Cita-cita untuk berkahwin awal membuatkan Elyana nekad untuk melamar suaminya dahulu. Malah tak kisah pandangan orang lain dengan istilah ‘perigi cari timba’. Sekaligus ia demi mencapai impian untuk bergelar seorang ibu.
Pelantun lagu popular Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal, 35 mendedahkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.”
“Sebab tu saya yang MELAMAR suami saya..masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin.”ujarnya.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin,47 pada tahun 2010. Usia perkahwinan yang memasuki 12 tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 12 dan seorang anak angkat, Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Ternyata jarak usia 12 tahun bukanlah penghalang dalam mengecap bahagia. Malah sehingga kini Elyana bahagia melayari bahtera bersama suami tercinta yang sentiasa berada di sampingnya.
Ads
Sementara itu, Elyana yang juga merupakan seorang pejuang kanser melahirkan rasa syukur apabila dirinya bebas sepenuhnya daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.
Mingguan Wanita:Wah tak sangka Elyana yang melamar suami dahulu.Bagi wanita, jika sudah berjumpa jodoh dan pasangan yang serasi, memang tiada salahnya untuk ‘memulakan langkah’ melamar kekasih hati dahulu. Tiada istilah ‘perigi cari timba’ untuk tujuan yang baik. Lambat-lambat nanti melepas! opps.
Lanjut usia dan memasuki fasa warga emas bukanlah penghalang dalam mengejar cita-cita dan impian. Sambutan hari jadi pula mampu diraikan dalam pelbagai cara yang boleh memberikan kelaianan dan kepuasan tersendiri buat diri sendiri.
Seorang jururawat yang berkhidmat sebagai barisan hadapan ketika era Perang Dunia Kedua meraikan sambutan hari jadinya yang ke-100 dengan melakukan terjunan udara buat pertama kali.
Raymonde Sullivan melakukan aksi tersebut dengan terjun dari pesawat di Sky Dive Sebastian pada minggu lalu.
“Saya tidak pernah melakukan terjunan udara walaupun sudah berdepan dengan pelbagai perkara dalam tempoh 100 tahun. Oleh hal yang demikian, saya nekad mahu melakukannya selagi ada peluang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.
‘Guna duit raya beli cincin emas untuk mama.’Masih kecil tapi pandai hargai ibu yang banyak berkorban untuknya. Hadiah kecil ini benar-benar membuatkan banyak hati ibu yang tersentuh.
Dalam usia Sembilan tahun, dia sanggup menggunakan kesemua wang yang dia simpan untuk gembirakan hati seorang ibu. Syabas!
“Saya sudah lama nak beri hadiah kepada mama, saya nak bagi mama seronok. Nanti saya nak belikan mama kereta dan rumah pula,” kata Muhammad Adam Shah Muhammad Shahrul Iznie.
Kanak-kanak itu baru berusia sembilan tahun, namun bijak menghargai ibunya, Noor Ileyana Mohammad, 30, dan menunjukkan kasih sayang termasuk dengan pemberian hadiah.
Terbaharu Muhammad Adam Shah membelikan cincin emas buat ibunda tercinta menggunakan duit raya dan simpanannya.
Kisah murid tahun tiga itu mendapat perhatian selepas Noor Ileyana berkongsi video di TikTok yang menunjukkan anak sulungnya itu memberi hadiah istimewa sempena Hari Ibu, Ahad lalu.
Menurut Noor Ileyana yang menetap di Taman Aur Mesra, Taiping, Perak, Muhammad Adam Shah menjual bunga api Ramadan lalu dan menyimpan wang jualan untuk membelikannya cincin emas.
“Saya juga memberinya upah kerana membantu di kedai inai pengantin saya, cuma tak sangka Adam (nama panggilan Muhammad Adam Shah) gunakan wang itu dan duit raya diterima berjumlah RM1,500 untuk belikan saya cincin.
“Ikutkan, saya sudah ada cincin, namun Adam bersungguh untuk hadiahkan kerana menyimpan hajat itu sejak tahun lalu.
“Kami ke kedai emas kelmarin (Isnin) dan saya sekadar bantu tanya pekerja mengenai cincin mana yang boleh dibeli mengikut bajet Adam,” katanya.
Menurut Noor Ileyana, sebagai ibu, dia terharu selepas menerima pemberian Muhammad Adam Shah apatah lagi pemberian itu bukan sedikit nilainya.
“Adam juga sudah beri ‘amaran’ kepada saya untuk tidak menyimpan sahaja cincin pemberiannya, sebaliknya sentiasa memakainya.
“Dia beri saya hadiah itu mungkin kerana nampak saya susah payah cari rezeki membesarkannya walaupun kami sering bertekak.
“Bagaimanapun, saya ada beritahunya yang saya akan pulangkan semula cincin itu andai satu hari dia perlukan wang untuk sambung pengajian atau ada keperluan mendesak,” katanya.
Noor Ileyana bersyukur perkongsiannya di TikTok menerima maklum balas positif dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya dan Muhammad Adam Shah.
“Alhamdulillah, rata-rata doakan yang baik. Saya juga doakan Adam berjaya capai impian bergelar jutawan muda suatu hari nanti,” katanya.
Mingguan Wanita : Keperibadian Adam lahir daripada ibunya. Tahniah buat anak dan ibunya. Semoga Adam menjadi anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya. Insyallah.
Selalunya bila rumah jadi susah nak kemas dan banyak barang sebab mak-mak rasa sayang nak buang. Anggap barang-barang tersebut penting, masih nak digunakan lagi dan ada nilai sentimental tersendiri. Dalam kebanyakkan rumah kita, mesti jumpa barang-barang yang disenaraikan ini. Cuba semak!
Pengalaman hani pergi susun atur rumah orang, at least 8/10 mesti hani akan jumpa benda-benda dalam list ni. Eh tak yah jauh lah, rumah emak hani je 10/10. Full marks! Tunggu lah next cuti sekolah hani kerjakan dapur rumah emak hani hahaha Hani rasa rumah kita semua pun ada barang-barang ni kan?
Jom kita tengok list :
Pinggan mangkuk mahal-mahal yang tak pernah guna – kalau boleh, bila dah beli guna lah ya. Takut tak kalau tak guna nanti sebelum masuk syurga harta kita kena hisab satu-satu.
Pakaian lama-lama dijadikan kain lap – Hani rasa ni memang common kat semua rumah orang Malaysia ni. In a way memang bagus sebab kita guna dan manfaatkan sepenuhnya sebelum kita buang kain tu.
Tapi itu lah yang tak best, tup-tup baju kesayangan kita baru pakai dua tiga kali mak terjadikan kain lap depan pintu bilik air. Mentang kain sedap (kain cotton lah tu-paling serap air), nak selamat belikan mak door mat siap-siap ya. Kat eco baru RM2.10.
Botol-botol yang diterbalikkan – guna sehingga titisan terakhir gitu haha tapi ada yang habit, dah tinggal sikit tu lah dia tak nak guna dah, sanggup buka botol baru. Hahah tu yang jadi banyak botol “kosong” dalam bilik air atau dapur tu.
Peket-peket sos dari restoran makanan segera – ni paling banyak hehe walhal tak guna pun. Stail Hani, sebab Hani memang tak kan guna, Hani akan cakap betul-betul pada cashier tak nak sos apa-apa. Kalau dapat juga Hani guna atau buang terus sebab kalau simpan memang Hani tak guna.
No point simpan. Saranan Hani kalau jenis guna, sediakan satu bekas dan letak di meja makan atau breakfast counter, tempat yang memang seisi rumah nampak. Kalau di simpan sorok orang tak nampak sampai expired tak makan pun.
Ni kalau perasan orang dulu-dulu suka betul simpan bekas telur yang seramik tu hahah in trend kan zaman dulu. Ada mak-mak yang masih simpan sampai sekarang. Termasuk door gift kaca-kaca gelas-gelas hehe rasa lima enam tahun lepas family hani ada buat majlis tahlil ke doa selamat ke apa, selamat dah bekas-bekas kuih yang ala-ala kristal tu (banyak mak Hani ada dulu) hani jadikan doorgift.
Leftover food – ni pun satu masalah biasa juga ni. Haritu hani terbaca satu quote;
“we do not throw away perfectly good food in this house, we put the leftovers in the tupperware, put the tupperware in the fridge, let it go bad, then we throw it out.”
Hani baca, hani tepuk dahi. How true! Haha Siapa guilty angkat tangan. By the way, rule of thumb of storing leftover food: tiga hari je kat bahagian chiller. Lebih dari tu consider makanan dah rosak. Lagi mudah, simpan dalam bahagian freezer. 1 bulan ok lagi. Simpan dalam bekas microwavable terus senang.
Gift wrapping papers – sebagai seorang pengumpul tegar pembalut hadiah Hani guilty tang ni hehe alhamdulilah sekarang addiction dah takde haha Hani restrain myself from buying sebab: penstoran dah takda haha. Dulu kalau dapat hadiah dengan pembalut hadiah cantik-cantik sayang betul nak buang. Sekarang terus masuk recycle bin hehe .
Restaurant Delivery Boxes – kalau ada anugerah barang paling banyak ada kat dapur, ni pemenang dia hehe macam-macam saiz ada. Personally dapur Hani memang guna bekas transparent tu untuk simpan barang mentah dalam peti ais.
So kalau dapat dari restaurant, Hani simpan. Tapi Hani memilih juga. Yang bentuk bulat atau lain shape/design dari yang hani guna kat rumah semua masuk recycle bin. Sebab memang Hani tak guna so tak simpan.
Bottles with personality issues. Ini paling comel hahaha yang kelakar kalau label lama tak dibuka lepas tu masuk barang lain dalam tu. Krisis identiti dibuatnya. suggestion Hani, reuse tu dah bagus nak lebih kemas, tanggalkan label lama, tampal label baru yang seragam. Walaupun jenis botol yang pelbagai still akan memberi kesan yang seragam dan kemas bila susun atas rak. Hani support sangat kalau dapat reuse macam ni.
Plastik bag – ini pemenang no 2 kalau ada anugerah tadi. Hehe plastik gumpal-gumpal simpan dalam plastik hehe sangkut pulak kat tombol pintu dapur. Atau porok dalam almari. So suggestion hani beli satu bakul khas untuk plastik-plastik gini, sebab kita nak repurpose plastik-plastik ni jadi plastik sampah kan? Better yet, elakkan ambil plastik bag di pasaraya, guna reusable bag je. Eh hani ada kongsi dulu cara hani urus plastik bag nanti hani share linkya.Lebih kemas.
So berapa markah yang awak dapat? Cek tengok kat rumah sekarang hehe update kat komen.
Kalau nak mudah urus dan kemas rumah, mana yang kita boleh sisihkan, kita sisihkan ya. Mana yang kita boleh reuse kita reuse.
Semoga bermanfaat
#drurusrumah
#hanimynis
Kredit gambar : YaShi Drew That
Mingguan Wanita: Setuju sangat, kebanyakan mak-mak memang suka simpan dan sayang nak buang barang-barang yang disenaraikan di atas ni. Tu yang menjadi punca, barang dekat rumah banyak, dan sukar nak susun atur serta kemas rumah.
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.