“Saya bisik di telinga anak, halalkan susu diminumnya & ampunkan dosanya, Aisar pergi dengan tenang – Ibu. Doktor sudah menerangkan situasi anak bahawa situasinya agak kritikal dan tak mungkin mampu dapat bertahan lama.
“Saya Bisik Di Telinga Anak, Halalkan Susu Diminumnya
“Dengan hati yang redha. Tak mahu menyeksanya untuk terus bertahan, saya bisik di telinga anak yang saya sudah halalkan susu diminumnya dari kecil dan ampunkan segala dosa. Alhamdulillah anak pergi dengan tenang,” demikian kongsi Nurha’afza Salwa Hazizan, 41, ibu kepada Aisar Azim Abdullah, 17, yang merupakan mangsa ketiga yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini, Khamis lalu.
Menurutnya, dia redha dengan pemergian Allahyarham dan telah pun bersedia sebaik dimaklumkan doktor yang keadaan anaknya kritikal.
“Saya dapat kekuatan sebabnya malam tadi doktor dah beritahu denyutan jantung dia dah turun sampai 38.
Aisar menjadi mangsa ketiga kejadian Honda Jazz langgar lampu merah di mana dua telah meninggal sebelum ini
Aisar Pergi Dengan Tenang – Ibu
“Saya dan anak-anak datang ke hospital untuk bacakan surah Yasin. Apa yang jadi, saya redha. Saya tengok muka anak tenang saja dan bersih saja walaupun ada calar, macam dia tengah tidur,”katanya ditemui pemberita selepas pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah di sini pada Selasa.
Memetik laporan Sinar Harian, jelas ibu kepada 10 cahayamata ini, arwah Aisar merupakan anak ketiga dan dipanggil Alang. Diri arwah seorang yang pendiam namun rapat dengan adik beradiknya.
Tambahnya, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu pada malam Rabu ketika Alang pulang ke rumah selepas berjumpa dengan rakan-rakannya.
“Dengan dia susah (jumpa), sebab saya kerja pagi dan balik malam. Dia hanya telefon saya saja kalau nak apa-apa dan banyak dengan adik-adik.
Ads
Dalam pada itu katanya, keluarga tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemandu Honda Jazz yang menyebabkan kemalangan tersebut.
“Setakat ini kita memang akan ambil tindakan. Sekarang anak saya dah meninggal dan kawan dia pun dah meninggal dua orang, kita akan lawan sehabis mungkin.
“Kita memang dah ada peguam yang hubungi nak tawarkan khidmat guaman,” katanya.
Sementara itu, abang Allahyarham, Mohammad Aiman Abdullah, 20, tidak menyangka keengganan Allahyarham untuk membeli baju raya merupakan petanda dia akan pergi selama-lamanya.
Ads
Katanya, Allahyarham membeli alasan yang dia hanya mahu tidur saja di rumah.
“Dia cakap alang tak mahu raya sebabnya nak duduk rumah saja tidur sedangkan selama ini dialah yang paling teruja berkenaan beli baju raya sedondon,” katanya.
Sementara itu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan jam 12.40 tengah malam selepas disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar jam 7.23 malam.
Dia merupakan mangsa ketiga dalam kemalangan membabitkan rempuhan sebuah Honda Jazz terbabit yang maut.
Dua rakannya yang naik motosikal Modenas Kriss iaitu berusia 15 dan 16 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi pada hari kejadian.
Ads
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din sebelum ini dilaporkan berkata, Honda Jazz berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu.
Katanya, kenderaan itu dikatakan gagal berhenti di lampu isyarat merah sebelum dipercayai merempuh dua motosikal yang turut menyebabkan seorang penunggang dan seorang pembonceng parah.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum kahwin lantang bersuara, lepas jadi isteri Sweet jaga aib diri dan suami. Pelakon yang mendirikan rumahtangga pada 24 Oktober 2022 Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi bersama pelakon, Adam Lee akui dirinya kini makin matang.
Selepas mendirikan rumahtangga dan bergelar isteri dia lebih berhati-hati terutama apabila meluahkan perasaan atau berkongsi masalah di media sosial.
Sebelum Kahwin Lantang Bersuara
Jika dahulu sebelum mendirikan rumahtangga, Sweet memberitahu dia begitu lantang berkongsi segala masalah di media sosial. Namun kini dirinya makin matang dan sangat bersyukur dikurniakan suami yang turut banyak memberi nasihat.
“Sebelum kahwin memang saya memang lantang bersuara dan suka berkongsi di sosial media. Nak tunjukkan perasaan tak puas hati pada orang di luar sana. Bila orang tanya saya akan cakap saya general saja nak beritahu pada public bukan ada apa-apa pun,” kongsi Sweet.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini begitu ceria. Malah sewaktu ditemubual terpancar kebahagiaan di wajah masing-masing.
Duduk Berbincang Dengan Suami Jika Punya Masalah
Sweet dan Adam juga menerangkan mereka lebih suka berbincang jika punya masalah berbanding berkongsi di media sosial.
“Adam bukanlah seseorang yang suka tunjukkan semua di sosial media. Suami mengajar saya menjaga aib keluarga dan diri sendiri pada orang di luar sana. Pada saya less is more, Jika ada masa keluarga atau apa-apa masalah kenalah duduk berbincang dengan suami,” kongsi mereka.
Adam Ringan Tulang
Mengusik tentang kehidupan mereka sebagai suami isteri, Sweet menerangkan Adam seorang suami yang ringan tulang bila di rumah.
“Alhamdulillah dapat suami yang bekerjasama dan bantu saya buat kerja rumah. Memang Adam ringan tulang dan kami sama-sama akan buat kerja rumah. Saya sangat bersyukur. Kami memahami cara masing-masing dan kami tahu patut atau tidak lakukan selepas berkahwin,” ujar Sweet.
Bergandingan Bersama
Sweet dan Adam juga menerangkan mereka bersyukur apabila digandingkan bersama dalam drama Cik Misi 123.
“Alhamdulillah kami digandingkan bersama dalam drama ini. Kami tak tolak rezeki jika kami digandingkan bersama dalam sebuah drama.
“Kami suka pekerjaan kami. Tak ada istilah berkepit sebab produser yang nak dan kami bersyukur bila digandingkan,” kongsi mereka.
Tertarik sungguh dengan perkongsian resepi Puan Nurlia Mohd Nor ini. Tak menggunakan bahan yang rumit, cara memasak daging ini pun mudah saja. Katanya, “abah selalu minta saya buatkan daging ini. Saya tak pasti nama apa.’
“Sebab warna seakan merah, saya panggil daging masak merah je. Resepi ini saya belajar dengan mak. Makan dengan nasi sangatlah sedap. Nak pula gu dia ikan goreng. Makan dengan roti, roti canai, lempeng, pulut, lemang pun mabeles!”
“Resepi saya jangan risau, simple je sebab saya bukanlah rajin sangat pun untuk menu yang rumit. Siapa nak share dipersilakan, Saya izinkan. Semoga bermanfaat.”
Cara Masak Daging Merah Style Nurlia
Goreng cili kering, bawang besar, bawang putih, sedikit halia dan jintan manis dengan sedikit minyak (Jangan tanya sukatan sebab saya punya style masak main agak-agak je.)
Dah goreng blendkan dengan sedikit air.
Gaul daging dengan bahan blend tadi bersama kicap dan gula (saya guna kicap kipas udang yang manis). Perapkan. Lagi lama lagi sedap. Kalau tak sempat perap pun ok je.
Allah Lebih Menyayangimu “Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Siti Sarah binti Raisuddin,” luah Shuib.
Siti Sarah Raissuddin, 37, telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Allah Lebih Menyayangimu, Siti Sarah Meninggal Dunia
Allah lebih menyayangimu Siti Sarah, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Berita sedih dan penuh duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi yang juga ibu kepada empat orang anak ini, Indigital Music.
Allahyarham Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Siti Sarah Meninggal Dunia 5.13 Pagi
Sesungguhnya perkhabaran ini mengundang sebak dan air mata penulis sendiri mengalir ketika membaca mesej yang dihantar.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” tulis pihak pengurusan Indigital Music.
Penyanyi ini, terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan. Dan selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011. Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Mingguan Wanita : Salam takziah diucapkan buat Shuib dan keluarga. Semoga Allah ampunkan dosa dan tempatkan arwah dikalangan orang yang beriman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.