Orang cakap, kalau nak cari keberkatan dan rezeki melimpah ruah, kenalah bangun awal. Waktu pagilah dibuka pintu rezeki untuk setiap orang. Malah, orang tua cakap rezeki tak datang dekat kalau bangun lambat.

Jadi, bagi yang selalu bangun lambat, cuba-cubalah ubah sikap dengan bangun lebih awal. Kena bermula dari sekarang. Kalau rasa susah untuk bangun pagi itu, cuba tip yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa. Mungkin ia boleh membantu kita semua.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalan Hidup Berkat Bangun Solat 2 Rakaat Tahajjud, Hubungkan Silaturrahim

Pagi Yang Berkat, Inilah Waktu Di Mana Pintu Rezeki Terbuka Luas

IKLAN

Info Lebih Menarik Di INSTAGRAM MW

Tip Nak Bangun Subuh Awal

1. Tidur awal. Lepas pukul 10 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.

2. Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.

3. Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.

4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie, lepas baca gosip rampas suami orang dan jangan tidur lepas komen buruk di fb orang lain.

5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa, hadis dan Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa, maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh.

6. Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. Insya Allah, kita akan mudah bangun subuh.

Ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun subuh.

Kerana, berkat pertama itu bermula dari subuh.

IKLAN

Kalau subuh kita pukul tujuh, mampu kah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam akhir zaman yang sangat menyakitkan?

Mampu nak hadapi ujian dan kecaman.

IKLAN

Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan subuh.

MW: Zaman sekarang, selalunya nak tidur mesti ada telefon kat tangan. Kononnya pelali untuk bagi senang tidur.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI