
Isi Kandungan
ToggleBagi sebahagian pasangan suami isteri, handphone antara barangan peribadi yang boleh dikongsi dan tiada rahsianya.Isteri tahu password, bebas boleh buka handphone suami dan begitu juga sebaliknya.Namun ada juga pasangan yang begitu berahsia dan tak suka berkongsi, walaupun dah berkahwin bertahun-tahun lamanya.Anggap ia kekal barangan peribadi.
Suami Nekad Saman
Seorang lelaki yang berang selepas isterinya membuka dan membaca WhatsaApp miliknya secara sembunyi, telah nekad menyaman wanita itu.
Kejadian berlaku di Arab Saudi selepas lelaki itu sedar pergerakannya dipantau secara sembunyi oleh isterinya selama sembilan bulan.Lelaki berkenaan menganggap tingkah laku isterinya itu sebagai salah satu jenayah siber.
Salin Data
Dilaporkan wanita berkenaan sudahpun menyalin semua data termasuk klip video dalam aplikasi WhatsApp milik suaminya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana mahu menjaga aib, namun memilih untuk berpisah dengan suaminya.
Lelaki itu pula enggan berpisah dan memilih untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara aman.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ditempat awam, kerana dikhuatiri akan digodam dan data peribadi akan diceroboh dengan lebih mudah.

Laki Bini Kena Pantau Whatsapp Pasangan, Jangan Sampai Ada Yang Bergurau Hal ‘Dalam Kain’!
Nak WhatsApp Lain Jantina Ni, Ada Pantang Larangnya!
MW: Setuju ke, handphone pasangan adalah barangan peribadi yang tak boleh dikongsi, dibuka tanpa izin? Tapi secara rasionalnya, jika tiada yang ‘pelik-pelik’ atau tak buat hal, tiada apa pun yang perlu dirahsiakan.
Sumber: Ajelen.com, Era
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sayang Biar Berpada, Susahlah Kalau Nak Jentik Anak Pun Tak Boleh

Isi Kandungan
ToggleTerlalu sayangkan anak sampai apa anak buat semua betul di mata, bila orang lain tegur kesilapan anak, mak ayah tak boleh terima. Oh! Itu bahaya.
Biar hebat mana sekalipun, adab dan budi bahasa itulah tunjang kekuatan seorang insan. Jangan sampai hilang hal yang satu ini, disebabkan terlebih ‘sayang’nya mak ayah pada anak.
Ibu ini, Firda Ashaary berkongsi pesan. Semoden mana pun kalian, adab itulah yang perlu dipelihara dalam diri sendiri mahupun anak-anak.
Seawal Darjah 3, Dah Dibekalkan Smartphone
Zaman hari ni, aku pasti ramai ibubapa dan waris yang membekalkan smartfon pada anak masing-masing untuk kegunaan harian.
Adooo yang biasa-biasa, adoo yang canggih-manggih. Ikut level kemampuan lah kan, tak kisah lah yang tu. Kita hormati cara masing-masing dalam mendidik anak.
Macam aku ni mungkin old school sikit lah sebab anak-anak aku, dua-dua orang tu takdak smartfon. Baik si Kakak yang darjah6, mahupun Suffian yang darjah4. Belum sampai masa aku gitau diorang.
Nak gugel info, laptop ada kat rumah. Sila guna. Pergi sekolah, Mama hantar. Balik sekolah, Mama jemput. Jadi belum ada kepentingan untuk ada henfon sendiri. Tak perlu lagi. Itu keputusan kami suami isteri.
Okay berbalik pada topik anak-anak yang dibekalkan smartfon ni, waris sesekali perlulah pantau aktiviti anak-anak.
Apa penggunaan yang diorang explore. Sama ada diorang bukak you tube, google, instagram, FB, twitter, wechat, wassap dan sebagainya.
Wajib pantau!
Bukan bagi dengan sepenuh kepercayaan semata-mata. Itu pendapat aku yang old school ni lah. Maaf kalau salah.
Kadang-kadang seawal darjah 3, diorang dah ada group kelas. Kemain, habis waris lain pun di add masuk. Kita perati ja perangai sorang-sorang. Apa yang diorang sembangkan, nak tegur lebih-lebih anak orang. Susah pula. Tak tahan mata, tahan jari sebab kadang cikgu dok share homework di situ.
Ada waris yang bila kita tegur kelakuan anak diorang di wassap group, diorang akan jawap,
“ITU HAL BUDAK-BUDAK puan, tak perlulah ambil serius sangat. Nama pun budak.”
Jadi, kalau dah waris sendiri ambil mudah, anggap benda tu remeh dan tak salah, anak diorang takkan pernah rasa bersalah walaupun dengan tanpa segan silu dan kurang adabnya mesej thru waris budak lain.
Nampak contoh chat di atas?
Ini adalah salah satu contoh betapa kurangnya penekanan dan pemantauan dari ibubapa sehingga anak diorang yang mungkin ada henfon sendiri, menggunakan aplikasi wassap dan dengan BERANInya sound waris lain. Sikit tak takut, sikit tak risau.
Memang hal budak-budak ja sebenarnya ni. Hal sesama diorang kat sekolah, kau usik aku. Aku usik kau. Kau kenen aku, aku kenen kau. Macam kita dulu-dulu jugak, tapi bezanya kita dulu mana berani balik bagitau mak. Nak mampos kena libas!
Tapi budak-budak sekarang dibawaknya balik dan tanpa segan silu mesej sendiri pada mak rakannya.
Hah!
Alahhh budak-budak kan? Biarlah. Hurmmm,
Gais,
Sebab budak lagi lah kena tegur. Kena pantau. Nanti kalau dah jadi buluh, tak guna dah nak tegur. Silap-silap cikgu pun dia tumbok.

Sayang anak tu biarlah berpada, tak salah pun kalau nak tangan-tangankan. Mak ayah kita dulu ajar kita guna tangan jugak kadang tu, dan hasilnya hari ni kita jadik orang kan? Orang yang dalam erti kata tahu adab dan hormat orang lain. Susahlah kalau nak jentik anak pun tak boleh.
Baca sini : Dapat Mak Mentua Baik Pun Rezeki, Bukan Semua Menantu Dapat Rasa
Anak Depan Kita Lain, Belakang Lagilah Tak Sama
Ajarlah adab dan tatasusila cara-cara menghormati orang lain atau orang yang lebih tua. Janganlah terlalu moden hingga adab dan tatasusila tu dah makin dilupakan. Pandai mana pun, kalau adab kelaut, tak guna jugak. Biarlah anak tu best student yang score straight A+ ke, tiap-tiap tahun naik pentas ambik anugerah cemerlang ke, tapi kalau takdak adab, sedih betul.
Kita kena ingat, anak kita ni kadang depan kita lain, belakang kita lain. Tak pelik pun, kita pun kadang begitu kan? Jadi kalau ada orang tiba-tiba datang mengadu hal perilaku anak kita tu, cubalah ambil perhatian. Mungkin betul, mungkin juga salah.
Kita sebagai ibubapa selidiklah dulu, jangan terus menyebelahi anak sendiri. Jangan! Nanti anak jadi melampau, dia dah tak takut, tak kisah pun sebab dia pasti mak ayah dia pasti bekap dia.
Begitulah.
Maaflah, andai ada yang kurang setuju dengan tulisan aku ni. Ini cuma pendapat aku, dari sorang mak-mak yang old school.
#SuffianSuffiya
Sedih bila tengok anak-anak yang kurang penekanan bab adab ni. Allahu. Makin moden, adab makin ditelan arus.
Bincangkan.
Sumber/Foto : Firda Ashaary
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Jadi Suri Hebat, 5 Sikap Culas Ini Wajib Dibuang Jauh-Jauh

Isi Kandungan
ToggleIsteri yang hebat, di luar jadi wanita berkerjaya, di rumah juga cekap jalankan tanggungjawab suri. Dua-dua mempunyai tugas yang berbeza. Biarpun penat nak urus dua-dua amanah ini, wanita tak boleh sesuka hati ikut emosi negatif.
Mungkin kita beralasan, itu cara nak lepaskan tension. Tanpa sedar rupanya sikap kita itu suami tak berapa suka. Cuba perhati tanda-tanda di bawah ini dan perbaiki diri.
Rumah Berselerak
Seharian di tempat kerja, sudah tentu balik ke rumah untuk berehat. Kalau rumah berselerak, boleh jadi ‘jiwa kacau’. Tapi, janganlah biarkan rumah tidak berkemas dan bersepah sehingga berminggu-minggu tidak dikemas. Bukan saja kita yang pening, suami pun turut pening. Pinggan mangkuk dalam singki belum di cuci, lantai bilik mandi yang sudah berlumut, belum lagi bilik tidur yang tidak dikemas.
Anak Tidak Terurus
Memang bila ada anak kecil, kemas berjam-jam tetapi kalau nak buat bersepah cuma lima minit dah berselerak semula. Walaupun anak aktif dan saling ‘berperang’ sesama mereka tetapi janganlah biarkan anak-anak nampak comot dengan pakaian yang lusuh, dah tak ada coraknya dan lebih teruk pakaian senteng yang boleh dipakai oleh adiknya. Ada juga mak-mak yang biarkan anak comot dengan hidung berair tidak dibersihkan.
HP Kat Tangan Sambil Tengok TV
Tak salah untuk mak-mak rehatkan badan tapi kena tengoklah keadaannya. 24 jam depan televisyen dan tangan main hp sedangkan rumah berselerak, baju kotor bertimbun dan anak-anak dibiarkan bermain tanpa tentu arah.
Suami Tak Terjaga
Bila berkahwin, tentu yang cepat orang sekeliling perhatikan adalah penampilan suami. Kalau isteri cerewet tentang gaya suami, beruntunglah. Sebab sudah tentu suami mahukan isteri yang boleh jaga penampilannya. Tapi janganlah cerewet sampai semua ditetapkan oleh isteri.

Bila Suami Mula Berkata-kata
Bab ini memang suami dah tak boleh tahan dengan cara kita. Tahap kesabaran sudah hilang. Jangan sampai suami berbunyi tentang rumah berselerak, ‘awak ni malaslah’ dan sebagainya.
Ini bukan peringatan untuk isteri yang bekerja tetapi isteri yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa pun belum tentu seorang yang rajin. Jadi, berfikirlah secara telus kerana rumah tangga adalah tanggungjawab bersama. Jadilah isteri yang rajin!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli Barang Untuk Mak Ayah, Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal

Isi Kandungan
ToggleAda anak-anak yang tak faham, dan anggap perkara pemberian barang pada orang tua itu isu remeh. Yang mana, waktu hayat mereka masih ada, anak-anak hadiahkanlah barang seperti perabot, peti ais, dapur dan sebagainya. Apabila mak ayah dah tiada, anak yang memberi hadiah barangan itu tak boleh ambil balik barang tersebut. Jatuh hukum haram.
Ini yang dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai latar kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan : Faraid, Wasiat dan Hibah. Yang mana syarikat amanah wasiyyah shoppe berhad adalah pakar dalam pengurusan harta pusaka.
Haram Ambil Balik Barang, Selepas Mak Ayah Meninggal
Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa). Bila mereka meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.
HARAM tu tuan-tuan. Barang – barang tu dah jadi pusaka.
Tidak boleh ambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita main ambil balik sebab ada hak waris lain dalam harta pusaka tu. Barang yang dah bagi kat orang bukan milik kita lagi. Lain keadaannya kalau kita hanya bagi orang tua pinjam.
Jika was-was dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik kita rujuk kepada yang pakar.

Antara Persoalan Lanjut Ustaz Jawab
Soalan : Sebelum meninggal, ibu saya pesan pulangkan barang kemas yang anak-anak belikan kepada pemberinya. Saya serahkan barang tersebut kepada pemberi, itu dibolehkan ke?
Jawapan : Barang kemas itu pusaka ibu, pesanan ibu tu terpakai jika semua waris setuju. Jika ada seorang bantah kena faraid.
Soalan : Contoh barang yang dibeli oleh kakak. Benda masih berhutang, beli nama mak, bukan nama kakak. Bila mak meninggal, barang jadi pusaka, kakak dah tak mahu bayar duit ansuran sebab barang dia tak boleh ambil kat dia sebab kata jadi pusaka. Persoalannya hutang mak tu, siapa yang kena sambung bayar sebab barang nama mak. Dah kalau orang yang dok bayar tak boleh ambil barang tu. Sebab dah jadi pusaka dah tentu dia berat nak sambung bayar ansuran bulanan. Contoh macam TV, perabot, barang elektrik.
Jawapan : Ni kena bincang dengan pemberi hutang, cek perjanjian jual beli. Barang hutang ni tak sempurna milik. Kalau hutang tu boleh ambil alih bolehlah ambil barang tu contoh mesin Cooway, tukar nama dan sambung bayar.
Fitnah Dan Bahaya Pusaka Sangat Dahsyat
Kenapa Islam suruh sangat rancang harta dan urus pusaka dengan betul. Kerana FITNAH dan BAHAYA pusaka sangat dahsyat.
3 kesan pusaka tak diurus dengan baik dari sudut hukum ialah:

1. Termakan harta anak yatim.
Pemegang amanah kepada harta anak-anak yatim tidak faham amanah dan terpedaya dengan harta.
2. Termakan harta orang lain secara batil.
Ada waris yang dinafikan hak oleh waris lain.
3. Menzalimi si pemilik harta.
Ada hak si mati belum ditunaikan waris seperti upah haji, hutang dan sebagainya.
Kesemuanya adalah besar dosanya kepada waris dan terlampau besar jika ada waris anak yatim yang diabaikan.
Tolong ambil tahu perancangan harta. Kira faraid keluarga sendiri biar waris jelas apa hak mereka. Perkara-perkara asas yang waris kena tahu jika kita meninggal dunia. Jangan tinggalkan pesanan tanpa dokumen atau pesanan yang tidak boleh dilaksanakan seperti wasiat kepada waris sendiri.
Baca sini : Waktu mak ayah ada tak nak jaga, dah tiada berebut harta pusaka.
Sumber/Foto : Ahmad Nassri Ibrahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI