Semua wanita mempunyai definisi cantik yang tersendiri tetapi percayalah, bertanding dari segi penampilan luar sahaja boleh membuatkan kita rasa cepat rendah diri.
Namun kecantikan seorang wanita sepatutnya tidak hanya fokus pada luaran semata-mata, kononnya diukur dari aspek kosmetik dan baju mahal, tetapi juga melalui jiwa dan hati. Ada banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika wanita sibuk bekerja, sambil menunggu atau pun dalam perjalanan. Apa yang best, anda boleh ulang-ulang ucapan tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan sebagainya melalui aplikasi ZAYAN.
Amalan Zikir Sambil Buat Kerja
Paling mudah, anda boleh biasakan diri buat kerja rumah atau di pejabat dengan membaca zikir Fatimah iaitu Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), dan Allahuakbar (34 kali) yang selalu dibacakan ketika selepas solat.
Hah, kalau nak naikkan seri wajah pula anda boleh ikuti bacaan zikir seperti di bawah.
Baca “Ya Badiyah” 1 kali
Baca “Ya Nur” 1 kali
Baca “Ya Hadi” 1 kali
Baca “Ya Allah” 3 kali
Seeloknya baca zikir dan tiup pada tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Macam mana pula dengan kiraan waktu berzikir? Jangan risau ya, sebab aplikasi ZAYAN dilengkapi dengan ciri tasbih. Sekali zikir sekali tekan, kiraan lebih jelas tanpa rasa was-was.
Dengar Bacaan Ayat Suci Al-Quran
Hati wanita mungkin jadi kosong kerana tidak dapat solat. Tetapi sekali pun tak boleh baca waktu period, anda boleh mendengar al-Quran melalui CD, Youtube, atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. Nak lagi mudah, download je aplikasi ZAYAN yang mana anda juga boleh mendengar ayat al-Quran sambil membuat kerja-kerja rumah.
Antara fungsi yang boleh diakses adalah video bacaan ayat Al-Quran. Surah dibahagikan kepada 30 hari, bermakna satu hari anda boleh mendengar 5 video bacaan ayat Al-Quran. Senang nak kaut pahala, bukan?
Boleh Bercantik-cantik Dan Tukar Cara Penampilan Setiap Hari
Jangan main-main bab pakai tudung. Cuma dengan tukar cara pemakaian tudung, bentuk muka seorang wanita boleh nampak lain. Mungkin cukup bosan nak pakai gaya tudung yang sama, jadi sesekali anda perlu ubah cara lilit tudung.
Biasanya kaum Hawa memerlukan sekurang-kurang 1 jam di hadapan cermin memastikan gaya tudung adalah bersesuaian dengan bajunya. Tetapi kalau dah biasa pakai, sesiapa saja pun boleh bergaya secepat 10 minit!
Tak payah keluar rumah pun, dengan perkembangan teknologi zaman sekarang wanita boleh ‘cantik kan hati’ dengan berinspirasi melalui internet. Dalam aktiviti harian yang padat, anda tiada masa untuk belajar cara pakai tudung terkini. Tetapi sebenarnya anda ada peluang nak bergaya pakai tudung cara berbeza lebih mudah dengan tutorial tudung bersama Lin Ariffin (#ZOTD) menerusi radio ZAYAN yang menggayakan #OOTD pelbagai gaya Muslimah kontemporari.
Jom Kenal ZAYAN!
Sebenarnya ZAYAN ini merupakan destinasi gaya hidup Muslim moden yang juga merangkumi fesyen. Selari sangat dengan dunia wanita yang suka bercantik-cantik dan menjaga penampilan.
Menggunakan #IndahDiHati sebagai slogan, ZAYAN juga menyajikan pelbagai segmen menarik untuk pendengar sasaran. Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan ZAYAN adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabangsa yang menyampaikan mesej-mesej yang baik.
ZAYAN (https://zayan.my/) yang bukan sekadar radio, boleh dialami menerusi aplikasi (http://onelink.to/4dtcks) dan pelbagai platform digital yang lain seperti Facebook (https://www.facebook.com/zayan.my/), Youtube (https://www.youtube.com/zayanmy) dan Instagram (https://www.instagram.com/zayan.my/).
Dengan ZAYAN juga, anda berpeluang untuk berkenalan dengan para ilmuan, golongan alim ulama, serta rakan-rakan selebrity disamping cara penyampaian yang kreatif dan unik. Nak tahu lebih lagi pasal ZAYAN?
Info ZAYAN
ZAYAN boleh diikuti menerusi frekuensi:
Lembah Klang (104.9FM)
Alor Star (98.1FM)
Ipoh (106.4FM)
Melaka (98.9FM)
Johor Bahru (92.8FM)
Kuantan (91.6FM)
Bukan hanya memudahkan untuk tahu waktu solat, tetapi anda tak akan bosan sebab ada banyak lagi segmen menarik yang dikongsi setiap hari. Ini antara segmen yang disediakan ZAYAN:
Salam Bros Mawi & Anas (6 pagi – 10 pagi),
#ZOTD Lin Ariffin (10 pagi – 3 petang)
Zayan Valet Raqib (3 petang – 7 malam)
Zayan Fikir (7 malam – 8 malam)
Zayan Cafe Falyq (8 malam – 12 tengah malam)
Nampak tak, nak cantik luar dan dalam ini tidaklah memerlukan belanja yang mahal. Memandai kalau anda dekati ZAYAN untuk pengisian jiwa dan rohani. Nak lagi cepat merasa cantik luar dalam, anda kena lah muat turun aplikasi ZAYAN!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI