Dapat Penginapan Cantik Di Port Dickson, 2 Hari 1 Malam Cuma RM64, Ini Caranya

Hajat hati nak cuti jalan-jalan satu famili itu tersangatlah berkobar-kobar. Nak rehat-rehat di tempat penginapan cantik, sambil layan anak-anak mandi kolam. Fuh!

Tapi bila tengok bajet hotel, ya ampun.. tepuk dahi. Kalau anak sorang dua, ok lagi. Masuk 3 ke 4, mak ayah dah mula kira costing perjalanan percutian. Penginapan, duit minyak, duit makan dan sebagainya.

Cuba baca sampai habis apa yang wanita ini, Nawal Yasmin kongsi mengenai penginapan cantik lagi murah dekat Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebab, familinya sejumlah 5 orang itu, berjaya dapatkan penginapan cantik serendah RM64 semalam di Eagle Ranch Resort, Port Dickson.

 

Ini Cara Dapat Penginapan Cantik Murah Di Port Dickson, RM64 Je Semalam

Kalau tahu dari dulu, memang tak pergi dah tempat lain.”

Rezeki kami sekeluarga jumpa tempat ni last minit. Asalnya nak pegi balik hari je ke Port Dickson. As usual tangan ni gatal nak survey agoda. Scroll punya scroll, terjumpa la EAGEL RANCH RESORT!”

Masa first time nampak gambar teepee tu terus jatuh cinta! Sebab kitaorang memang suka sangat camping ala-ala style macam tu.”

 

Penginapan Dalam Teepee

Dalam teepee tu ada katil Queen, attached toilet and shower, aircond, kipas dan TV.

Harga semalam berapa? RM64 FREE BREAKFAST! Too good to be true kan? Rezeki alhamdulillah.

Dan Harga tu time promo je ye sebab beli time korang semua dah abis bercuti raya sakan (perkongsian ini sekitar bulan Jun 2018). Kami ni baru je nak bercuti. Kalau normal price RM100++ rasanya.”

Kat dalam resort tu memang nampak well maintained. Swimming pool bersih je. Ada banyak swimmping pool pulak tu. View pun sangat cantik!”

Dah macam ala ala kat oversea dah! Mmg bestlah untuk bergambar. Bilik dia pulak macam macam jenis ada. Teepee, bandwagon, kampung style, log cabin dan ada dorm jugak.

Lepas ni nak try bilik lain pula.

Aktiviti Sepanjang 2 Hari 1 Malam

 

Bergambar Pakai Kostum

Kitaorang ambil gambar pakai kostum ala cowboy tu RM24 sahaja. Dapat free poster gambar and soft copies dalam CD.

Memang best sangat sebab staff pun baik je melayan kitaorang and pakaikan baju budak-budak.

Boleh ambil gambar sendiri jugak pakai hp lepas tu. Terasa macam nak buat studio sewa kostum pulak lepas ni dekat @somethingborrowedbynawal. ada ke yang nak sewa?

 

Naik Kereta Kuda Dengan Anak-anak

Sebelum sampai resort tu dah janji dengan budak budak ni nak pegi horse riding. tapi tak ada rezeki nak naik kuda sebab kuda masih lagi dalam training. So kitaorang pun naiklah kereta kuda. RM12/orang.

Budak bawah 4 tahun free so total kami berlima RM36 sahaja.

 

Berkhemah Di Blue Lagoon (Pantai Tanjung Biru, Port Dickson)

Aktiviti ini keluarga Nawal perlu memandu keluar dari penginapan di Eagle Ranch Resort.

Pantai dia pula agak jauh dari resort. Bila tanya dekat kaunter, diaorang cakap pantai tu tak boleh mandi sebab berlumpur kot so kitaorang terus ke Blue Lagoon untuk mandi.”

Blue Lagoon pun best juga. Tak crowded macam Teluk Kemang. Boleh buka khemah lagi. Sampai pun dah petang so orang ramai dah beransur pulang.”

 

Jangan Risau Soal Makan

Pagi keesokkan harinya, kami terus ke tempat breaksfast. Sebab tak ramai orang, so kami diberi pilihan untuk ala carte menu untuk 2 orang secara percuma.

Makanan pun sedap! Baca review ramai yang kata makanan biasa and simple. Tak best etc.. tu untuk yang buffet la. Kami makan yang ala carte punya semua sedap.

 

 

Harga makanan dekat dalam tu mahal juga. Kalau nak murah, dekat luar resort tu ada kedai makan dia jugak. Harga lebih affordable macam nasi goreng kampung RM5.

Yang bestnya kedai kat luar tu pun masih bertema ala ala pekan cowboy.

 

Keseluruhan Kos Penginapan 2 Hari 1 Malam

So kesimpulannya. Total cost kami di Eagel Ranch Resort hanya RM140 sahaja untuk 2 hari 1 malam berserta aktiviti yang kami dah buat tu.

Hotel: RM70 (selepas tax)
Gambar cowboy: RM24
Kereta kuda: RM36
Sewa tempat letak baby kat dalam pool tu RM10

Murahkan? Alhamdulillah.. rezeki..

Ini bukan paid review ye. saya tak kenal pun owner dia siapa. Ini review seikhlas hati sebab happy sangat jumpa tempat macam ni.”

Lepas ni boleh buat travel review la. Kene rajin la mencari tempat best-best.

Memang Cantik Pun Pemandangannya, Terpukau Anak-anak

 

 

Sumber/Foto : SomethingBorrowedbyNawal