Benarlah sesungguhnya hidayah Allah itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Usaha berterusan untuk mencari hidayah itu perlu agar dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik. ‘Perjalanan baharu’ selebriti dan usahawan berjaya Neelofa,31 untuk tampil berniqab mendapat sokongan ramai. Ramai yang meluahkan rasa gembira dengan penampilan baru dan perubahan diri yang dilakukan.

Siapa sangka, pernah ‘free hair’ tidak menutup aurat dengan sempurna satu ketika dahulu, atas asbab dan hidayah Allah, selebriti yang mempunyai hampir 8 juta followers di Instagram ini, kini berubah menjadi muslimah solehah. Sekaligus, menjadi inspirasi buat wanita lain untuk berubah menjadi lebih baik.

Dari Free Hair Sehinggalah Allah Muliakan Jadi Wanita Baik, Sejuk Mata Memandang

Dari Free Hair Sehinggalah Allah Muliakan Jadi Wanita Baik, Sejuk Mata Memandang

Baca Perkongsian Muhammad Hassan ini;

Wife saya dari tadi dok ajak saya sembang pasal neelofa. saya cakap dah dah la tu, biasalah public figure, tukar tayar kereta pun orang bercerita.

Wife saya gelak. wife saya kata, bukan nak sembang sangat pasal dia awak. Cuma saya ini follow dia dari dewi remaja lagi. Macam-macam orang dok kata kat dia dulu.

Dari free hair sehinggalah Allah muliakan dia jadi wanita yang baik dan sejuk mata memandang. Saya orang perempuan tengok pun rasa tenang hati.

IKLAN

Allah Pilih Jadi Baik

Wife saya kata lagi. Allah nak pilih orang jadi baik sekejap sangat. mungkin orang ini dulu kehidupan nampak teruk, nampak jahat, bersosial, tapi akhir hidupnya Allah pilih dia mati dalam husnul khatimah.

Paling takut kita ini setiap hari buat amal, tapi setiap hari mengumpat orang, sebar aib orang, hasad dengan orang. Pantang nampak aib orang terketar ketar jari nak share supaya jadi orang pertama sebarkan.

Kita takut, mati kita dalam keadaan begini. Agak-agak selamat tak kita aib orang tersebar disebabkan kita, tapi kita mati tak sempat nak minta maaf.Sebab itulah kita tak boleh nak judge keburukan orang.

Saya terus baca text yang wife hantar. Typing tak henti-henti. Panjang pulak tazkirah wife saya malam ini.

IKLAN

Tanda Orang Berjaya

Begitulah. Tanda orang berjaya dan tenang ini mereka tidak sibuk dengan hal orang lain, tidak sekali mencari-cari dan sebarkan aib orang lain. Mereka terus fokus, mereka tidak lagi lihat keburukan lampau. Mereka bangkit dari kesilapan dan kelemahan.

Mereka sentiasa letakkan diri dalam circle bahagia tenang dan berjaya. Mereka terus tamak nak cari kebaikan, mereka terus tamak belajar ilmu, kenal Allah dan Rasul. Mereka terus tamak baiki diri.

Tahniah Neelofa, moga asbab hidayah buat anak gadis dan wanita lain diluar sana yang dahagakan hidayah.

-EncikMatt-
#HanyaLelakiBurQa

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:

Besar Manfaatnya, Patutlah Terjaga Sebelum Subuh Neelofa Amalkan Baca ‘Saiyyidul Istighfar’

Next To Neelofa, Perkongsian ILMU Prof Muhaya Menusuk Ke Dada, SEBAK!

Ini 10 Khasiat Jus Celery, Patutlah Neelofa Jadikan Amalan Minum Setiap Hari!

MW: Oleh itu, jangan mudah menghukum seseorang atas penampilannya, Allah beri hidayah pada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Pengakhirannya sendiri kita tak tahu bagaimana. Mungkin lebih baik dari diri kita sendiri. Kami di Mingguan Wanita mendoakan semoga Neelofa kekal istiqomah dan menjadi inspirasi buat wanita lain untuk berubah menjadi lebih baik.

Sumber: Muhammad Hassan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI