Jika selalu mak-mak buat bergedil biasa, cuba balutkan dengan kulit popia dan celup dalam bancuhan telur. Rasanya memang lebih sedap dan rangup. Sesuai sangat buat untuk minum petang atau menu sarapan pagi untuk anak-anak. Makan satu pun dah kenyang.
Boleh cuba resipi Popia Bergedil yang dikongsikan oleh Puan Anie Nor ini.
Bahan-Bahan:
Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
Daun Sup/bawang dihiris halus
Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus (Nak ganti udang pun boleh)
Bawang goreng
Bawang putih digoreng dan ditumbuk
Lada cili / merah ikut citarasa
Ads
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan-bahan semua tadi + lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.
2. Amik kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi. (Kalau tak lekat letak air di mane bahagian yang tak lekat tu).
Ads
3. Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.
4. Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain, ambil bergedil popia tadi, celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.
Ads
5. Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup.
Selamat Mencuba semua
MW: Mudah je nak buat popia bergedil ni. Seperti buat bergedil biasa cuma balutkan dengan kulit popia dan salutkan dengan telur. Rasanya pasti lebih sedap dan rangup.
Sesekali tekak teringin nak makan brownies yang sedap, namun harga bahan-bahannya yang agak mahal, berkira-kira juga nak membuatnya. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri brownies ni di rumah, dengan cara yang lebih jimat bajet dan tak perlu guna alat penimbang pun. Ia cukup mudah!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maya Nna ini sebagai rujukan;
“Anak lelaki saya suka sangat makan brownies.Resepi ni Tak perlu penimbang.Brownies ni saya buat guna coklat masakan murah je. Tapi jadi jugak..resepi pun simple sangat. Yang penting kurang manis”.
Bahan-Bahan:
A (cairkan Cara double boil)
200g coklat masakan (saya Beli 1 pack memang dah 200g)
100g butter (saya potong ikut skala pada pack butter)
1 sudu makan serbuk Koko
B (ayak )
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
C
2 biji telur
6 sudu besar gula icing (saya blend halus je gula biasa)
1 sudu kecik esen vanila
Kacau sebati.
Cara-Cara Membuat:
1. Cairkan (bahan A) coklat masakan dengan butter dan serbuk Koko guna kaedah double boiler. Ketepikan.
2.Pukul (bahan C) telur dengan gula dan esen vanila sebati. Tak perlu lama.
3.Masukkan bahan coklat dengan butter tadi ke dalam adunan telur. 4.Kemudian kacau guna senduk saja.
5.Masukkan tepung serta baking powder (bahan B ) yang dah ayak dalam adunan coklat. Kaup balik sampai semua adunan sebati.
6.Lapik loyang 8″,dengan baking paper.
7.Bakar 170c selama 40 min.
Info Ekstra!
*Nak dapat kedut cantik, lepas masak, buka sikit penutup oven. Biarkan dalam 10 minit. Dah sejuk, boleh potong dan ngapp!!
*Maaf la kedut-kedut brownies saya hari ni hilang pulak kat tengah Tu, anak tak sabar nak ngap.. resepi saya, kalau ada tak suka atau tak senang dengan post ni maaf ya.
MW: Mudahnya mak-mak nak buat brownies yang sedap dan mudah ni. Yang penting bahan-bahannya lebih murah, jimat bajet dan tak perlu guna alat penimbang pun untuk sukatannya.Kena cuba buat sendiri nanti di rumah.
Garlic Chili Oil atau Minyak Cili Bawang Putih ni memang sedap jika kita tambah dalam bubur, sup ayam mahupun cicah untuk dumpling. Meskipun hanya 3 bahan yang digunakan untuk buat Garlic Chili Oil ini, namun jika salah caranya ia mudah hangit dan tak tahan lama.
Nak belajar cara betul buat Garlic Chili Oil ini, boleh ikut tip dan resipi yang digunakan oleh Puan Zurina Zulkefli ini sebagai panduan.
Resepi Garlic Chili Oil, untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah untuk dumpling.
Pagi-pagi dah dapat panggilan dari kawan di Kuantan, mengadu chili oil dia asyik tak jadi je. Kenapa hitam? Dah tengok tutorial di youtube pun masih jadi hangit. Bila saya tanya betul-betul cara dia masak, saya rasa takde masalah pun tapi kenapa chili oil dia cepat hangit.
Saya minta dia tunggu sekejap, saya ke dapur.Tak sampai 10 minit siap chili oil saya. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar. Siap, khas untuk Azrina Azri.
Dulu saya buat berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak-banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resepi je senang, semua orang boleh buat.
Bahan-Bahan Diperlukan:
2 sudu besar chili flakes
*Chili flakes yang saya guna ni, chili flakes korea (Gochugaru).
Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.
4 sekawan (Kayu manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga & Cengkih)
7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup. Cincang ya, bukan tumbuk bukan kisar hancur macam pes tu.Boleh guna mesin kisar tangan/manual.
Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
Masuukkan dahulu 4 sekawan.
Tunggu minyak panas, kemudian masukkan bawang putih, gaul dan masak.
Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.
Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus untuk rasa sedikit masin.Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Siap.Garlic Chili oil baru siap masak.
Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.
Ini gambar chili oil saya yang dulu, makan dengan bubur kosong. Sedap.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...