Setiap kali hari raya, anak-anak yang paling seronok dan tak sabar nak beraya. Mereka membayangkan hari raya dapat pakai baju baru, kumpul duit raya dan jalan-jalan.

Itulah yang mereka fikirkan, sedangkan dalam fikiran mak ayah pula berbeza terutamanya keluarga yang struggle dalam kehidupan sehari-hari.

Kalau ikutkan hati mak ayah, beraya nanti pakailah baju yang mana ada, masih elok dan muat. Sebabnya nak jimat dan tak nak membazir. Namun, tak sampai hati pula untuk melihat anak dengan pakaian biasa saja.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal

‘Ditakdirkan Kakak Diambil Allah..’ Pakaikan Baju Raya Awal, Sekurangnya Ada Kenangan Bersama

Beraya Dengan Baju Baru

Tidak semua mak ayah yang jalani kehidupan senang lenang. Ada antara kita yang struggle dalam mencari rezeki setiap hari. Hari raya hanya disambut ala kadar saja.

Walau bagaimana pun, bila melihat wajah anak-anak, tak sampai hati melihat mereka beraya tanpa baju baru. Bukan nak beli baju mahal tapi cukuplah dapat menggembirakan mereka.

Perkongsian daripada Aimi Nawi ini antara pengalamannya sebelum ini. Tahun paling struggle untuk dilalui dengan pasangan dan anak-anak. Takdir Allah, rezeki untuk anak pasti ada.

Semalam baca discussion orang pasal baju raya tahun ni.
Ramai yang recycle tahun lepas je.

IKLAN

Nak jimat. Baju raya pun tak murah mana.

Gambar raya 2018. Tahun paling struggle untuk kami.
Masa tu ambil keputusan tak beli baju raya dah.
Pakai apa ada je.

Tapi lagi few days nak raya, tengok muka anak-anak rasa tak sampai hati.
Rasa macam, We’ve been through a lot, biarlah walaupun cuma sekejap,

Di pagi raya tu,I just want all of us to be happy,
Dan lupakan kejap all the hardship.
Ajak encik suami cari baju anak-anak.
In mind beli untuk anak-anak je pun dah cukup.
Bajet RM50 seorang. Tak boleh lebih. Walaupun bunyi macam mustahil,
Tapi dengan izin Allah, Ada jugak baju raya mereka. Baju the girls RM39 sepasang, kurta Angah RM49.

Malam sebelum balik kampung, tengah kemas baju,
Aimi terpegang satu dress tergantung jauh dalam almari.

IKLAN

Rupanya,dress pernah beli untuk 1 event, tapi tak pernah pakai.
Siap ada price tag lagi.

Nasib baik muat dengan mak buyong masa tu.
So technically,
Baju baru la kan

Malam tu jugak, Aimi pujuk encik suami,
Abang pergi Tesco beli 1 kurta untuk raya.

Di pagi raya tu,
Kami bergembira sebagai satu keluarga.
Kami bertahan sebagai satu keluarga.
It did took a lot of effort to do so.

From all of us.
And of course dengan izin Allah. Dalam Quran, Allah kata,
Ingatlah padaKu, Dan Aku akan ingat kepada kamu.

IKLAN

Kadang, Allah nak bagi kita pahala yang besar,
Nak bagi pahala yang banyak.
Allah tak bagi kita nikmat.
Allah bagi kita ujian.

Dan asbab sabar menghadapi musibah, Allah bagi kita pahala besar

Ustaz kata, Pahala bersabar atas musibah,
Lebih besar dari pahala bangun malam.

Ramai orang tengah struggle sekarang.
Ramai kawan-kawan bisnes tengah struggle.

Sabar lah. Allah sentiasa ada dengan kita.

Mingguan Wanita : Setiap kita diuji Allah dengna cara berbeza. Sabar dan tabah hadapi sebab DIA nak beri yang lebih baik lagi.

Sumber: Aimi Nawi

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI