pembedahan plastik

Demi nak cantikkan wajah wanita rela buat apa sahaja, termasuklah sanggup membuat pembedahan plastik!Tiga wanita warganegara China ini dikatakan terkandas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan berikutan gambar pada pasport mereka tidak sepadan dengan wajah baru masing-masing akibat pembedahan plastik.

Ramai yang mengetahui bahawa klinik-klinik pembedahan plastik di Korea Selatan mahupun Thailand begitu terkenal sebagai antara klinik pembedahan plastik yang terbaik di dunia, maka tidak hairanlah wanita-wanita Asia terutama dari China dan Jepun sering mengunjungi negara-negara ini untuk mengubah wajah mahupun tubuh badan mereka.

Hanya sejumlah kecil yang membuat sedikit perubahan seperti pada bahagian hidung atau melakukan suntikan Botox.

Sebaliknya, ramai yang mengubah wajah mereka secara keseluruhan sehingga menyukarkan pihak berkuasa di lapangan terbang untuk memadan wajah mereka dengan gambar pasport.

IKLAN

Gambar yang menunjukkan tiga wanita sedang menunggu sambil memegang pasport di lapangan terbang tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Dalam Proses Pemulihan

Mail Online melaporkan, wanita berkenaan sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan dengan wajah mereka masih bengkak dan berbalut di sekitar kepala.

Gambar itu dipercayai diambil oleh seorang lelaki yang berada di lapangan terbang ketika penduduk China menikmati cuti umum yang dikenali sebagai Golden Week.

IKLAN

Wanita terbabit yang namanya tidak didedahkan mengambil peluang daripada cuti berkenaan untuk menjalani pembedahan plastik di sini.

Bagaimanapun masih tidak diketahui sama ada pelancong itu sudah dibenarkan kembali ke China atau masih ditahan untuk siasatan lanjut.

IKLAN

Terkandas di lapangan terbang gara-gara bedah plastik

Terkandas di lapangan terbang gara-gara bedah plastikTiga wanita warga China terkandas di lapangan terbang di Korea Selatan berikutan gambar di pasport mereka tidak sepadan dengan wajah selepas membuat pembedahan plastik di negara itu.

Posted by Sinar Harian on Monday, 9 October 2017

 

Sumber: odditycentral & sinar tv

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI