Hidangan berasaskan daging lembu boleh dimasak dengan pelbagai masakan yang lazat. Mungkin ada yang masih mempunyai stok daging korban di dalam peti sejuk. Ha…boleh cuba tiga resipi mudah yang kami kongsikan ini. Mudah tapi sedap! Sila cuba ye…
TIGA HIDANGAN BERASASKAN DAGING UNTUK DICUBA
UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai | titik
1 inci halia | kisar
1 sudu makan kerisik
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangan sedia dinikmati.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang | potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Ads
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
Tertarik sungguh dengan perkongsian resepi Puan Nurlia Mohd Nor ini. Tak menggunakan bahan yang rumit, cara memasak daging ini pun mudah saja. Katanya, “abah selalu minta saya buatkan daging ini. Saya tak pasti nama apa.’
“Sebab warna seakan merah, saya panggil daging masak merah je. Resepi ini saya belajar dengan mak. Makan dengan nasi sangatlah sedap. Nak pula gu dia ikan goreng. Makan dengan roti, roti canai, lempeng, pulut, lemang pun mabeles!”
“Resepi saya jangan risau, simple je sebab saya bukanlah rajin sangat pun untuk menu yang rumit. Siapa nak share dipersilakan, Saya izinkan. Semoga bermanfaat.”
Cara Masak Daging Merah Style Nurlia
Goreng cili kering, bawang besar, bawang putih, sedikit halia dan jintan manis dengan sedikit minyak (Jangan tanya sukatan sebab saya punya style masak main agak-agak je.)
Dah goreng blendkan dengan sedikit air.
Gaul daging dengan bahan blend tadi bersama kicap dan gula (saya guna kicap kipas udang yang manis). Perapkan. Lagi lama lagi sedap. Kalau tak sempat perap pun ok je.
Musim PKP ni, apa kata kita buat projek biskut raya dengan anak-anak. Dapat juga jimatka duit dan isi masa lapang bersama. Bahan-bahan nak buat Chocolate Macadamia Biscuits pun mudah nak dapat dan cara buat senang je.
Syaratnya, jangan derhaka dengan resipi yang dikongsi oleh Pemilik The Bakers Hut Bakery, Azlan Ahmed Tauzan ni. Ikut je sebijik-sebijik, insya-Allah jadi.
Resipi Chocolate Macadamia Biscuits
Bahan-bahan :
200 gm tepung
½ sudu teh garam
30 gm serbuk koko
½ sudu teh soda bicarbonat
150 gm mentega (unsalted)
150 gm gula perang
30 gm gula pasir
1 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
90 gm kacang macadamia}dicincang
Cara membuat :
Ayak bersama tepung, garam, serbuk koko dan serbuk penaik.
Pukul mentega sehingga lembut dan campurkan gula perang dan gula pasir, adun sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Masukkan adunan tepung dan kemudian kacang macadamia, adun sebati.
Leperkan adunan, tekap menggunakan acuan berbentuk hati. Lekapkan di atas adunan dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 180 c selama 8 hingga 10 minit sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.
1-Pastikan dulang dibasuh bersih dan dilap kering sebelum digunakan.
2-Semasa hendak digunakan, sapu nipis marjerin pada dulang atau acuan tersebut.
3-Lepas tu, masukkan acuan/ dulang seketika dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120 C selama 10-15 minit.
4-Keluarkan acuan/ dulang pembakar. Biarkan ia sejuk. Selepas itu, bolehlah digunkan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan dan tidak melekat pada dulang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah kari atau kuah durian. Nak buatnya memang agak renyah perlu ‘dijala’ satu persatu. Namun jika dapat sukatan dan adunan yang betul, barulah hasilnya Roti Jala ni cantik dan mudah ‘dijala’ atas kuali. Rupanya antara tipnya, selepas adunan dibancuh ia perlu dibiarkan seketika selama 15 minit agar ia menjadi pekat dan likat.
Nak buat roti Jala, baik sukatan untuk adunan sikit mahupun banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Noorbaya Othman ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Bahan-Bahan:
(Adunan 1 kilo) anggaran dalam 90 biji
1 kilo Tepung Gandum
1.7 litre air (masukkan sikit-sikit)
2 biji telur
1 sk garam
3 sudu besar minyak masak
1 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
(Adunan untuk 3 cawan tepung) anggaran 35 biji)
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
Cara Membuat:
1. Kacau semua bahan dalam bekas besar.
2. Blend
3. Tapis adunan ke dalam jug supaya senang nak masukkan dalam botol acuan roti jala
4. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan adunan yang cantik sebab tepung akan jadi sedikit pekat dan likat.
MW: Begini rupanya nak dapatkan adunan Roti Jala yang cantik, pekat dan likat. Rupanya kena biarkan bancuhan 15 minit. Jadi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Roti Jala di rumah, boleh ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...