Cucur udang memang sesuai dibuat untuk minum petang. Sedap dicicah dengan kuah kacang atau sos cili. Rupanya nak cucur udang gebu jadi bulat macam di beli di gerai, kena celup dulu senduk besi dalam minyak panas barulah diletakkan adunan. Malah rahsia untuk dapatkan cucur udang yang rangup kulit luarnya dan lembut gebu tepungnya kena letak sedikit soda bikarbonat.
Mak-mak yang nak buat cucur udang sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan Norfarhana Ariffin ini;
“Cucur udang gebu gebas resepi mak..cicah kuah kacang boleh, cicah sos pun boleh..Ada yang suka tak?”
Bahan-Bahan:
1/2kg Tepung gandum
Sebiji telur
1 biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning (Jangan letak serbuk kunyit nanti jadi warna merah adunan tu sebab kita guna soda)
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air
Cara Membuat:
1.Blend bawang besar sebiji.
2.Masukkan tepung gandum dalam bekas.
3.Masukkan bawang yang diblend tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat..kacau adunan. Agak-agak letak air jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
4.Masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris dan cili besar hiris.
5.Cara goreng nak bagi bentuk bulat.Celup senduk besi ke dalam minyak panas.Letak adunan tadi, letak udang atas dia.Masukkan dalam minyak panas.Biar kejap sampai bawah dia masak,nanti dia akan tertanggal sendiri.
Segengam cili kering
2biji bawang besar
7ulas bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Belacan
(Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah yang disangai dan diblend kering.
Asam jawa
Gula/ gula melaka
Cara Membuat:
1. Tumis bahan yang di blend tadi.
2. Dah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan sedikit air, gula dan garam. Nak letak gula melaka pun boleh.
5. Biar naik minyak.Kalau nak lagi pekat letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
IKLAN
Siap! Selamat Mencuba.
MW: Mudah je nak buat cucur udang yang gebu gebas dan bentuk bulat macam yang kita beli di gerai. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati!
Nak masak telur rebus memang senang je. Tapi nak dapatkan telur rebus yang mudah dikupas kulitnya, yang licin dan cantik itu yang susah.Kalau tidak takkan lah ada perumpaan “kulit licin dan cantik bak telur yang dikupas”.
Menerusi perkongsian Puan Waheeda Basiron, beliau kongsikan tip agar telur rebus jadi helok kejadiannya.
Berikut merupakan perkongsian beliau;
“Hari ini kekda taknak share resepi. Nak share tip cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela.
Mudah je”.
Bahan-Bahan:
Telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Basuh telur bersih2 dan masukkan terus dalam periuk dan tambah air.Tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye.
2.Masukkan sesudu garam.
3.Kemudian masukkan sesudu minyak masak.
4.Rebus lebih kurang 15-20 minit/ sehingga air menggelegak.
5.Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.
Sekarang ini tengah musim belimbing buluh. Kalau dulu, buah ini popular dengan resipi sambal hitam. Kini, rata-rata orang pelbagaikan resipi dengan buah ini. Memang menjadi!
Sebenarnya, buah belimbing buluh, cukup terkenal dengan resipi sambal hitam. Tapi, memikirkan cara nak membuatnya mengambil masa yang lama, ada yang sanggup beli, walaupun harganya boleh tahan mahal juga.
Kini, tak perlu nak risau, kalau ada pokok buah belimbing buluh ini boleh cuba buat sendiri. Nak senang dan cepat, gunalah periuk tekanan. Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan boleh mak-mak cuba. Bahan pun tak banyak. Memang merecik lah!
“Sekarang tengah musim belimbing buluh ke? Staf saya pula beri saya 2 kg belimbing buluh. Nak buat kek tak pandai. Jadi kita buat sambal hitam ekspress.
Bahan-bahan:
1 kg belimbing buluh
2 genggam ikan bilis
10-15 biji cili padi
15 biji bawang merah (kecil)
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Sambal hitam ini berasal dari Pahang. Ramuannya hanya 4 bahan sahaja, tapi rasanya boleh buat nasi tambah 4 kali.
2. Mula-mula, bersihkan belimbing buluh. Buang jambul. Belimbing buluh ini rasanya sangat masam, manis dan ada kelat-kelat sedikit. Makan begitu sahaja, memang merembes air liur, mencurah-curah.
3. Kalau buat sambal hitam, kurang sikit masam dia. Kalau cara tradisi, kena rebus 4-5 jam dalam tin biskut sampai belimbing ini gelap warnanya. Kita buat stail bandar. Masak dalam periuk tekanan eletrik. Kenapa?
4. Sebab guna periuk tekanan, hanya perlu 10 minit sahaja. Letak air ½ cawan, set pada “High Pressure” untuk 10 minit. On! Lepas tu biarkan periuk itu buat kerja sendiri. Tak payah tunggu.
5. Sementara tu, kita urus ramuan lain. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili dalam pengisar. Dah letak dalam pengisar baru teringat ikan bilis belum siang. Haha! Kena keluarkan balik, siang dulu.
6. Selepas kisar, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Dalam 5-10 dah selesai. Ngam-ngam periuk tekanan pun dah berbunyi.
7. Lepaskan stim periuk tekanan sampai habis dan buka! Nampak belimbing buluh ini dah gelap sikit tapi masih basah. Lebihan air ni cedok dan buang.
8. Untuk lagi kering, set periuk tekanan kepada fungsi “Stir Fry”. Jangan lupa kacau belimbing buluh ketika ini, kalau tidak ia akan hangus.
9. Selepas 15-20 minit, kebanyakan air dah tersejat. Boleh sambung keringkan dalam periuk tekanan jika mahu.
10. Jadi alihkan semua belimbing tadi dalam kuali yang berisi bahan tumisan. Gaul rata. Kita sambung keringkan di dalam kuali.
11. Kacau sampai hancur belimbing buluh tadi. Ada orang suka sambal hitam yang belimbingnya betul-betul lumat, ada pula yang suka ada kasar-kasar. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan lupa letak garam jika tak cukup masin, dan sambung masak.
12. Selepas 15-20 minit, dia akan jadi warna macam ni. Barulah sesuai dengan sambal hitam. Ada orang buat basah sedikit atau kering terus. Kalau betul-betul kering, boleh tahan lama sikit. Masak cara bandar ni, kurang satu jam dah selesai.
13. Ok, hiaskan cantik-cantik. Sambal ini rasa sikit masam, masin, pedas dan umami! Memang bangkit selera. Kalau buat cara bandar ni, dalam satu jam dah siap semua. Jimat masa.
14. Close up! Terliur tak membayangkan rasa sambal hitam ni.
15. Jemput makan! Makan tengah hari dengan nasi putih panas dan telur pun dah padu! Bila sambal dah sejuk, ia semakin hitam.
16. Petang makan dengan lempeng pula! Sarapan pun sesuai! Sungguh syahdu makan lempeng dengan sambal hitam. Tak lempeng? Roti pun jadi weh! Cubalah!
MW: Boleh cuba buat sendiri, memang padulah. Bahan yang digunakan pun tak banyak dan cepat pula.
Bagi penggemar, kek buah kukus, boleh dikatakan harganya agak mahal berbanding kek-kek yang lain. Keadaan keknya yang cantik dengan taburan buah campuran kering yang sekata dan sudah tentu cara membuatnya pun mengambil masa yang agak lama.
Tidak hairanlah, ada mak-mak yang cuba membuat resipi kek buah yang kurang menjadi sehingga campuran buah di dalamnya ada yang mendap ke bawah. Kadang-kadang pelbagai tip digunakan untuk memastikan kek buah itu sekata dan cantik, lembab dan melt. Tapi, bila lihat hasilnya tidak seperti yang digambarkan.
Sebenarnya, tip yang dikongsi oleh Azlina Ina boleh mak-mak gunakan, kalau nak buat sendiri kek buah. Ikut setiap langkah cara membuatnya. Selamat mencuba.
“Siapa yang tak pandai buat kek buah, boleh ikut cara ini. Mesti jadi punya! Patutlah harganya agak mahal sebab nak kukusnya saha mengambil masa 4 jam, bahan yang digunakan pun premium.
1. Kek buah cantik tersusun, kalau sudah pandai cepat saja nam membuatnya.
2. Kalau nak tahu kek buah ini sedap dan moist bila buah-buahan campuran di dalamnya masih lagi rangup dan tak benyek, walaupun dikukus agak lama.
3. Bahan-bahan:
2 cawan buah campuran kering, direndan dengan air suam. Tujuannya untuk hilangkan kotoran pada buah yang berhabuk. Toskan.
4. Sementara itu, ayak dahulu:
440g tepung lebih kurg 4 cawan, asingkan ¼ cawan (40gm) gaul dengan buah yang telah ditoskan.
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil double action powder ( suka guna ini sebab kek buah akan jadi tidak berat dan moist.
1 sudu kecil serbuk buah pala
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis ( kalau xsuke xyah la)
ok siap dah ketepikan.
5. Masukkan 150-180gm gula pasir atau 1-1 ½ cawan gula (bergantung pada citarasa. Selepas itu, masukkan 1-1 1.2 cawan gula, kalau menggunakan sukatan cawan. Panaskan kuali dan dan biarkan ia cair keperangan.
6. Bila dah keperangan, masukkan ½ cawan air panas dan dan biarkan mendidih.
7. Masukkan 250gm pure butter, boleh juga guna marjerin.
8. Selepas itu, masukkan 1/2 cawan madu. Kacau seketika dan biarkan ia suam.
9. Sementara itu, campurkan 3 biji telur gred A, 1/4 cawan gula, putar sehingga kembang. Barulah masukkan 1 sudu besar susu pekat untuk rasa lemak-lemak.
10. Jangan lupa 1 sudu besar sunquick. Kacau sebati.
11. Selepas itu, masukkan buah-buahan yang bersalut tepung dan tepung 400gm sedikit demi sedikit ke dalam gula hangus tadi. Jangan lupa masukkan juga adunan tadi. Kacau sebati dan kaupbalik saja.
12. Gunakan bekas yang bersaiz 1500sq dan boleh dapat 2 bekas.
13. Isikan juga dalam loyang seperti ini untuk penuh sukatan tadi.
14. Kukus selama 4 jam dengan api sederhana. Tutup plastik di permukaan bekas.
14.
15. Ini hasilnya yang dalam loyang.
Selamat mencuba.
MW: Guna saja step by step yang diberi ini, pasti menjadi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Sharifah Sakinah puji. Selepas berpisah bukannya senang mahu berbaik dengan bekas isteri atau suami. Namun lain pula dengan selebriti popular Sharifah Sakinah.Malah Sakinah juga...