Tahukah anda , KKM kini tidak mempunyai dana dan staff yang cukup untuk memerangi wabak ini ? Jika ada kenaikan kes , Maka hari demi hari … Barisan hadapan kita akan makin keletihan dan akhirnya akan lumpuh .
Apa Jadi Jika Barisan Hadapan Kesihatan Lumpuh ?
Jadi macam Italy dan negara lain. Barisan hadapan kesihatan mereka sudah pun lumpuh disebabkan kenaikan kes jangkitan yang tak terkawal , Bukan sekadar Staff , Supporting equipment seperti Disposable item , Ubat ubatan , Ventilator , Bilik Icu yang tidak mencukupi .
Bayangkan , Dengan kes kes baru covid 19 ni lagi , Belum lagi pesakit yang sedang nazak dalam hospital tu , Pesakit yang perlu dibedah , Pesakit stroke , Pesakit jantung , Pesakit koma dalam ICU lagi .
Korang bayangkan macam mana punya HAVOC dalam hospital tu , NAK SELAMATKAN MANA SATU ?
DAN YANG paling ditakuti adalah ,
Ads
Risiko pesakit yang berjangkit tidak dirawat dengan baik adalah tinggi . Manpower dan machinery tidak lagi mencukupi untuk menyelamatkan semua mangsa ni.
Tolong Kuarantin Diri 14 Hari Di Rumah
Sebab tu kerajaan perlukan bantuan dari korang semua untuk faham situasi sekarang ni . Kalau kita semua boleh bantu kerajaan dengan PROPER self quarantine ..Insyallah Malaysia mampu menangani wabak ini .
Dan kita pula boleh kembali bekerja seperti biasa .
Lagi cepat kita tangani masalah ni , Lagi cepat lah kita boleh kembali kepada kehidupan biasa .
Tolong lah support usaha kerajaan ini , Kalau bukan untuk diri sendiri …
INGATLAH BEBANAN ORANG LAIN .
INGATLAH BARISAN HADAPAN PASUKAN KESIHATAN KITA YANG SEDANG BERPERANG 200% MENANGANI WABAK INI
Mereka semua pun ada keluaga dan anak anak macam kita juga .
Ads
Bagaimana dengan keselamatan dan nyawa mereka . Ini ibarat pergi berperang , Kalau dulunya perang mati berdarah , Tapi kini perang dengan virus yang juga bakal tarik nyawa.
Untuk siapa mereka ni berjuang ?
Bukankah terang lagi bersuluh ?
Untuk bangsa dan negara , Nyawa mereka digadaikan untuk keselamatan kita dirumah , Agar kita masih boleh bersama dengan keluarga tercinta .
tapi mereka ?
Besar pengorbanan mereka ini. . Tak berbaloi dengan kita yang sambil lewa
BANTULAH BARISAN HADAPAN KITA INI
Aku nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kepada mereka disana yang berjuang 24/7 , Setiap hari memerah keringat , Meninggalkan keluarga dirumah untuk keselamatan orang lain .
Yang kita ni hanya dibelakang telefon pintar , Jangan pandai komplen saja .
Share dan Tag kawan , ini lah cara kita boleh bantu mereka . Hentikan Covid 19 !
Ini lah cara untuk kita bantu mereka !
Thank you , Barisan Hadapan Negara you are my unsung heroes !
Komen dekat bawah , Ucapkan kata semangat pada mereka semua ini
Ramai unsung heroes dalam followers aku ni.
MW : Terus doakan petugas barisan hadapan ini dilindungiNya dan diberi kekuatan sepanjang mengubati pesakit Covid-19. Merekalah hero sebenar negara.
Musim cuti sekolah ni, sesuai buat aktiviti bakar biskut dengan anak-anak.Ia juga salah satu cara penuhi masa dengan anak-anak juga. Lebih-lebih lagi, buat kalau buat biskut kartun kegemaran anak-anak, seperti Hello Kitty ni, mereka mesti bertambah seronok.
Berikut merupakan perkongsian resipi Hello Kitty yang dikongsikan oleh Puan Miraa.
Ada tak Hello Kitty LOVER macam saya dalam ni ? Semua benda nak Hello Kitty. Harini nak belanja resepi kuih raya hellokitty yang saya buat ni.Rangup diluar, cair didalam mulut gitu .
1.Campur butter dan gula halus . Kacau sebati
2.Masukkan susu dan esen vanilla . Kacau sebati
3.Masukkan tepung tepung tadi sikit sikit hingga habis . Sambil uli .
4.Kemudian tekapkan corak mengikut citarasa anda dan hiaskan mengikut kreativiti anda.
5.Bakar pada suhu 170°c selama 20-25minit .
p/s : Tanda kuih cukup masak , tapak kuih anda licin & tak melekat . Selamat mencuba!
Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ kegemaran ramai. Biasanya nak buat inti yang sedap mudah, tapi nak buat kulitnya tu ramai mak-mak yang ‘failed’. Biasanya kalau tak kena cara kulitnya jadi liat dan keras.
Sebenarnya, ada cara untuk hasilkan kulit karipap yang rangup dan inti kentang yang sempurna rasanya.Mak-mak boleh cuba resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh penjual karipap ini sendiri, Puan Eyda Fyda.
Berikut perkongsiannya;
“Memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post saya sebelum ni,saya dengan berbesar hati nak kongsi dengan kawan-kawan semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa.Aamin.
“Saya izinkan share dan selamat mencuba. Ingat, jangan share je tau, pastikan cuba buat,mana tau boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan macam saya.”
Bahan-Bahan:
(Kulit Karipap Rangup) :
1kg Tepung Gandum
1mangkuk/cawan kecil minyak masak
2 sudu majerin
Air bancuhan garam
Cara Membuat:
1.Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.
2.Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.
3.Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4.Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye).
5.Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit.
6.Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar.
7.Doh yang telah siap diuli.
8.Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.
9.Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu.
Bahan-Bahan (Inti) :
Kentang didadu
Serbuk kari daging (saya suka guna rempah kari daging cap BABAS macam dalam gambar)
Cili kering dikisar bersama bawang besar,bawang putih dan udang kering
Air rebusan daging bersama daging yang telah direbus
Sedikit daun sup untuk bau yang sedap
Garam
Gula
Serbuk perasa (Terpulang samada nak guna ataupun tidak).
Cara Membuat:
1.Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar.
2.Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan air rebusan daging… kacau rata.
4. Masukkan kentang yang telah didadu.
5.Masukkan daging cincang yang telah direbus.
6.Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
7.Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering. Kena rajin kacau ye.
8.Inti yang telah siap.
9.Tadaaa siap karipap kita.
Karipap yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.
Semoga Bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak sediakan hidangan minum petang buat anak-anak dan keluarga tu, bolehlah cuba resipi dan cara yang dikongsikan ini.Sedapnya makan karipap panas-panas!
Kemunculan anak lelaki Misha Omar, Muhammad Idris Ezzwa tampil memperkenalkan ibunya pada Misha Omar Back To Basic Showcase, pada Sabtu lalu tular di media sosial sehingga ke hari ini.
Mana tidaknya, ramai memuji kepetahannya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris pada usia lapan tahun.
Misha Omar sendiri jarang mendedahkan anak-anaknya kepada umum di media sosial miliknya. Malah, posting di Mingguan Wanita, terdapat segelintir peminat yang teruja mengetahui penyanyi berusia 43 tahun ini mempunyai anak. Selain Idris, Misha turut memiliki seorang anak angkat lelaki, Adam yang kini berusia 17 tahun.
Menerusi segmen pembukaan showcase, Idris tampil bersahaja dengan kemeja putih telah menerima tepukan gemuruh hampir 2,000 peminat yang memenuhi Jio Space, Petaling Jaya.
Kongsi Momen Bersama Peminat
Bercerita mengenai showcase, penyanyi yang sudah 22 tahun bergelar anak seni telah menyampaikan lagu-lagu hitsnya selain menyanyikan beberapa lagu daripada penyanyi lain termasuk artis antarabangsa.
Persembahan Luar Biasa
Persembahan Misha dimulakan dengan beberapa buah lagu daripada album terdahulu antaranya Cinta Adam dan Hawa, Sembunyi, Tiada Ku Mengerti dan Dedebu Cinta.
Persembahan pada malam itu diteruskan dengan lagu-lagu hits antaranya termasuklah Pulangkan, Ku Seru, Masihkah Ada Rasa itu, Bunga-Bunga Cinta, Sampai Bila dan ditutup dengan lagu Semoga Abadi.
Selain peminat rakan artis yang sama-sama hadir menyaksikan persembahan Misha termasuk Ella, Aina Abdul, Shila Amzah, Ernie Zakri, Syamel dan Nabila Razali. Penerima trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu turut menyampaikan lagu hits Lady Gaga dan Bruno Mars, Die With A Smile duet dengan Juara Bintang RTM 2018, Hariz Fayahet.
Turun Pentas
Selain melontarkan vokal dan persembahan yang menarik,Misha Omar mempamerkan kehebatan dan keakrabannya dengan peminat apabila beliau turun dari pentas untuk mendekati penonton semasa konsert Back to Basics baru-baru ini.
Tindakan spontan itu mendapat sorakan gemuruh daripada para hadirin yang teruja dengan kehangatan interaksi beliau. Misha bukan sahaja menyampaikan lagu dengan penuh jiwa, tetapi juga menunjukkan penghargaan mendalam terhadap sokongan peminat yang sentiasa berada di sisi sepanjang perjalanan kariernya.
Momen penuh emosi itu membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang penyanyi yang berbakat, tetapi juga seorang artis yang menghargai setiap detik bersama peminat setianya.
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.