Con Mum, siapa sebenarnya Dionne Marie Hanna? Dari Malaysia ke skandal global. Sebelum ini, nama Dionne Marie Hanna mungkin tidak dikenali sesiapa tetapi kini menjadi tajuk utama dunia selepas dokumentari Con Mum mendedahkan sisi gelap seorang wanita yang menyamar sebagai ibu kandung demi menjalankan penipuan penuh manipulasi.
Memperdaya anak sendiri demi kemewahan hingga anak menanggung hutang £300,000, jelas tidak masuk akal seorang ibu yang melahirkan sangggup berbuat aniaya terhadap anak sendiri.
Con Mum, Siapa Sebenarnya Dionne Marie Hanna?
Siapa Dionne Marie Hanna? Maklumat tentang kehidupan awal wanita berusia 84 tahun ini agak terhad dan bercanggah.
Dilaporkan dirinya dilahirkan di Malaysia dan berhijrah ke United Kingdom pada tahun 1971.
Fakta gaya hidupnya ketika muda tidak dapat dipastikan kerana gaya hidup nomadnya selain nama yang berubah-ubah. Pada sijil perkahwinan pertamanya bertarikh 28 November 1970, mencatatkan tahun kelahirannya sebagai 1940. Manakala rekod perkahwinan keduanya pada 21 Mac 1984 mencatatkan tahun kelahirannya sebagai 1950.
Ads
Selain itu, terdapat perbezaan dalam nama bapanya yang tercatat dalam dokumen rasmi. Sijil perkahwinan 1970 menyenaraikan bapanya sebagai Mahumad manakala rekod 1984 dan 1994 masing-masing menyatakan nama bapanya sebagai Antonio Lerres dan Ising William. Dan semua ini sering berubah-ubah.
Semua ini membayangkan satu perkara: sejak muda lagi, Dionne telah membentuk “watak” mengikut keperluannya.
Apa yang mengejutkan bukan sekadar taktiknya memperdaya individu termasuk anak kandung yang terpisah sejak lahir tetapi sejauh mana dia boleh memanipulasi emosi manusia menggunakan peranan paling suci sebagai seorang ibu.
Penipuan yang Merentasi Sempadan
Pada tahun 2020, Dionne menghubungi anak kandungnya, Graham Hornigold, seorang chef pastri terkenal di London dan mendakwa sebagai ibu kandungnya yang telah lama hilang.
Setelah hubungan mereka disahkan melalui ujian DNA, Dionne mendakwa dirinya sebagai anak tidak sah taraf Sultan Brunei dan kononnya ingin mewariskan kekayaan besar kepada anaknya.
Ads
Namun, di sebalik dakwaan tersebut, Dionne didakwa memperdaya Hornigold untuk membiayai gaya hidup mewahnya termasuk pembelian kereta mewah dan perbelanjaan peribadi yang akhirnya menyebabkan Hornigold menanggung hutang sekitar £300,000.
Dalam dokumentari itu menyaksikan Dionne sering tinggal di hotel lima bintang, makanan makanan mewah, membelikan anak sebuah kereta Range Rover serta lain lagi yang mana akhirnya ia menjadi beban hutang kepada Chef pastri berkenaan hingga kini.
Taktik penipuan Dionne tidak terhenti di situ, Con Mum ini turut menipu beberapa individu lain di Singapura, Indonesia dan Perancis dengan menggunakan cerita serupa termasuk mendakwa dirinya menghidap penyakit kanser dan ingin menyumbangkan kekayaannya kepada badan amal.
Ibarat kerja tutup lubang, gali lubang, menyampaikan kisah dongeng dirinya adalah anak luar nikah Sultan Brunei terdahulu, mengidap kanser yang hanya ada masa enam bulan saja untuk hidup, Dionne memperdaya anak sendiri dan orang lain dari London hingga ke Singapura.
Menjerat perasaan seorang anak yang langsung tidak pernah kenal ibu sendiri 45 tahun namun Dionne mempergunakan kekuatan insan bergelar ibu dan sifat keemak-emakkan untuk memanipulasi anak sendiri dan orang lain walau baru dikenali.
Alasan bermewahannya adalah wangnya tidak boleh keluar kerana sekatan Covid dan minta mereka mendahulukannya. Lebih menyedihkan hubungan anaknya bersama teman wanita turut berakhir kerana kekecewaaan Heather yang ketika itu baru melahirkan anak di mana Hornigold yang terjerat perasaan antara kasih emak sendiri dan kasih kepada teman wanita dan anak kecilnya.
Ads
Setelah dokumentari tersebut ditayangkan beberapa mangsa lain tampil membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan Dionne di Singapura. Dirinya kini menghadapi lima pertuduhan penipuan dengan jumlah kerugian melebihi $200,000 (kira-kira RM700,000).Jika disabitkan kesalahan, Dionne boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan.
Kini di usia 80-an, dengan pelbagai pertuduhan penipuan di Singapura dan beberapa lagi laporan masih disiasat, kisah Dionne Marie Hanna menjadi peringatan global bahawa manipulasi tidak mengenal usia dan bahaya kadangkala datang dari tempat paling tidak disangka.
Lebih dari sekadar skandal, kisah Dionne membuka persoalan besar adakah kita benar-benar kenal orang di sekeliling kita atau sekadar percaya pada watak yang mereka cipta?
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Hati Saya Dah Berpunya, Tak Berminat Nak Cari No 2,” itu antara reaksi daripada Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz,48 apabila namanya dikaitkan⠀oleh janji manis scammer.
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Nasihat Jangan Mudah Terpedaya
Dalam perkongsian di Instagram, Tengku Zafrul nyata berasa terkejut apabila ada pihak menabur janji manis dan yang mengaku sebagai ‘Menteri Kewangan’. Beliau turut menasihatkan agar wanita tidak mudah terpedaya dengan penipuan yang dilakukan.
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.”⠀
⠀
“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.”ujarnya.⠀
Tak Berminat Cari Isteri No 2
Disamping itu, ayah kepada empat orang cahaya mata ini juga menjelaskan bahawa dirinya tidak berminat untuk berkahwin lain (poligami) malah tak perlu sama sekali menerima ‘tawaran cinta’ untuk menjadi ‘isterinya’.
⠀ “Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2.” ⠀
“Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” ujar beliau.
Untuk makluman, Tengku Zafrul telah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Pasangan bahagia ini juga dikurniakan dengan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.⠀
Mingguan Wanita: Semoga penerangan ini memberi penjelasan buat wanita, mahupun sesiapa sahaja agar jangan mudah percaya dengan segala ‘janji manis’ yang ditawarkan.
Asbab jatuh dalam bilik air ketika tunai umrah, Fatin dijangka koma seumur hidup. Tiada siapa boleh menduga apa yang bakal terjadi hari esok.
Bahkan kemampuan manusia itu sangat terbatas sama sekali untuk melihat apa yang berlaku dalam langkah mereka di masa depan.
Perjalanan menunaikan umrah seorang gadis, Fatin Amirah bersama keluarga dan dua beradiknya pada 20 Disember lalu bertukar tragedi apabila terjatuh dalam bilik air hotel.
Saat baru memaklumkan kepada kakaknya, Fatin Amalina, 29 bahawa dirinya seronok berada di bumi baroqah ini dan terasa seperti tidak ingin balik, jejaknya berubah selepas terjatuh.
Asbab Jatuh Dalam Bilik Air Ketika Tunai Umrah
Asbab kejadian, dirinya terlantar koma hampir sebulan sebelum misi membawanya pulang dengan kos hampir RM100,000 dibantu rakyat Malaysia. Dan syukur alhamdulillah, dirinya berjaya dibawa pulang ke tanahair.
Memetik laporan Berita Harian, jemaah umrah Malaysia, Fatin Amirah Rosli, 26, yang koma di Makkah, masih belum sedarkan diri dan diramal terlantar seumur hidup.
Berkongsi perkembangan terkini, kakaknya, Fatin Amalina, 29, berkata Fatin Amirah kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital di Shah Alam, Selangor, untuk pemantauan lanjut selepas tiba di tanah air, Sabtu lalu.
“Keadaannya masih sama (koma). Tiada respons apabila kita bercakap. Hanya mata sahaja berkelip. Menurut prognosis doktor di Makkah dan Malaysia, Fatin Amirah akan terbaring sahaja sepanjang hayat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Fatin Dijangka Koma Seumur Hidup
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan ujian menimpa selain mengharapkan keajaiban buat adiknya itu.
“Kami belum ada sebarang perancangan, segalanya bergantung kepada keputusan doktor. Apapun kami reda dengan ujian Allah beri ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Fatin Amirah,” katanya.
Katanya, Fatin Amirah dan bapa mereka, Rosli Nawi, 56, pulang ke tanah air dengan penerbangan khas dari Jeddah, Arab Saudi ke Subang pada Sabtu lalu, selepas mendapat kebenaran doktor di King Abdullah Medical City.
“Alhamdulillah, mereka selamat tiba Malaysia dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikutip dalam tempoh 24 jam selepas kisah Fatin Amirah disiarkan di Harian Metro.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menghulurkan pelbagai bantuan sejak Fatin Amirah dirawat di Makkah lagi. Hanya Allah dapat membalas budi kalian semua,” katanya.
Fatin Amirah tidak sedarkan diri akibat terjatuh di tandas bilik hotel di Makkah, 29 Disember lalu. Dia ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama bapa dan dua adik lelakinya pada 20 Disember dengan misi mahu menunaikan nazar arwah ibu mereka yang meninggal dunia, Julai 2022.
Berdepan ‘anxiety’ Nora belajar kawal diri. Bergelar seorang selebriti sebenarnya bukan mudah, lantaran setiap tindak tanduk menjadi perhatian ramai.
Hanya mereka yang mampu saja boleh berhadapan dengan pelbagai onak duri. Apatah lagi kehidupan hari ini bertambah mencabar dengan kewujudan medium media sosial.
Berbicara tentang anxiety pelakon jelita, Nora Danish akui dirinya juga berhadapan dengan anxiety. Faktor pertambahan usia mengingatkan Nora mengenai kematian dan masalah itu semakin serius sehingga menyumbang kepada anxiety.
Nora seperti mana dilaporkan Harian Metro, berjaya mengawal diri agar kesihatannya tidak memudaratkan.
“Semakin meningkat usia, semakin banyak yang saya fikirkan. Contohnya seperti menaiki kapal terbang banyak benda yang saya fikirkan.
“Saya tidak menjalani sebarang rawatan untuk berdepan dengan anxiet’, sebaliknya saya belajar untuk mengawal diri menerusi perkongsian di media sosial.
“Tiada kaitan dengan netizen, sebaliknya diri saya sendiri.
“Semakin meningkat usia, semakin banyak yang saya fikirkan,” ungkap Nora yang juga merupakan pelakon utama filem Kan Cheong.
Nora bahagia di samping keluarga tercinta.
Tidak Mahu Lukai Hati Orang Lain
Nora juga akui dirinya tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai satu kelemahan.
“Saya jenis yang banyak berfikir. Saya enggan menjadikannya sebagai kelemahan sebaliknya perlu pandai menyalurkan apa yang difikirkan itu ke arah yang lebih baik.
“Jika terlalu banyak berfikir ini bukan saja menyakiti hati saya saja malah turut melukai orang yang berada di sekeliling,” sambungnya.
Ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie berkongsi kesedihan apabila arwah yang maut ditembak di Sungai Golok tidak sempat menimang cahaya mata sulung yang dijangka lahir pada hari kelahirannya.