Demi anak, ibu sanggup ambil tuisyen duduki SPM, beri galakan anak belajar. Kasih seorang ibu, sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak! Seorang ibu sanggup berkorban dengan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sebagai motivasi buat anaknya lulus dalam peperiksaan tersebut.
Norazah Spiji, 48, berkata, dia mengikuti kelas di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI dengan mengambil sembilan mata pelajaran.
Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi mengubah sikap anaknya, Muhammad Haziq Asyraf yang tidak mahu belajar sebaliknya lebih gemar bermain permainan video dan telefon bimbit.
“Niat saya adalah nak ajar anak dan beri motivasi kepada dia. Sebabnya, dia memang suka main ‘game’ sampai lewat malam, telefon bimbit. Saya suruh belajar, dia tak nak. Jadi, saya fikir macam mana nak ajar dia. Saya pun tak pandai.
“Bukan apa, saya takut keputusan SPM dia nanti tak melayakkan dia untuk sambung pelajaran. Jadi, saya cakap pada diri kenapa tidak saya ambil juga SPM. Maka, saya pun mengikuti kelas dalam talian yang dibuat PTTI.
“Memandangkan anak duduk di asrama, dengan cara ini saya boleh bantu dan dalam masa sama dapat ajar dia dalam pelajaran menggunakan nota yang ada,” katanya.
Menurut wanita yang berasal dari Sarikei, Sarawak, dia tidak menjangka memperoleh keputusan 3A, 3B, 2C dan 1D.
Gred A membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu (A-), Sejarah dan Matematik (A).
Ads
“Saya sangat gembira dan bersyukur sangat. Tak sangka boleh dapat banyak A. Rakan saya semua pun cakap perkara sama. Memang terkejut.
“Saya pilih program Selekoh Akhir PTTI sebab dapat tahu ramai pelajar dapat banyak A belajar di sini. Kalau saya belajar sendiri tak faham pula. Alhamdulillah, selama tiga bulan saya mudah ingat dan faham.
“Ketika itu dalam fikiran tak terfikir pun nak dapat A dalam Matematik. Apatah lagi dengan umur saya ini, memang cepat lupa. Tapi, saya cuba juga,” katanya.
Keputusan Luar Jangkaan
Hasil daripada pengorbanan dan kerja keras Norazah itu, anaknya berjaya mengubah peperiksaan percubaan yang sebelum ini 6G ke 3A.
Ads
“Saya berharap anak saya akan lebih berjaya pada masa hadapan. Terima kasih semua cikgu di PTTI yang membantu saya,” katanya.
Dalam pada itu, hantaran video dimuat naik di TikTok Sir Race yang juga tenaga pegajar di PTTI memaparkan keterujaan Norazah ketika membuat semakan keputusan SPM pada 27 Mei lalu.
Ads
Dipaparkan bagaimana Norazah dalam keadaan berdebar sambil dikelilingi oleh rakan sekerja yang turut teruja menunggu keputusan itu.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat bakal calon SPM 2024 untuk menyahut cabaran belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kelak!
Korek rahsia bagaimana ibu ini boleh buat anak berebut solat tanpa perlu mengeluarkan kata-kata paksaan mahupun ugutan. Cuma dengan 1 doa yang ibu tuturkan membuatkan anak bergegas mahu tunaikan solat.
Ibu kepada 5 orang anak, Puan Wan Rohani Wan Ismail berkongsi cerita melatih anak-anaknya mengerjakan solat dengan menggunakan skrip yang betul.
Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.
Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak?
Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?
Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat. Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.
“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Mak Kena Tahu Yang…
Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Untungnya mak ayah kalau anak tidur awal setiap malam, tambah pula kalau esoknya hari bekerja. Mudah kerja esok hari nak siapkan anak-anak ke sekolah atau hantar ke rumah pengasuh!
Ya, nak tidurkan anak awal pun kena tahu rahsianya. Macam yang ibu muda, Puan Nuraisyah Abu Husin lebih suka amalkan enam tip yang paling berkesan ini. Nah, malam ini boleh mulakan ya…
Tip Anak Tidur Awal Setiap Malam
Selalu kawan-kawan aku tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak aku mesti akan tidur setiap hari Jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tahu tips ni. Masa adam kecik-kecik dahulu, selalu sangat dia terjaga malam atau tidur lambat. Endingnya, pagi aku dan laki aku jadi zombie. Dia sedap tidur pagi. Kite orang? kena keje kan..
So aku banyaklah membaca tips-tips dari ibu bapa lain dekat Facebook ini. Dan aku apply, alhamdulillah mmbuahkan hasil. Dah berbulan-berbulan anak aku displin tidur awal. Kite orang laki bini pun dapat me-time lebih selalu.
Okay caranya macam ini.
1) Kau orang balik keje pukul 5/6 petang itu memang kena spend masa betul-betul dengan anak-anak. Tolak benda lain ketepi, ajak la dia orang main kat playground ke, main basikal ke, menari ke, apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Ini untuk anak yang dah pandai berjalan.
2) Untuk baby macam Ayra (5bulan), aku cuba cara ini dan sangat-sangat la berkesan. Sejam sebelum nak tidurkan dia, mandikan dulu dengan air suam, jangan lupa sapu minyak telon. Kena jaga perut baby supaya tak kembong. Selepas itu, sila buat dia ketawa. Ketawa, guling, happy-happy (bukan tinggalkan dia main sndri ye, kita kena layan dia). Aktiviti ni berat untuk baby, bagi dia macam ahhhh penatnya hari i banyak gelak. Haha jadi smpai masa dia akan tidur lena..
3) Balik semula untuk anak umur macam Adam (1tahun 11bulan), bagi dia makan kenyang-kenyang dalam pukul 7 itu. Ada masa anak tak nak makan kan? Benda ni akan kesan masa tidur dia, sama ada dia tak boleh tidur sebab perut lapar atau dia tidur dulu lepas itu terbangun tengah malam. Kite orang selalu dah kena benda ni, jadi kalau tiba-tiba Adam tak nak makan malam, kite orang bagi dia pisang. Pisang boleh buat perut dia tahan sampai esok (diantara malam tu dia menyusu la)
4) Ibu dan ayah kena berkorban masa malam. Nak start benda ini bukan papp bolehh je displin.. Nak biasakan anak-anak dengan satu perkara ini makan masa, jadi kalau nak anak-anak tidur awal. Malam ibu ayah tak payah la keluar rumah. Jenis macam kite orang kalau balik rumah ibu bapa, ada masa nak makan malam luar kite orang pesan siap-siap kena keluar betul-betul lepas maghrib dan balik awal sebab budak-budak tidur awal. Alhamdulillah mak ayah kite orang memang very understanding bab-bab cucu ni.
5) Oh satu lagi, masa tidur buka Surah Ruqyah (set ulang sampai esok pagi, kau orang bole beli mini radio yang ada surah banyak-banyak itu) ini boleh lindungi anak-anak kau orang dari gangguan tengah malam. Faham-faham jela kan. Sebab aku pernah terbaca yang jika anak-anak terbangun tengah malam itu maksudnya ada “benda halus” kejutkan ajak main/ganggu. Wallahualam.
6) Pastikan lampu tutup ye. Selagi lampu buka selagi itu dia orang susah tidur. Untuk ibu bapa yang ada 2-3 anak, cuba tidurkan yang kecik dulu. Macam aku tidurkan Ayra dulu, baru Adam. Masa aku tidurkan Ayra itu ayah sambung buat adam penat, bagi dia lari-lari satu rumah. Ketawa-ketawa macam happy bebenau.
Boleh cuba ye ibu ayah semua. Training displin ini sebulan aje lepas tu kau orang merdeka la malam memang kau orang yang punya. Dia orang dah tidur kau orang pegi la layan korea smbil lipat baju ke apa ke. Anak-anak kite orang memang dah tune, pukul 8.30 dah kesat-kesat mata tu kira paling lambat dah la melainkan dia balik rumah tok nenek dan jumpa sepupu-sepupu tu aku memang tak boleh halang. Sebulan sekali kan.
Haa… agak-agak mak ayah boleh buat tak? Akhirinya, ini tips ikhlas daripada pengalamannya sendiri sepanjang besarkan anak-anak kecil. Pesan wanita ini lagi, biasanya anak yang tidur awal ini diorang akan bangun awal. Pukul 5-6 pagi mata dia orang dah ‘segar bugar’. Boleh cuba dan share jika bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Melakukan pembedahan bagi kembar siam merupakan satu prosedur yang rumit lagi mencabar. Baru-baru ini,kejadian yang berlaku di New Delhi, India sepasukan pegawai perubatan yang terdiri daripada 40 doktor, 20 jururawat dan kakitangan paramedik berjaya memisahkan kembar siam yang bercantum pada bahagian kepala dalam tempoh 36 jam.
Kembar Siam lelaki yang dinamakan Honey dan Singh ini berusia dua tahun dan dilahirkan pada 9 Mac 2015. Kembar ini merupakan anak pasangan suami isteri yang hidup dalam kemiskinan berasal dari Kandhamal, Orissa di Timur India.
Kes 1 Daripada 2.5 Juta Kadar Kelahiran
Imbasan x-ray mengesahkan kembar ini mempunyai otak yang berbeza dan hanya bercantum di hujung kepala mereka. Ia merupakan keadaan jarang ditemui satu bagi setiap kira-kira 2.5 juta kadar kelahiran, menjalani pembedahan itu di sebuah hospital kerajaan di ibu kota ini, Rabu lalu.
“Pasukan terdiri daripada 40 doktor, 20 jururawat dan ramai kakitangan paramedik lain. Tanpa bantuan mereka, pembedahan tidak akan berjaya,” kata hospital All India Institute of Medical Science dalam satu kenyataan.
Seorang daripada pakar bedah terbabit berkata, aspek paling mencabar ialah menutup lubang ditinggalkan di kepala kanak-kanak itu selepas mereka dipisahkan.
Kembar siam itu dilahirkan di sebuah perkampungan di timur negeri Odisha dan berkongsi salur darah serta sesetengah tisu otak. Mereka menjalani fasa pertama pembedahan pemisahan Ogos lalu.
Cabaran
“Tugas paling mencabar selepas pemisahan ialah menyediakan kulit untuk menutup kedua-dua belah otak kanak-kanak itu oleh kerana pembedahan menyebabkan lubang besar terbentuk pada kepala mereka.
“Kulit itu diambil daripada dua belon yang diletakkan dalam kepala mereka ketika pembedahan pertama Ogos lalu. Langkah berikutnya ialah pembinaan semula tengkorak mereka,” kata pakar bedah plastik, Dr Maneesh Singhal.
Kembar Kraniopagus
Sementara itu,menurut Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Kandhamal, Dr Swapneshwar Gadnayak berkata, kembar siam itu dikenali sebagai kembar kraniopagus kerana mempunyai dua otak tetapi berkongsi kranium.
Jelasnya, peluang untuk kembar terbabit hidup selepas pembedahan dilaksanakan amat tinggi memandangkan rekod beberapa pembedahan yang berjaya. -AFP
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...