Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla. Selepas tujuh hari melahirkan anak kedua, pelakon Elfira Loy berkongsi wajah puteri kesayangnya.
Elfira yang selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan pada 20 Mei lalu sekitar pukul 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akhirnya berkongsi wajah anak dan memperkenalkan nama puterinya.
Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla
Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Muhamad Faris. pada 1 Januari 2019 turut dikurniakan anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.
“BismillahiMashaAllah ,
On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess .
Ads
Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.
Doa adalah penguat setiap harapan.
Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” kongsinya.
Suami Seorang Adiwira
Sebelum itu pada 20 Mei lalu, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun rasmi Instagramnya, Elfira memaklumkan telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Paling indah, kelahiran kedua itu disambut sendiri oleh suaminya.
Ads
“Saya ada banyak gambar menarik. Tapi saya sukakan yang ini. Subhanallah, ayah (suami) seperti seorang adiwira.
“Menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy mahu melahirkan awak. Alhamdulillah. Ini satu pengalaman menakjubkan,” coretnya.
Wanita berkerjaya, bincanglah jika suami minta berhenti kerja. Seperti mana yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi akaun Facebooknya, ada berkongsi tentang luahan seorang wanita.
Wanita tersebut yang juga ibu kepada empat orang anak memohon bantuan. Dan selepas berbual rupa-rupanya wanita yang juga bergelar ibu tunggal itu semasa bergelar isteri rupanya seorang bekerjaya.
Namun mengambil keputusan berhenti kerja kerana mengikut arahan suami.
Sememangnya kisah yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli ini menjadi dilema ramai wanita bekerjaya. Kadangkala ada yang serba salah mahu bekerja membantu keluarga dan dalam masa yang sama perlu mendengar arahan dari suami.
Namun sebenarnya banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja namun rezeki itu semuanya dari Allah.
Paling membimbang jika perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan dan terjadinya perpisahan. Sudah tentu wanita tersebut terpaksa memikirkan tentang sumber kewangan untuk menampung kehidupannya.
Ikuti perkongsian Cikgu Mohd Fadli tentang kisah pengorbanan seorang wanita yang berhenti kerja kemudian perkahwinan wanita itu tidak berpanjangan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada wanita di luar sana.
“Speechless… 😢
Baru-baru ni, ada ibu anak 4 datang mohon bantuan. Dan dia bercerita kenapa dia jatuh sampai tahap perlu mohon bantuan.
Cerita seperti ini beberapa kali aku sendiri dengar dari mereka yang perlu bantuan. Kisah asalnya mereka mampu, agak senang dan akhirnya terhimpit dalam kesusahan.
Wanita itu dulu ada kerjaya. Gaji dah sedap dah. Dalam RM3k sebulan. Duduk menyewa di kondo bersama suami dan anak-anak.
Sampai satu masa, suami dia minta dia berhenti kerja. Katanya dia mampu sediakan semuanya. Tak pasti kenapa suami dia berkeras mahu dia berhenti.
Mungkin cemburu, mungkin dia nak isterinya sentiasa ada di rumah mengasuh dan mendidik anak-anak, dan mahu layanan penuh dari seorang isteri.
Wanita ini tahu, suaminya bukan berduit sangat. Banyak perbelanjaan keluarga dia yang support hasil gajinya.
Namun bila suami arahkan demikian, maka patuh saja. Nanti derhaka pula.
Awalnya, semua berjalan lancar. Suami boleh bagi nafkah elok dan sara keluarga kecil mereka. Tidaklah boleh bermewah sakan, namun sentiasa cukup dan tak perlu sampai meminjam sana sini.
Namun beberapa tahun selepas itu, hubungan mereka mulai retak. Ada sahaja yang tak kena. Asyik bergaduh, bermasam muka. Dan puncak pergaduhan, perceraian berlaku.
Berpisahlah mereka, anak-anak semua nak duduk dengan si ibu.
Di sini bermula wanita itu merasa keperitan hidup bila tiada kerja dan gaji. Suami ada bagi nafkah kat anak-anak, tapi tak cukup. RM500 sebulan. Tu pun kadang-kadang ada bulan yang miss.
RM500 nak hidup macamana di tengah kotaraya ni? Sewa saja dah berapa. Makan minum lagi, bil lagi, perbelanjaan sekolah anak-anak lagi. Pampers susu semua tu.
Mujur wanita ni ada simpanan. Namun simpanan ni mampu bertahan lama mana sangat. Tak dan setahun simpanan dah hampir licin.
Dia cuba buat pelbagai kerja online. Jadi dropship dan sebagainya. Dapat la tampung sedikit sebanyak. Nak kerja tetap, anak-anak kecil. Nak hantar pengasuh perlu duit lagi. Dan bila mohon kerja, dia jadi junior semula dengan gaji permulaan pun tak besar. Macam tak berbaloi nak bayar pengasuh katanya.
Mujur permohonan zakat lulus. Ringan la sikit beban bila zakat bagi bantuan sewa rumah.
Dah beberapa kes yang aku jumpa seperti ini. Suami minta isteri berhenti kerja, kemudia akhirnya bercerai. Dan akhirnya yang terhimpit adalah isteri dan anak-anak.
Aku pun tak tahu nak kata apa. Arahan suami (masa jadi suami) kalau tak ikut, nanti derhaka. Dah ikut, kemudian akhirnya berpisah, isteri juga yang terseksa.
Kepada wanita yang berkerjaya, bincang elok-elok dengan suami jika suami minta berhenti kerja. Fikir jauh ke hadapan. Jika jodoh tidak panjang macamana pula?
Biar ada jaminan jika berhenti kerja. Jika berlaku seperti ini, sekurangnya ada persediaan dan jaminan.
Bila merancang jauh sampai fikirkan hal cerai ni, bukan kita minta nak berpisah, namun jodoh perceraian ini aturan Tuhan. Kena ada perancangan rapi takut-takut terjadi. Begitulah,” kongsi Cikgu Mohd Fadli.
Menerusi ruangan komen pelbagai pendapat diutarakan oleh waganet tentang isu ini. Malah ada yang berhenti kerja apabila diminta suami namun semuanya berjalan lancar. Ada pula wanita yang lebih selesa teruskan bekerja dan punya pendapatan sendiri.
Mingguan Wanita: Semoga wanita yang bergelar ibu tunggal kuat dan tabah harungi kehidupan!
‘Semoga bahagia, selamat jalani hidup baru.’ Wanita restu bekas suami kahwini adik kandung sendiri. Mulianya hati seorang kakak benarkan suami sendiri menikahi adik kandungnya.
Bukan semua wanita mempunyai hati yang besar seperti wanita ini. Memang wanita ini seorang yang hebat!
Satu hantaran Facebook tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kisah seorang wanita yang merestui bekas suaminya berkahwin dengan adik kandungnya sendiri, lapor laman berita Suara.com.
Gambar mengenai kisah tersebut dikongsikan oleh akaun Instagram @memomedsos. Ia turut menyertakan dua tangkap layar mengenai hantaran yang dimuat naik oleh akaun Facebook @Mama Aldy.
Pemilik akaun itu memuat naik dua hantaran yang mengucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik kandungnya.
“Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani hidup baharu,” tulis Mama Aldy.
Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Bekas suami wanita itu dilihat ketawa sambil merangkul pinggang adik wanita berkenaan.
Pada hantaran kedua, Mama Aldy juga berulang kali mengucapkan tahniah dan doa untuk mereka berdua.
“Saya ucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik saya. Semoga awak bahagia selalu,” ujarnya.
Muat naik itu mendapat pelbagai maklum balas netizen di ruangan komen.
“Setelah berkahwin, anak wanita itu panggil ayah atau pak cik?” tulis seorang netizen.
“Kalau tak silap, adik wanita itu janda dan tinggal bersama kakaknya. Jadi, dia jatuh cinta dengan suami kakaknya. Mereka bercerai lalu bekas suaminya berkahwin dengan adiknya,” komen netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita: Tak semua orang mampu lakukan perkara sebegini, membenarkan bekas suami berkahwin dengan adik sendiri bukanlah mudah diterima.
“Dilantik sebagai Timbalan Ketua JuruTeknologi NASA.’ Tahniah anak perkampungan nelayan kelahiran Muar, Johor ini. Perlantikannya bukan hanya membanggakan negeri Johor, malah seluruh negara.
Kejayaan yang bukan kaleng-kaleng ini membuktikan anak kelahiran Malaysia juga mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian seorang rakyat negeri Johor yang menempa nama di peringkat antarabangsa.
Hal itu ekoran kejayaan Florence Tan yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Florence Tan merupakan seorang anak kelahiran Muar, Johor yang datang daripada perkampungan nelayan.
“Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini hingga menempa nama di luar negara.
“Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor diperingkat antarabangsa,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sultan Ibrahim turut bertitah agar pencapaian anak kelahiran Johor itu menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan diperingkat dunia.
Mingguan Wanita : Tahniah Florence Tan atas perlantikan ini.