Bila bercerai, mula pasangan bawa haluan. Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami wajib beri nafkah dan tanggungjawab isteri seperti biasa.
Tapi bila ikut nafsu, perasaan masing-masing seakan membenci dan kalau boleh tak nak tengok muka langsung. Sampaikan ada yang kena halau dari rumah sebab mereka bukan lagi pasangan suami isteri.
Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami isteri kena tinggal bersama, wajib beri nafkah dan lakukan tanggungjawab seperti biasa. Sebab inilah waktu untuk mengimbas kenangan manis bersama dan mungkin boleh membuatkan pasangan bersatu kembali.
Antara perkongsian video oleh Ustaz Azhar Idrus mengatakan perempuan itu masih lagi isteri dan wajib diberi nafkah seperti biasa dan tanggungjawab isteri tetap sama.
Semua ini masih boleh tinggal sebumbung dan isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Haram.
“Duduklah berdua ketika ini kerana masa ini boleh jadi hubungan bertambah baik dan rujuk kembali. Lakukan kehidupan seperti biasa KECUALI melakukan hubungan intim. Tidak boleh tidur bersama.
Ads
Mingguan Wanita : Suami isteri jangan terlalu mengikut perasaan. Fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak. Mudah-mudahan, dapat baik kembali.
Jangan Menangis! Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran & Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes”. Jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian sambung belajar ke kursus yang diminati jika tidak berjaya ditawarkan ke universiti awam.
Mak-mak dan anak-anak lepasan SPM yang tidak dapat tawaran sambung belajar ke universiti awam janganlah kecewa. Sebenarnya banyak peluang untuk anak-anak anda teruskan pembelajaran.
Banyak lagi alternatif lain sebenarnya selain dapat tawaran UPU.
Menerusi perkongsian Pensyarah English di Majlis Amanah Rakyat, IKM, Puan Nor Shazwani Shamshudin menerusi perkongsian di Facebook memberi pencerahan tentang peluang pengajian di bawah MARA.
Rupanya MARA menyediakan peluang pendidikan dari peringkat menengah sehinggalah PHD.
Penjelasan dari Puan Nor Shazwani mampu memberi input dan info berguna buat mak-mak di luar sana untuk pengajian anak-anak anda. Malah MARA juga merupakan ‘pembekal’ tenaga kerja kompeten di pelbagai industri.
“Sebenarnya saya tak jangka komen dan posting berkenaan anak penyanyi Nora menjadi viral di FB.
“Saya telah menulis tentang TVET MARA sejak beberapa tahun yang lalu, dan jarang yang viral. Nak dapat 20 like pun susah sebenarnya.
“Saya sekadar berkongsi dengan ibu bapa atau calon pelajar yang sedang mencari maklumat untuk menyambung pengajian selepas SPM.
“Dan rupanya ramai tidak tahu tentang peluang pengajian di bawah MARA. MARA menyediakan peluang pendidikan dari peringkat menengah sehinggalah PHD.
“Meh saya kongsikan.
“Semua sudah maklum, institusi pendidikan MARA paling popular mestilah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Selain itu kami ada Giat MARA, ada Institut Kemahiran MARA (IKM), ada Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), ada Kolej Profesional MARA (KPM) dan ada Kolej MARA (KM).
“Untuk cabang swasta pula kami ada Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), GMI, dan juga Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
“Hari ini saya kongsikan tentang Giat MARA, IKM dan KKTM ya, Institusi pengajian kemahiran dan teknikal yang sekian lama wujud dan menjadi ‘pembekal’ tenaga kerja kompeten di pelbagai industri.
“Saya cuba terangkan dalam bahasa yang paling mudah supaya senang faham.
✅ Calon perlu menguasai asas membaca, menulis dan ada minat
✅ Tempoh latihan 6- 12 bulan
✅ Pemohon perlu berusia 15 tahun ke atas
✅ Latihan ditanggung MARA dan pelatih menerima elaun bulanan
✅ Fokus kepada bidang kemahiran, tidak perlu belajar subjek Pengajian Am (Matematik, Bahasa Inggeris dan sebagainya)
✅ Menerima sijil Giat MARA dan SKM tahap 2 dan 3
✅ Tamat belajar boleh terus bekerja, berbisnes atau sambung ke IKM untuk SKM tahap 3 dan seterusnya
“So, Giat MARA ini untuk yang tercicir akademik ya!
“Tidak semestinya‼️
“Ramai pelatih Giat MARA mempunyai keputusan SPM yang baik. Mereka masuk ke sana kerana berminat dengan kursus yang ditawarkan.
“Giat MARA adalah untuk yang berminat dengan kemahiran dan mahu berusaha dari bawah.
“Boleh google ya giatmara
2️⃣ IKM
✅ Ada di hampir semua negeri
✅ Fokus kepada peringkat sijil, tetapi di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan beberapa pusat lain lagi ada program sijil dan diploma
✅ Wajib lulus SPM- Syarat akademik lain bergantung kepada keperluan program
✅ Had umur memohon 40 tahun
✅ Tempoh pengajian 2- 3 tahun
✅ Yuran pengajian ditanggung MARA (ada bayaran dikenakan sewaktu pendaftaran) dan pelajar menerima elaun bulanan
✅ Belajar subjek teknikal dan Pengajian Am (akademik)
✅ Graduan menerima sijil/ diploma IKM dan SKM tahap 2 atau 3 (ikut program), DKM 4 atau DLKM 5 untuk program diploma serta ada pengiktirafan MQA/ ETAC. Ada program mendapat pentauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sebagainya (mengikut program).
✅ Tamat belajar boleh terus bekerja, berbisnes atau sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.”
Boleh ke KKTM, UniKL atau IPTA/ IPTS dan pusat kemahiran lain
“IKM ni untuk orang lemah akademik ke⁉️
“Takkk‼️
“IKM untuk individu yang sudah merancang dan nampak masa depannya dalam bidang teknikal.
“Sekarang semakin ramai lepasan sekolah sains, MRSM, sekolah kawalan dan ada juga dari MTD belajar di IKM JB.
“Dia tahu apa dia nak jadi 3,4 tahun akan datang.
3️⃣ KKTM/ JJII
✅ Fokus kepada program diploma sahaja
✅ Program yang tidak ditawarkan di IKM ada ditawarkan di KKTM. Contoh bidang fesyen, rekaan dalaman dan sebagainya.
✅ Tamat di KKTM pelajar boleh sambung ke peringkat ijazah di IPTA/ IPTS. Ramai juga pelajar yang cemerlang dihantar ke luar negara
* Ciri-ciri lain sama dengan IKM
Nota: Giat MARA adalah feeder kepada IKM” kongsi Puan Nor Shazwani.
Menerusi ruangan komen ramai yang memuji dan berterima kasih atas info yang bermanfaat.
Mingguan Wanita : Semoga anak-anak kita terpelihara dan dapat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Dalam perkahwinan dan hubungan suami isteri, perkara yang selalu dipersoalkan adalah tentang nafkah dan tanggungjawab suami. Ada yang culas dan buat tidak kisah tentang perkara ini.
Sedangkan inilah hak isteri yang wajib suami berikan. Mungkin ada isteri yang tidak kisah, sementelah kalau isteri bekerja dan gaji lebih besar daripada suami.
Ini belum lagi tentang anak sendiri yang nampak ayah culas dalam memberi nafkah pada ibunya sendiri. Bukan setakat nafkah tapi segala perbelanjaan dalam rumah semuanya atas bahu ibunya. Bayangkan apa yang difikirkan oleh anak ini bila ayahnya culas tanggungjawab.
Daripada pandangan Dr Azizul Azli Ahmad sendiri, suami nak beri nafkah pada isteri kenalah menunjuk depan anak. Sekadar untuk peringatan pada anak tentnag tanggungjawab dan cara hargai ibu mereka.
Ini luahan seorang anak tentang sikap ayahnya tentang tanggungjawab. Anak melihat dan menilai apa yang kita lakukan.
Saya juga bukannya pakar keluarga. Tapi amalan saya sejak dulu, tiap kali beri duit pada isteri. Biar anak anak maklum. Bagi duit biar nampak ‘menunjuk nunjuk’
Saya amalkan beri duit dan nafkah depan anak anak atau dalam kereta. Biar mereka lihat, abah selalu sediakan nafkah buat keluarga.
Jika saya buat transfer online, saya akan share resit sumbangan dalam group wasap keluarga dengan catatan “Nafkah Buat Mama Comel Amat”.
“Terima kasih sayang” itu balasannya.
Anak anak akan hantar emoji menyampah! atau nak juga duit.
Kita nak anak tahu kita hargai ibu mereka. Dan mereka tahu dah kahwin ada nafkah buat mereka. Anak lelaki tahu, nafkah itu tanggujawab mereka.
Paling penting jangan cerita kelemahan pasangan kita pada anak anak.
Jadi figure yang anak suka sebagai rujukan. Tak beri duit kita sama sama bantu kerja rumah, buat kerja sekolah sama sama anak. Mereka akan suka kita kawan.
Daripada kisah benar:
Sebagai anak, dari kecil jadi saksi tengok bapa sendiri culas menjalankan tanggungjawab. semua benda ibu yang bayar. yuran sekolah, barang keperluan anak-anak, belanja rumah, bil dan lain-lain.
Ayah bekerja dan tangga gaji DG32 dan ibu pula DG52. Selalu ayan pinjam duit mak. Kemudian suka bergurau “minta halal ye segala hutang yang dipinjam” dengan ibu saya, setiap kali raya. Entah sejauh mana gurauan itu, tapi saya benci mendengarnya.
Bila dengan kami pula ayatnya “maafkan kekurangan ayah tak dapaat bagi nyg sebaiknya” Sedangkan kami tahu ayah banyak duit, bisnes macam-macam. Tapi ayah tak pandai urus kewangan.
Ibu, isteri yang sangat baik, tidak pernah sekali pun melawan mahupun mengungkit.
Saya rasa perasaan benci kepada ayah lebih banyak berbanding sayang, sehingga saya rasa lebih baik ayah tak ada dalam hidup kami daripada ada.
Ada pun macam tak ada, malah menambah beban kerana adanya dia jauh dari figura seorang ayah yang bertanggungjawab, menjaga tutur kata, pembersih dan contoh tauladan yang betul.
Saya terfikir bagaimana beliau mahu menjawab soalan di akhirat kelak tentang pemberian nafkah kepada isteri dan keluarganya nanti.
Sekian..
Akaun fb ini bukan akaun utama saya. tapi cerita ini benar.
Mingguan Wanita : Takutnya bila fikirkan tentang apa yang akan disoal esok-esok. Kalau isteri redha tak apa tapi kalau sebaliknya, wallahua’lam.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bila tengok kanak-kanak tantrum dan buat perangai mulalah cakap anak orang tak sama dengan anak kita. Maklumlah, anak kita elok saja perangai. Ini belum lagi lihat anak jiran atau kawan sekolah anak.
Pernah juga anak datang mengadu dan menangis beritahu gaduh dengan kawan-kawan. Beritahu anak orang itu yang kacau dulu dan sakat menyakat. Mahunya, mak ayah tak geram kan!
Jangan cepat nak kata kat anak orang sebab kita tak tahu anak kita macam mana perangai bila bersama kawan-kawan. Mungkin juga berpunca dari anak kita sendiri.
Sebenarnya, mana-mana mak tetap sayang pada anaknya. Tiada siapa yang tak sayang anak. Dialah raja dan ratu dalam hati. Jangan sesiapa nak mengata anak orang. Bayangkan mak lain mengata anak kita pula.
Perangai jahat sekalipun anak kita, dia tetap raja di hati mak. Tapi kalau buat salah kita sebagai mak tetap denda dan hukum, cuma cara setiap mak berbeza.
Perkongsian daripada Sariah Suhailah ini cukup menarik. Pesanan maknya dijadikan pegangan dan ingatan sehingga dia sendiri ada anak barulah dia tahu kebenarannya.
Sejak dari kami kecik lagi, kalau mengadu dengan mak pasal gaduh dengan kawan-kawan, mak akan pesan, “Jangan kata kat anak orang.”
Bila kami dah remaja, dah ada yang mula kacau-kacau, kononnya nak ajak ‘couple’,
dan kami tak suka, mak akan pesan juga, “Jangan kata kat anak orang.”
Bila kami dah kahwin, kalau ada tak suka kat pasangan sama ada isteri atau suami, mak masih lagi pesan, “Jangan kata kat anak orang.”
Maksud mak, jangan pernah mengata yang tak elok tentang orang lain depan mak ayah dia sekalipun dia tu pasangan kita.
Mak cakap, anak ni, jahat macam mana pun, dia tetap raja di hati mak dia.
Jangan kata sedap-sedap. Nanti orang kecil hati, dia boleh buat macam-macam kat kita.
Kata mak, orang cakap macam mana pun, jangan sesekali balas yang tak elok. Kalau kita tak mengata orang, tak buat kat orang, kita tak sesal.
Ada macam-macam orang datang dalam hidup mak. Memang ada yang cakap bukan-bukan kat kami, anak-anak mak ni. Ye, cakap sesedap rasa. Lepas ikut hati tanpa usul periksa.
Kalau yang memang kami salah, mak akan tegur. Kalau memang kami tak salah, mak akan pujuk kami.
Tapi, macam mana pun, mak memang akan cakap, “Jangan kata kat anak orang.”
Sebab mak tahu, seorang mak ni, sayang dia tak sama dengan apa yang orang lain rasa. Hanya Allah yang tahu, perasaan tu memang tak sama.
Mingguan Wanita : Cara didikan mak ayah berbeza-beza. Baik buruk anak, dia tetap kesayangan mak ayah.
Zaman sekarang tak ramai guru berjiwa pendidik dan suka bantu murid susah, yang ikhlas sehingga dirinya kadang 'terkorban' demi melihat anak bangsa berjaya.