Diejek badan besar kereta kecil, lelaki kongsi anak muda jangan malu guna kereta kecil asal jimat banyak.  Perkara pertama selalu kita fikirkan dalam hidup ialah TAKUT DENGAN PANDANGAN ORANG. Buat itu salah, buat ini salah sampai dalam membuat keputusan pun kita masih memerlukan pandangan orang.

Paling banyak buat keputusan salah ialah saat membeli  kereta pertama yang mana biasanya kita berfikir, ala beli sekali saja. Apa salahnya beli yang lebih mahal, berjenama, bangga dipuji orang hinggakan akhirnya kita menanggung beban seumur hidup.

Diejek Badan Besar Kereta Kecil

Baca satu perkongsian dari Ahmad Nizar Azham mengeni betapa perlunya kita membuat keputusan tepat dalam hidup khususnya saat membeli kereta pertama. Tak salah pakai kereta kecil seperti Axia, asal tak berhutang keterlaluan. Lagipun bayaran bulanannya boleh tahan murah khsusnya bagi Axia E.

Khas buat anak muda.

Inilah kereta yang saya gunakan ke tempat kerja setiap hari. Dari Nilai ke Putrajaya. Hampir 60km ulang alik setiap hari. Sebuah kereta kecil yang sangat jimat serba serbi. Minyak,komitmen bulanan, kos penyelanggaraan, roadtax dan lain-lain.

Perodua Axia E 1.0 (M). Komitmen bulanan hanya RM250 sebulan. Macam bayar motor sahaja. Alhamdulillah tak struggle bulan-bulan nak bayar sampai 700-800 tu. Jumlah tu boleh guna kot tempat lain yang lebih bermanfaat kan. Kita boleh buat saving ASB ke TH ke kan. Ataupun kita ada plan takaful untuk medical.

Diejek Badan Besar Kereta Kecil, Lelaki Kongsi Anak Muda  Jangan Malu Guna Kereta Kecil Asal Jimat Banyak

Orang nak kutuk tu biasalah. Dulu saya ingat lagi masa mula2 saya bawa kereta ini di UUM kawan saya kata, ‘eh kereta kecik, tapi bila tuan badan keluar kereta badan besar, tak sesuai’ Tapi rajin pula dia dok tumpang kereta saya lepas tu.

IKLAN

Lelaki Kongsi Anak Muda Jangan Malu Guna Kereta Kecil Asal Jimat Banyak

Ada juga kawan-kawan dok kata kosongnya kereta hang. Apa pun tak ada. Yelah masa saya saya beli Axia E ni mula-mula dulu radio dia tak bagi, central lock dia tak bagi, alarm dia tak bagi, assist grip tak bagi. Kemudian saya buat semua tu kat luar kos tak sampai pun 1k. Benda boleh jimat, kenapa nak membazir?

Orang nak kutuk biarlah. Kita bukan guna duit dia beli kereta kita ni. Eheh. Bagi saya kereta ini tak lebih sebagai sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari itu.

Buat kawan-kawan saya fresh graduate yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.

Ada kereta mahal bukan petanda hidup anda berjaya. Jangan terikut-ikut dengan sekeliling. Selalu amalkan formula setahun gaji untuk tahu harga kereta yang sesuai untuk kita. Usah malu untuk guna kereta second hand pun atau cuma ada motor sahaja. Biar kereta tak lawa, janji kita tahu apa tujuan hidup kita.

Fokus kumpulkan aset, bukan liability. Sekarang zamannya untuk kita banyakkan simpanan. Kita tak tahu apa pula yang akan terjadi nanti. Pandemik ini dah cukup sangat nak sedarkan kita dari tidur yang panjang. Jelaskan matlamat hidup kita teman.

IKLAN

Ahmad Nizar Azham,

Kita tak hidup dengan pujian dan kejian orang.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kereta MAK Rosak, Sepakat 6 Beradik Hadiahkan Beli Kereta Baru!

‘Terkejut Suami Bila Isteri Tak Kerja Boleh Beli Kereta Cash’ Semua Ini Sebab Handalnya Orang Rumah Simpan Duit

IKLAN

3 Perkara Wanita Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta, Nakkan Kepastian Tanya-Je!

Kalau Beli Kereta, Jangan Ikut Orang Tapi Tengok Komitmen Dulu

‘Anak Dua Baru Merasa, Sebelum Ni Naik Motor Berpanas.’ Dapat Duit KWSP Beli Kereta

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI