Nafkah isteri dan nafkah anak tetap minta dari suami sebelum anda terpaksa meminta nafkah melalui mahkamah syariah.

“Isteri yang baik tidak minta duit suami.’ Tak salah seorang isteri berdikari, tapi nafkah memang tanggungjawab suami. Perkara ini jangan diambil mudah.

Isteri bekerjaya hebat dan miliki gaji yang banyak tidak bermakna seorang suami boleh lepas tangan bab nafkah. Malah silap haribulan, suami akan disoal kelak kerana mengabaikan tanggungjawabnya.

Ikuti perkongsian Dr Karya Kayra ini dan fahami sebaiknya apa yang cuba disampaikan:

Isteri Yang Baik

Ajaran sesat manalah cuba menusuk jarum halus dengan menerapkan fahaman salah seperti di bawah ini. Ini percubaan untuk memesongkan aqidah.

Fahaman beginilah yang menyebabkan ramai lelaki menceraikan isteri suri rumah mereka dengan alasan mahu isteri bekerja yang tak minta duit suami hingga lupa nafkah itu adalah tanggungjawab suami tidak kira isterinya bekerja atau tidak.

Artikel Berkaitan: “Takkan Anak Lima, Bagi RM100?” Tak Mahu Akaun DiBekukan, Suami Bayarlah Nafkah Ikut Keperluan

Tidak Minta Duit Suami

Yang betul menurut Islam adalah:
Mak-mak tak minta duit nafkah dari suami anda,

Perempuan cantik lain yang akan minta duit suami anda. Kerana itu Islam meletakkan tanggungjawab ke atas suami beri nafkah zahir, batin kepada isteri.

Mak-mak tak minta suami belikan lingerie dan minyak wangi harum untuk anda tidur bersama suami kerana lebih selesa pakai baju kelawar koyak, suami anda akan belikan lingerie seksi dan perfume mahal untuk perempuan cantik lain. Kerana itu Islam suruh isteri berwangi-wangian di hadapan suami.

Tak Salah Berdikari

Berdikari itu berdikari juga walaupun Islam tidak menuntut wanita bersuami bekerja mencari nafkah. Di dalam Islam isteri bekerja di luar rumah itu dianggap ihsan isteri dalam rumah tangga dan isteri itu wajib berhenti kerja sekiranya kerja isteri mendatangkan fitnah kepada dirinya, keluarga, agama dan masyarakat.

Tanggungjawab nafkah itu tetap ke atas suami yang bakal menentukan lelaki bernama suami itu cepat masuk syurga atas asbab bertanggungjawab memberi nafkah atau mereput diseksa di neraka kerana sengaja tak nak beri nafkah.

IKLAN

Kerana itulah juga di mahkamah syariah, isteri boleh tukarkan semua sedekah dalam rumah tangga kepada tuntutan hutang perkahwinan seandainya si suami itu melafaz talak tanpa ada kesalahan di pihak isteri atau dalam erti kata lain.

Baca Di Sini: Suami MEMBERI Perlu DiKetahui Isteri! TAKUT Dalam BERSEDEKAH, Nafkah Keluarga Sendiri Terjejas

Tapi Nafkah Tanggungjawab Suami

Suami anda nak kan perempuan cantik lain pula kerana merasakan diri dia mampu apabila suami anda “perasan dia banyak wang lebih” setiap bulan disebabkan anda isterinya menanggung sebahagian besar kos rumah tangga.

Anda tak kisah suami tak bagi nafkah zahir isteri kepada anda, suami anda juga tidak kisah memberi nafkah zahir batin kepada perempuan cantik lain.

Trust me.. ramai suami orang bersedia untuk belanja makan, beri hadiah mewah dan belanja percutian kepada perempuan cantik lain.

Kerana lelaki walaupun akalnya 9 tetapi dia mudah ingat satu benda sahaja “bini aku tak kisah” jadi suami anda ingat anda tak kisah tentang semua perkara termasuk duit nafkah yang sepatutnya untuk anda isterinya tetapi dia belanjakan kepada perempuan cantik lain.

IKLAN

Mintalah Hak Anda

Menjadi wanita malaysia di zaman seorang lelaki melayu islam ceraikan isteri setiap 15 minit ini, anda terpaksa menjadi wanita bijak.

Mintalah nafkah hak anda itu sebelum nafkah anda itu diberikan kepada perempuan cantik lain.

Hal anda berdikari dan mampu hidup selesa dengan usaha anda sendiri, wang yang anda perolehi itu bukan urusan siapa-siapa termasuk bukan hak suami anda.

Anda berikan kepada suami anda ianya hanya dikira sebagai ihsan dan sedekah yang boleh ditukar kepada hutang perkahwinan.

Minta nafkah zahir hak anda sebagai isteri dari suami anda sebelum dia berikan nafkah itu kepada perempuan cantik lain.

Juga Di Sini: Beza Belanja Rumah & Duit Nafkah, Suami Berilah Seikhlasnya, Jangan Nak ‘Pejamkan Mata’

Minta Nafkah Sepatutnya

Nafkah zahir isteri tidak boleh dicampurkan lumpsum dengan kos perbelanjaan rumahtangga seperti barang dapur. Nafkah zahir isteri itu mesti diasingkan untuk isteri itu beli apa sahaja yang dia mahu untuk dirinya.

IKLAN

Jika suami mampu memberi nafkah zahir isteri rm200 sebulan selepas gaji suami ditolak untuk perbelanjaan rumahtangga dan kos makan suami di tempat kerja maka rm200 sebulan itu wajib diberikan kepada isteri sebagai nafkah zahir isteri walaupun anda sebagai isterinya mempunyai pendapatan RM50, 000 sebulan.

Nafkah isteri dan nafkah anak tetap minta dari suami sebelum anda terpaksa meminta nafkah melalui mahkamah syariah.

Ianya bukan perjuangan yang mudah dalam menuntut hak nafkah melalui mahkamah syariah. Anda akan terluka sepanjang perjuangan itu. Luka yang bakal meninggalkan parut yang sukar untuk sembuh.

Ada Hikmahnya

Maka sebagai isteri yang cintakan suami. Minta hak nafkah zahir anda dari suami.

Ada hikmah mengapa Allah SWT menetapkan tanggungjawab memberi nafkah itu ke atas lelaki bernama suami. Apabila tuntutan allah swt terhadap tanggungjawab memberi nafkah itu tidak dipatuhi maka kerosakan akan berlaku dalam kalangan umat Islam.

Kesan buruknya kita sudah nampak, satu pasangan Umat Islam di Malaysia bercerai setiap 15 minit.

Minta hak anda sebelum terlambat.
Kayra, Putrajaya.
#sisterhood
#TazkirahSubuh

Mingguan Wanita : Berkahwin bukanlah bersandar kepada kasih sayang semata sebaliknya melibatkan tanggungjawab antara suami dan isteri.

Sumber : Dr Karya Kayra

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI