Siapa yang tidak kenal dengan adik beradik popular Melvins ini. Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Menjadi penghias muka depan isu Mac volume 1, Mingguan Wanita berpeluang berkongsi cerita tentang adik beradik yang cantik ini, dalam temubual baru-baru ini.

Hangat dikaitkan menjalin cinta dangan pemain bola sepak, anak ketiga Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26 tahun, atau lebih dikenali sebagai Syifa, dikatakan mempunyai wajah lebih kurang sama dengan Syatilla. Sehinggakan ada peminat yang keliru dengan mereka berdua.

Keluarga Tak Pernah Desak Syifa Melvin Untuk Cepat Kahwin

Syifa memulakan kerjaya sebagai instafamous solekan, bidang modelling dan selepas itu mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Baru mencipta nama dalam dunia hiburan tetapi terpaksa mengorbankan minatnya semata-mata ingin fokus kepada perniagaan yang dijalankan bersama adik beradiknya.

“Tahun lepas, saya telah menolak tiga tawaran berlakon kerana ingin serius dalam perniagaan kami. Maklum sahaja, bila kita berlakon, ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jadi, saya tidak mahu ada pembahagian fokus dan lebih baik tumpukan pada satu perkara sahaja,” katanya yang ditugaskan untuk menguruskan bahagian pejabat dan sumber manusia.

Sesuai dengan dirinya sebagai instafamous yang banyak review tentang produk orang. Jadi, tibalah masanya untuk dia melangkah ke satu lagi fasa dengan membuka perniagaan bersama ahli keluarganya yang lain.

IKLAN

“Pada mulanya agak risau sebab kami tidak pernah lakukan dan baru mencuba. Selepas berbincang dengan yang lain dan galakan daripada kawan-kawan, kami memberanikan diri,” katanya yang tidak menyangka akan mendapat sambutan yang baik.

Keluarga Tak Pernah Desak Syifa Melvin Untuk Cepat Kahwin

Ada Rezeki Lain

Menceritakan tentang hubungan adik beradik, Syifa memberitahu, mereka dibesarkan dari keluarga sederhana dan kesemuanya perempuan. Kiranya, dia yang belum mendirikan rumah tangga selain adik bongsunya yang baru berusia 15 tahun.

IKLAN

Dalam usia begini, agak sesuai untuk dia mendirikan rumah tangga. Jawapan Syifa cukup mudah.

“Pernah semasa berusia 23 tahun, saya agak stres bila bercakap tentang perkahwinan. Tetapi, sekarang saya sudah tidak kisah. Jika ada jodoh, adalah. Mungkin rezeki kahwin saya lambat tetapi saya diberi rezeki lain pula,” katanya yang keluarga pun tidak pernah mendesak untuk dia cepat kahwin.

Tahun 2020, tiada yang diharapkan oleh Syifa selain untuk lebih berkembang maju, baik dari segi personaliti dan perniagaan yang dijalankan. Dengan perniagaan ini boleh membantu ramai orang untuk mengubah hidup. Harap saya akan bertemu jodoh pada tahun ini,” katanya sambil tersenyum.

IKLAN

Banyak lagi cerita-cerita menarik adik beradik ini yang dikongsikan dalam Mingguan Wanita isu terbaru ini. Jangan lupa dapatkan di pasaran.

Keluarga Tak Pernah Desak Syifa Melvin Untuk Cepat Kahwin

Penyelaras & Teks: NORHAYATI OTHMAN
Foto: AHMAD SHAHIR OSMAN
Solekan: Kelrina (Syatilla), Saidatulnisa (Syida), Mimie Romyza (Syifa), El Manda Zuhairy (Syafiqa).
Penata Gaya: @hashtagsrihartamas
Busana & Tudung: The Hashtag (@hashtagsrihartamas); Blancheur (@blancheur_co); Radiusite Shah Alam (@radiusiteshahalam)

Baca Lagi Di Sini:

Ceritera 4 Beradik Melvin Dari Layar Seni Ke Dunia Bisnes

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI