Menerusi instagram miliknya, jurusolek dan usahawan kosmetik ternama, Datuk Abdul Al Halim Mohd Fadzil atau lebih dikenali Alha Alfa, 32 mengakui dirinya sudahpun bercerai dengan isterinya, Noor Azlin Ismail, 24.
Bahagia cuma bertahan untuk setengah tahun saja. Bagi menjawab gosip yang berlegar di media sosial mengenai kisah rumah tangganya. Datuk Alha tampil menjelaskan punca keretakan rumah tangganya.
Kongsi Datuk Alha,
Assalamualikum sahabat-sahabat kaum keluarga, followers-follower semua, salam israk mi’raj.. setelah saya cuba sembunyikan perkara ni, harini ada hamba allah yang menulis dan menyebar berita ini.
Mungkin juga ini salah satu jalan ALLAH ingin membuka ruang dan jalan untuk kami masing-masing. Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tak nak besar-besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga, tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya.
1st sekali saya sudahpun meminta izin ex-wife saya untuk bertulis mengenai ini dan kami sama-sama akan menghabiskan semua ni secara damai, dan harap tiada pihak yang akan mengeruhkan lagi.
Ads
Terima Kasih Telah Membahagiakan Saya Setengah Tahun
Saya amat berterima kasih kepada EX saya, telah membahagiakan saya setengah tahun bersama, maybe kerana beliau muda dan impikan hidup sentiasa bersama. Sedangkan pekerjaan dan masa saya sangat terhad.
Saya kahwin dalam masa business saya sedang naik, banyak masa dan keringat saya kumpul keselesaan dimasa tua nanti bersamanya terhenti di sini.
Mungkin terlalu banyak shooting, kerja luar, dan lain lain lagi buatkan beliau tak boleh terima kerjaya saya. Benda ini akan menjadi perselisihan faham bila saya nak ke kerja.
Ads
Saya risau nak keluar rumah untuk kerja, saya hampir hilang diri saya.. betul, mungkin sebelum kawen beliau boleh terima pekerjaan saya, kehidupan saya, title saya, tetapi bila kehidupan bersama, akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati tu.
Sumpah saya faham dan cuba letak diri dalam keadaan beliau. Siapa saya untuk memaksa beliau memahami saya.
Saya Tak Mahu Dia Kemurungan, Cederakan Diri Sendiri
Kehidupan kami normal macam biasa dan hari tu saya pun dah nak jadi ayah tapi keguguran mungkin belum rezeki, ..tetapi apa yang saya pertahan kan ini tak panjang.
Saya tak nak beliau kemurungan, stress berpanjangn, ugut nak cederakan diri dan lain-lain. Gambar saya luka tu saya bergelut menghalang beliau untuk mencederakan diri. Saya tak boleh dan kalah bab ni sebab saya tidak dibesarkan dalam situasi macam ni.
Ads
Mungkin gurauan bagi beliau tapi ini sangat menakutkan saya. Jadi saya lepaskan beliau sebaiknya, saya tak boleh berhenti bekerja dalam bidang saya.
Ini mata pencarian saya, company saya, staff-staff saya, kalau saya kalah, semuanya habis.. tak pelah isteriku, semoga beliau jumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga.
Saya kene terus kuat menempuh ujian ALLAH ini, biarlah apa yang berlaku sekali pun.. saya dah cuba kurangkan makeup saya dam niat honeymoon ke MAKKAH. Tak sampai kerana Covid-19.
Sebelumnya, keduanya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 28 September 2019
Kredit foto : IG Alha Alfa
MW :Kadangkala kesibukan kerjaya teramat pun boleh jadi sebab sukar untuk mencari titik persefahaman. Semoga mereka yang diuji ini kekal sabar, dan bertabah.
Daging antara rencah yang paling selalu digunakan dalam masakan.Macam-macam menu boleh dibuat dengan daging,seperti rendang, kari, stew,daging bakar dan sebagainya.Namun begitu, jika salah cara cucian dan potongan daging tersebut, ia boleh menyebabkan daging kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk.Sekaligus boleh mempengaruhi rasa masakan.
Sebenarnya, ada petua dan cara mudah untuk mak-mak mencuci dan potong daging bagi mengilangkan bau hamis serta membuatkan daging tersebut lembut dengan lebih cepat.Ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh Chef Khairul Hakimin Muhammad ni.
Bahan-Bahan:
Tepung Gandum
Asam Keping
Penapis
Besen
Cara Membuat:
1.Dah siap potong daging,letakkan dalam besen dan letakkan tepung gandum. Biasanya anggaran dalam 2kg daging bersamaan 1 senduk tepung.
2.Kemudian,masukkan air sampai penuh dan gaul-gaulkan ia. Kemudian, masukkan asam keping dalam 3-5 keping. Biarkan dalam 15-20 minit.
3.Sesudah itu, tuang semuanya dalam penapis. Bilas lagi dalam 2-3 kali.
4.Akhir sekali, dah siap bilas, toskan. Siap!
Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
1.Selain daging, cuci ayam pun boleh menggunakan cara ini, bagi mengelakkan bau hanyir dan mudah menghilangkan lendir-lendir yang melekat pada ayam.
2. Potong daging dengan cara berlawanan dengan urat. Bukannya potong ikut urat. Silap potong akan bawa padah, memang liat ya ampun.
3. Basuh daging dengan bersih. Eloknya guna tepung gandum, asam limau atau asam keping. Bilas dengan betul-betul bersih. Mana yang tak basuh dengan betul biasanya daging juga susah nak empuk.
4. Apabila memasak daging, elakkan letak bahan asam atau masin terlalu awal, ia akan melambatkan daging empuk. Jadi lewatkan masuk asam jawa dan garam.
5. Petua nak lembutkan daging dengan cepat, pertamanya guna periuk tekanan. Haha. Kedua, perap dengan nanas atau betik yang dikisar selama lebih kurang 30 minit. Atau ketiga, rebus sampai pengsan.
6. Enjoylah memasak. Kalau semua nak cepat, susah. Kalau benar nak masak terus empuk, eloklah kau rebus banyak-banyak, kemudian kau frozenkan. Apabila dah nak masak, baru kau keluarkan.
Begitulah. Aku tak ada petua nak letak sudu, sudip, semua. Kami geng orang kampung dan enjoy selalu lama-lama di dapur. Yang penting makanan kami masak dengan baik, sedap dan disukai ramai.
Baru-baru ini pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim telah mencatatkan kejayaan manis apabila dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Datuk Rizalman Begitu Pemurah
Dek kerana rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT untuk sosok ini begitu murah, semalam sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-49, personaliti hebat ini telah melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim atau Yayasan RI yang terdiri daripada bantuan dana dan pusat pengajian Islam.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Rizalman telah bersiaran secara langsung melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim (RI) secara maya.
“Assalamualaikum,
“Seperti mana yang dijanjikan alhamdulillah panjang umur saya sempat buat live untuk saya mempamerkan dan melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim ataupun Yayasan RI.
“Kita ada masa untuk lancarkan yayasan ini secara maya sebab sepatutnya pada waktu ini saya dan seluruh krew dan staff pendidik Yayasan RI patutnya berada di Pasir Gudang, Johor tetapi malangnya kekangan COVID-19 dan pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Putrajaya kita tak boleh nak rentas negeri.
“Esok juga (hari ini) adalah sambutan Maulidur Rasul jadi sedang eloklah mengapa tarikh tahun ini amat bermakna kerana hari ini adalah hari kelahiran saya dan esok adalah ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW bersebelahan maka dengan santunan daripada Allah SWT memberikan peluang dan juga rezeki yang sangat mencurah, kelapangan kesihatan dan usaha kami dipermudahkan bagi melancarkan tempat pertama Yayasan RI iaitu di Pusat Pengajian Al-Qari.
Kongsi Rezeki
“Yayasan RI perancangannya bermula bulan Mei, saya ada membaca DM pasangan ustaz dan ustazah yang mengendalikan pusat pentadbiran pengajian Al-Quran, bila saya baca saya tersentuh bila sumber pendapatan dan perjalanan untuk mendalami al-Quran mengalami masalah sewaktu COVID-19. Saya pun balas balik nak beritahu jomlah kita bincang, di mana ustaz dan ustazah carilah sebuah tempat di mana saya biaya tempat ngaji kesemuanya. Itulah kisahnya mengapa saya buka Pusat Pengajian Al-Qari di situ. Matlamat penubuhan dan hasrat kami sebenarnya RI adalah untuk membuka Pusat Pengajian Al-Qari ini di seluruh Malaysia.
“Bila saya buka RI Network, rezeki berlebih, menerusi Yayasan RI kita boleh membantu orang dan mendapat pahala yang berterusan. Boleh ajak semua orang mendapat pahala, sesiapa saja sesama muslim yang menyumbang secara jariah dan membeli produk atau barangan dari RI Network boleh beramal secara tidak langsung. Kerana kami akan mengambil sedikit keuntungan untuk dimasukkan ke dalam Yayasan RI untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan,” ujarnya.
Kelas Bimbingan Al-Quran Secara Percuma Kepada Golongan Dewasa
Difahamkan juga penubuhan Pusat Pengajian Al-Qari yang pertama di bawah Yayasan RI ini adalah untuk menawarkan kelas bimbingan Al-Quran secara percuma kepada golongan dewasa.
Hasil kutipan sumbangan daripada Yayasan RI juga akan membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan ilmu untuk sama-sama mendapat manfaat.
“Terima Kasih Yang Beri Ucapan & Mendoakan Buat Saya”
Rizalman juga tidak lepas peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikutnya di laman sosial yang memberi ucapan dan mendoakan untuk beliau.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan ulang tahun kelahiran buat saya. Malah terima kasih kepada pengikut seramai 1.1 juta pengikut di Instagram, yang mendoakan buat saya. Ramai yang berikan hadiah, yang tidak ada nilai dari apa sekalipun. Kita kena ada kasih sayang sesama Allah dan sesama makhluk,” ungkap Rizalman yang turut mendoakan agar di alam akhirat juga kehidupannya di permudahkan oleh Allah.
Ajal, maut di tangan Tuhan. Apa yang berlaku hanyalah “asbab” kematian. Siapa sangka kerana “puding buih” wanita ini menemui ajalnya setelah 10 hari menerima rawatan di hospital. Kematian wanita yang berusia 25 tahun ini disebabkan oleh kegagalan multiorgan.
Memandang serius isu ini, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengambil tindakan dengan menutup dapur premis terbabit selama 14 hari sehingga 7 Jun depan.
Akhirnya Meninggal Selepas 10 Hari Dapat Rawatan
Mangsa keracunan makanan akibat memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu meninggal dunia jam 10.40 pagi tadi.
Mangsa wanita berusia 25 tahun dari Marang meninggal dunia selepas menerima rawatan selama 10 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Sebelum ini mangsa dimasukkan di wad HSNZ pada 24 Mei lalu sebelum dipindahkan di ICU dan disahkan meninggal dunia disebabkan kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.
Difahamkan mangsa bersama beberapa ahli keluarganya turut dirawat di HSNZ kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih itu.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, kematian itu merupakan kes pertama yang meninggal dunia akibat keracunan puding buih.
Menurutnya, siasatan terperinci telah dijalankan termasuk tindakan telah dikenakan ke atas peniaga terbabit.
Peniaga Perlu Lebih Berhati-hati
“Kerajaan negeri bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga mangsa dan kita berharap agar mereka tabah dan sabar.
“Kita ingatkan kepada orang ramai terutama peniaga dan pengendali makanan agar lebih berhati-hati kerana ia melibatkan keselamatan dan boleh mengancam nyawa.
“Kerajaan juga telah merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada peniaga yang menjual makanan dari rumah supaya lebih menitikberatkan aspek kebersihan kerana ia membabitkan nyawa.
“Walaupun ia merupakan kes yang berisiko kepada sesiapa sahaja ia juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa,” katanya.
Mangsa Lain Makin Pulih
Dalam perkembangan sama, katanya, mangsa lain yang juga dirawat akibat keracunan puding buih telah beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat.
Terdahulu, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.
Jumlah itu membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit dari Kuala Terengganu manakala 22 lagi dari daerah Marang.
MW: Kami merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat. Semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada peniaga yang mengendalikan makanan supaya lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan sepanjang masa kerana ia melibatkan nyawa.
Sumber/ Foto: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, kini Astro mempersembahkan drama baharu ‘Dia Imamku’ yang pastinya bakal menggegarkan emosi penonton. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha...