Bekas suami jaja keburukan di media sosial & keluarganya lepas cerai, peguam kongsi isteri boleh saman EX. Ramai pasti pernah mengalami masalah sebegini. Di buruk-burukkan di media sosial dan keluarganya walau sudah bercerai.
Seolah-olah bekas suami simpan dendam kerana perceraian yang terjadi. Tapi tahukah bahawa wanita ada hak dan mengemukakan saman kepada bekas suami yang teruk begini.
Bekas Suami Jaja Keburukan Di Media Sosial
Ikuti perkongsian bermanfaat dari peguam, Liyana dari Liyana & Co mengenai masalah ini.
Saya ada bekas suami yang malukan saya di social media dan juga canang cerita buruk mengenai saya pada keluarganya dan juga bekas ipar duai saya. Dia cakap saya ni janda yang tak kenang budi dan suka hasut anak-anak untuk membenci dia dan isteri baru dia.
Ads
Boleh ke saya mulakan tindakan Saman Malu kepada dia? Saya cukup tertekan dan stress dengan perangai dia sedangkan saya tak pernah pun menghasut anak-anak saya untuk membenci ayah sendiri.
Jawapan Puan Liyana:-
YA Boleh!
Mengikut kes yang sudah diputuskan di Mahkamah Sesyen di Kuantan Pahang pada tahun 2010, seorang bekas isteri telah menyaman bekas suami kerana telah memfitnah, membuat tuduhan dan kenyataan palsu terhadap bekas isteri yang telah disebarkan kepada keluarga dan anak-anak melalui penerbitan surat.
Ads
Akibat daripada penyebaran surat tersebut, plaintif mendakwa bahawa beliau telah mengalami malu, aib dan tekanan perasaaan yang melampau.
1. Sama ada pernyataan-pernyataan mengandungi unsur-unsur fitnah;
2. Telah diterbitkan kepada pihak ketiga (penerbitan);
3. Pernyataan- pernyataan fitnah ditujukan kepada plantif.
Hakim berpendapat bahawa tindakan bekas suami menerbitkan surat kepada ahli keluarga bagi memalukan bekas isteri adalah suatu tindakan yang tidak wajar dan tidak mengenang budi dan jasa baik bekas isterinya yang telah membesarkan keenam-enam anaknya hingga menjadi sesorang yang Berjaya, seorang diri tanpa bantuan dari bekas suami.
Di sini, Hakim telah memutuskan jumlah bagi ganti rugi am dan pampasan sebanyak RM100,000 dan juga ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 kepada bekas isteri. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM150,000.
Faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh Mahkamah semasa menaksirkan ganti rugi yang sesuai untuk kesfitnah ini adalah seperti berikut:-
1. Kedudukan dan pangkat plaintif sebagai pegawai MARA
2. Sifat fitnah tersebut
3. Cara dan tahap penerbitan
4. Kelakuan plaintif
5. Kelakuan defendan dari masa fitnah tersebut hingga ke saat penghakiman
6. Ketiadaan atau keengganan sebarang penarikan balik atau permohonan maaf
Ibu kongsi 3 beradik sangat rapat, anak mengadu sakit dada & menyebut soal mati sebelum tragedi.
Tragedi yang menimpa tiga beradik terkena renjatan banjir di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat di sini mengejutkan ramai pihak.
Salam takziah yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan kejadian menyedihkan ini. Dalam pada itu, tiga beradik ini meninggal selepas cuba ingin ke tali air di kawasan kampung mereka untuk melihat banjir sebelum memegang tiang di hadapan rumah jiran sebelum terkena renjatan tersebut.
Memeti laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 11.45 pagi tadi, mangsa, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27, maut di lokasi kejadian.
Menurut jirannya, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, dia melihat tiga beradik itu berjalan melintasi rumahnya dan sempat bertanya ke mana mereka ingin pergi sebelum dijawab Nor Syazwani yang mereka ingin melihat tali air di hadapan rumah.
“Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.
“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Che Zahiyah berkata, penduduk kampung segera menghubungi bomba dan polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata, ketiga-tiga anak perempuannya itu masih belum berumahtangga dan sangat rapat.
Katanya, pagi tadi, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang mana kedua-duanya adalah guru tadika agama di dua premis berasingan sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah lain.
“Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa saja.
“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik,” katanya.
Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.
“Anak-anak bertanya, kenapa ramai tidak suka auntie?” Seperti yang semua maklum, pelawak dan usahawan Shuib kini bergelar duda ‘hot’. Malah wanita yang dikaitkan dengan dirinya yang bernama Watie juga dikatakan bakal menjadi suri hatinya.
Sebelum ini Shuib akui sedang berkawan dengan Watie namun menafikan bakal menamatkan zaman dudanya tahun hadapan dengan wanita berkenaan.
Shuib seperti mana dinyatakan menerusi laporan, menyatakan dalam melibatkan hal perkahwinan dia menyerahkan segalanya pada Yang Maha Esa.
Paling penting anak-anak menjadi keutamaan dalam segala perancangan kehidupan yang bakal dibuat.
Pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 38 yang juga suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ini juga mahu yang terbaik buat anak-anaknya.
“Perkahwinan awal tahun? Tidak ada.
“Tempah apa-apa pun, tidak ada. Perkara baik, mesti saya akan kongsi. Saya tidak suka sorok-sorok. Kalau Allah kata jadi, Alhamdulillah. Kalau tidak nak buat macam mana.
“Saya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Kalau ada perancangan ke arah itu, pasti saya akan jelaskan. Saya masih berkawan dengan dia. Untuk ke next step itu, belum ada,” katanya seperti mana dipetik menerusi Utusan Malaysia Online.
Paling membahagiakan kini ibu dan anak-anaknya merestui persahabatannya dengan Watie. Namun dia cukup risau banyak andaian yang tidak benar tersebar hingga boleh menguris hati keluarga.
“Ibu dan anak-anak saya selesa dengannya. Itu permulaan yang baik untuk satu perhubungan. Saya kalau boleh tidak mahu beratkan Watie sangat.
“Saya takut bila ada dakwaan yang tidak betul.
“Saya tidak mahu keluarga fikir saya belakangkan mereka.
“Malah, anak-anak saya juga bertanya, ‘kenapa ramai tidak suka auntie?’ Ada juga dengan seloroh cakap: ‘Oh! orang dah tahu’, itu sahajalah,” ceritanya.
Rezeki tertulis. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Walaupun kekurangan, langsung tidak membuatkan mereka berputus asa. Pasangan OKU penglihatan ini tidak menyangka rezeki datang selepas mereka kehilangan kerja sebelum ini.
Sementelah dua tahun sebelum ini terkesan dengan pandemik covid 19. Lebih teruk, bila tempat mereka bekerja terpaksa ditutup. Itulah yang dialami oleh Mohammad Yusri Azis dan isterinya yang hilang sumber pendapatan tetap.
Yusri, 28 tahun dan isterinya Nur Jannah Tan Jia Hui, 29 tahun telah berkahwin pada Mei 2021 dan mereka sebelum ini bekerja di sebuah restoran yang berkonsepkan ‘dine-in’ di Johor sejak akhir 2019.
Terkejut apabila restoran tempat mereka mencari rezeki terpaksa di tutup. Tapi mereka akur restoran itu sukar untuk beroperasi dalam keadaan sekarang.
Siapa sangka pasangan ini sebenarnya merupakan graduan Ijazah Sarkjana Muda Sosio Budaya Melayu dari Universiti Malaya (UM) dan melalui bantuan rakan sepengajian, mereka dapat menceburi bisnes menerusi platform e-dagang.
.
Yusri yang berasal dari GeorgeTown, Pulau Pinang amat bersyukur minat mereka dalam bidang perniagaan sejak di universiti dengan melakukan bisnes top up dan menjadi dropship pelbagai barang secara dalam talian membolehkan mereka terus menjana pendapatan sampingan.
“Dengan bantuan seorang rakan universiti, kami dapat mewujudkan kedai dalam talian menerusi platform e-dagang sejak Jun 2021.
“Saya bersyukur adanya teknologi dan aplikasi yang memudahkan semua pihak terutamanya golongan OKU seperti saya untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah,” katanya.
Menjual produk sambal hitam melalui platform e-dagang popular, pasangan ini tetap bersyukur meskipun jualan kurang memberangsangkan pada peringkat permulaan.
Kata Yusri, dia tidak menyangka posting yang dibuat di laman facebook menjadi tular sehingga meraih banyak perhatian daripada pelbagai platform.
Masa mula-mula berniaga, sambal hitam hanya terjual satu atau dua pek saja, paling banyak pun lima pek sehari. Tapi selepas viral, pesanan boleh mencecah 100 pek sehari.
.
“Dalam tempoh seminggu jualan sambal hitam mencecah 1000 pek dengan jualan kira-kira RM12K. Syukur Alhamdulillah memang kami tidak menyangka sambutan amat menggalakkan,” katanya dengan gembira.
Selain sambal hitam, mereka turut menjual makanan dan produk kecergasan termasuk makanan sedia dimakan seperti pekasam di platform e-dagang.
Sehingga kini, pasangan ini masih dalam proses belajar bisnes dan mengalukan usahawan dalam talian untuk berkongsi tip perniagaan bersama mereka.
.
Dalam pada itu Yusri turut menasihati mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan dengan mencubanya secara serius sekiranya betul-betul berminat.
“Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya adalah mesti mencuba. Kalau tak dicuba, macam mana kita nak tahu. Masa tu boleh belajar dan memperbaiki kesilapan.
“Tak perlu modal yang besar untuk buat bisnes dan boleh lakukan secara kecil-kecilan. Yang penting jangan takut untuk mencuba,” katanya.
.
Mingguan Wanita : Jangan anggap kekurangan itu satu bebanan, sebaliknya rezeki tak salah alamat, asalkan kita berusaha.
Dilihat semakin bahagia, pempengaruh dan usahawan, Maryam Younarae menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya yang diajukan soalan mengenai Islam oleh rakannya dari Korea.