Pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai sektor terjejas teruk lebih-lebih lagi sektor pelancongan. Banyak negara yang melakukan sekatan pintu sempadan bagi mengekang pandemik ini. Malah jika ingin ke negara yang dikunjungi, tempoh kuarantin 14 hari adalah perkara yang wajib dilalui serta perlu tinggal di hotel mahupun pusat penempatan sementara.
Kuarantin 14 Hari Di Resort Golf
Terbaru, Thailand menawarkan pengalaman kuarantin yang unik kepada pelancong asing memasuki negara itu, apabila mereka boleh memilih untuk menjalani tempoh kuarantin 14 hari di resort-resort golf.
Dalam usaha meningkatkan semula sektor pelancongan yang merudum akibat COVID-19, kerajaan Thailand telah meluluskan enam resort golf sebagai pusat kuarantin, termasuk tiga di Kanchanaburi dan masing-masing satu di Nakhon Nayok, Phetchaburi dan Chiang Mai.
Dibenarkan Bergerak Bebas
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan, pelancong asing yang menjalani kuarantin di resort golf terbabit, akan dibenarkan untuk bermain golf dan bergerak dengan bebas, berbanding hanya duduk di bilik mereka ketika tempoh dua minggu kuarantin mandatori.
“Thailand kekal sebagai syurga pemain golf, walaupun ketika pandemik COVID-19.
“Dengan jumlah pemain yang kurang, kini lebih mudah untuk membuat tempahan masa bermain, dan rentak permainan yang lebih cepat dari biasa dan kurangnya kerosakan akibat kurang penggunaan sejak tahun lalu,” menurut kenyataan itu.
Ads
Tawar Pakej Khas Kuarantin
Menurut kenyataan itu, pelancong asing yang memilih untuk kuarantin golf itu memerlukan visa, sama ada Visa Pelancongan Sekali Masuk atau Visa Pelancongan Khas, insurans perjalanan dan perubatan dan juga sijil kemasukan.
Tambah TAT, padang golf di Thailand juga mengekalkan nilai terbaik untuk wang mereka dan juga tawaran pakej khas kuarantin dengan diskaun yuran padang dan kemudahan khas lain.Kuarantin golf ini adalah usaha terkini bagi menarik pelancong asing ke negara itu, sewaktu pandemik COVID-19.
Tahun lalu, Thailand menawarkan Visa Pelancongan Khas untuk pelancong asing jangka panjang, bagaimanapun ia tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.
Pada 2019, Thailand berjaya menarik kira-kira 40 juta pelancong yang membelanjakan 1.91 trillion baht.
Ads
Tahun 2020 dari Januari ke November, jumlah pelancong asing hanya 6.7 juta, menurun 81 peratus berbanding 2019, dengan 6.69 juta daripada jumlah itu tiba pada suku pertama tahun itu, sebelum sekatan perjalanan dikenakan pada April.
Bagi tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 271 kes baharu COVID-19, dengan dua lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 11,262 kes dan 69 kematian.
Daripada 271 kes baharu terbabit, sejumlah 259 membabitkan kes jangkitan tempatan termasuk 181 menerusi aktiviti penyaringan aktif dan 12 kes import.
Dua kematian dilaporkan di negara itu termasuk seorang warganegara British berusia 71 tahun dengan tahap kesihatan rendah dan seorang warga Thai yang menghidapi kencing manis.
Ads
Penularan terkini di Thailand sejak pertengahan Disember telah merebak ke 60 wilayah, mencatatkan 7,025 kes dengan sembilan kematian. – BERNAMA
Baca Lagi Di Sini: Anak POSITIF Covid-19, Ibu Tunggal Ini Sanggup Ambil RISIKO Temankan Anak Hingga SEMBUH
MW: Pandemik COVID-19 memang menyebabkan pelbagai sektor terkesan, lebih-lebih lagi sektor perlancongan yang terjejas teruk. Menarik juga usaha kerajaan Thailand dengan menjadikan Resort Golf sebagai Pusat Kuarantin untuk pelancong asing.Semoga usaha yang dilakukan ini dapat membantu memulihkan sektor perlancongan di negara mereka.
Rumah biru Kampung Baru berlatar belakang KLCC tak dirobohkan, anak perjelas cuma kena pindah.
Terkenal kerana masih mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru dan berlatar belakangkan bangunan ikonik negara KLCC, kisah rumah biru ini pernah tular di media sosial satu ketika dahulu.u tidak dirobohkan sebaliknya hanya penghuni rumah yang berpindah sementara.
Ramai merakam kenangan di rumah biru ini dan selepas berita bahawa rumah ini bakal dirobohkan, ia mendapat respon dari masyarakat.
Rumah Biru Kampung Baru Berlatar Belakang KLCC Tak Dirobohkan
Dan ternyata, ada sedikit salah faham di mana rumah biru ini sebenarnya tak akan dirobohkan, cuma pemiliknya perlu berpindah seketika bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong ditanam di bawah tanah rumah tersebut.
Menurut anak pemilik rumah biru ini, Syafiq Abdullah yang berkongsi hal ini di facebooknya memaklumkan, buat masa ini projek pembongkaran semula palong belum pun bermula lagi.
Anak Perjelas Cuma Kena Pindah
“Projek belum bermula lagi ya. Untuk makluman, rumah kami ini tak akan dirobohkan. Kami hanya diminta keluar bagi memudahkan projek berlangsung nanti,” kata Syafiq yang memaklumkan, seandainya terjadi apa-apa di masa depan, insya Allah pemaju akan baik pulih seperti sedia kala.
Katanya lagi, doakan agar selepas projek ini selesai, mereka dapat kembali semula ke rumah nostalgia ini.
“Sama-samalah kita berdoa semoga selepas tamat project ini, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ini,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada yang sudi berkongsi momen, cerita dan ambil peduli akan tanah kampung kami ini.
“Kami sebagai pewaris ucapkan terima kasih daun keladi. Panjang umur kita jumpa lagi. Diharap penjelasan saya ini, sedikit sebanyak ramai yang tahu kisah sebenar. Terima kasih Malaysia, tulisnya.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Blogger Kembara Wanita Sepanyol Berdepan Detik Hitam Ketika ‘Singgah’ Di India. Kejadian yang menimpa wanita tersebut sememangnya satu situasi yang paling menakutkan dan ngeri.
Wanita Sepanyol berusia 28 tahun itu turut menyatakan dirinya berdepan detik hitam ketika ‘singgah’ di India apabila dia mendakwa diperkosa secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki warga tempatan ketika kejadian pada malam Jumaat lalu.
Blogger Kembara Wanita Sepanyol Berdepan Detik
Perkara tersebut dikongsi wanita tersebut dan syami menerusi Instagram. Seperti mana dipetik Sinar Harian, menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial, mangsa yang identitinya tidak didedahkan turut menunjukkan kesan lebam pada wajahnya malah suaminya juga dipukul beberapa kali dengan topi keledar.
Blogger kembara yang mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram menceritakan bagaimana mereka diserang ketika bermalam di bawah khemah sementara di daerah Dumka, negeri Jharkhand, terletak kira-kira 300 kilometer (km) dari Ranchi.
“Sesuatu yang buruk berlaku dan kami berharap orang lain tidak menerima nasib sama. Tujuh lelaki menodai saya.
“Mereka juga memukul dan merompak kami,” katanya menerusi rakaman tersebut yang telah dipadamkan atas permintaan pihak berkuasa Jharkand yang sedang melakukan siasatan.
Difahamkan, pengalaman menakutkan itu menimpa pasangan berkenaan setelah mereka sudah mengembara ke 63 negara dan menempuh perjalanan sejauh 170,000km.
Setelah insiden itu mendapat perhatian ramai, pihak berkuasa mengesahkan seramai empat suspek berjaya diberkas.
“Kesemua pelaku telah dikenal pasti dan baki mereka bakal ditahan tidak lama lagi,” kata Ketua Polis Jharkhand, Ajay Kumar Singh sambil menambah kereta peronda menyelamatkan mereka dan membawa ke hospital berhampiran.
Keganasan seksual terhadap wanita dianggap ‘perkara biasa’ di India dan data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menunjukkan secara purata hampir 90 kes dilaporkan pada setiap hari.
Negeri Rajasthan, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh antara yang merekodkan kes perkosa paling tinggi.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dato Sarimah Ahmad pernah diuji kanser usus, PMX beri sumbangan buat legenda filem klasik. Pasti ramai mengingati lakonan berkesan seniwati negara, Dato Sarimah Ahmad.
Wajahnya yang cantik membuatkan generasi yang lahir tahun 70-an, pasti pernah menonton filem klasik lagenda terutamanya Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, dan Tiga Abdul dan lain lagi.
Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus
Namun dua tahun lepas, kesihatan seniwati berusia 82 tahun ini dilaporkan agak merosot apabila diuji dengan kanser usus tahap 3 dan selamat menjalani pembedahan. Terkini dirinya sudah pulih dan bebas dari kanser tersebut.
Jasa seniwati lagenda ini dalam dunia perfileman tidak boleh dinafikan lagi. Dan semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi setiausaha politiknya, Farhan Fauzi telah berkesempatan seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan.
Jelasnya dalam satu kenyataan di X miliknya @anwar Ibrahim, PMX turut mendoakan agar kesihatan seniwati Sarimah dipermudahkan.
“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah.
Jelasnya dalam hantaran tersebut, PMX menjelaskan anak seni ini antara yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing namun kini diuji dengan musibah penyakit yang mengesankan.
Selain seniwati Dato Sarimah, antara penerima sumbangan dari PMX ialah pelakon Adik Manja, Dharma Haron Ar Rashid yang turut diuji dengan masalah kesihatan.
Berusia 68 tahun, Dharma dilaporkan diuji dengan kesusahan bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....