Cikgu Ayu minta maaf, isu suruh bungkus makan di rumah anak ditenung meragam di restoran. Setiap orang punya pendapat tersendiri. Namun apa yang kita lontarkan adalah tanggungjawab untuk kita menelannya jika orang tidak bersetuju dengan apa kita suarakan.

Sebab itulah Rasulullah mengajarkan kita diam itu lebih baik dari berkata-kata yang mungkin menyakiti hati ramai orang. Bahkan dalam satu Riwayat Al-Tabarani menyebut, “Kebanyakan dosa anak-anak Adam itu ada pada lisannya.”

Cikgu Ayu Minta Maaf

Isu menyuruh orang bungkus dan makan di rumah yang dilontarkan Cikgu Ayu bila anak meragam di restoran ternyata mendapat reaksi pelbagai dari masyarakat. Mak-mak yang ada anak ramai mesti pernah mengalaminya di mana mereka rasa tidak selesa bila ditenung saat anak meragam. Tak hairanlah ramai ambil pendekatan bungkus dan makan saja di rumah kerana tahu anak-anak tengah melasak.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Anak Kena Tenung Meragam Di Restoran, Cikgu Suruh Bungkus Makan Di Rumah Kalau Tak Selesa

Cas Air Suam RM2, Rezeki Peniaga Viral Berakhir. Lesen Perniagaan Tak Diperbaharui MPPD

Adab Keluar Rumah & Masuk Rumah Bila Ada Anak Kecil, Elak Anak ‘Meragam’

‘Anak Lebih Kuat Meragam..’ Ibunya Pernah Stress Ketika Mengandungkan Anak Sulung

Dan selepas ramai tidak bersetuju dengan pandangannya, di Tok  Toknya, Cikgu Ayu telah membuat permohonan maaf kerana menyuarakan isu ini.

IKLAN
@cikguayu_imtecer Replying to @💫 iii•zUueee terima kasih yg tampil bgthu.. n mohon maaf dr sy☺️#cikguayu ♬ Bil Qur’ani Sa’amdhi – Hidayat

 Menjelaskan hal ini, dirinya menjelaskan situasi dialaminya ini ketika dirinya sekeluarga pergi bercuti.

“Ya Allah, ramainya parents yang ada anak kecil terkesan. Saya mohon maaf kat semua yang terasa. Isu keluarga yang jeling tu bukan bujang ya. Tapi satu family yang jeling. Yess anak saya bukan jenis meragam yang kacau orang.

“Ada yang cakap saya tak cuba tenangkan. Tak gilir dengan suami. Saya berulang kali bangun keluar tenangkan anak. Orang boleh judge tapi orang tak nampak struggle saya bagi baby diam. Kakak dan Yayang just stay kat tempat dia orang je.

Isu Suruh Bungkus Makan Di Rumah Anak Ditenung Meragam Di Restoran

Kata Cikgu ini lagi,  baby setahun enam bulan kalau jegilkan mata pun dia tak faham. Dan kami tak tapau sebab order tercicir. Last-last saya memang tinggalkan kedai makan dan tunggu dalam kereta.

IKLAN

“Jadi dalam situasi ini, saya minta maaf buat kornang yang terasa dengan saya. Isu bungkus bawa balik rumah. Saya tengah bercuti, Bawa anak-anak berjalan. Yang gelarkan anak saya binatang, moga kata-kata awak, awak dapat rasa nanti. Alhamdulillah, terima kasih semua nasihat yang stich. Dan untuk korang yang menaip tanpa sempadan, moga urusan kali dipermudahkan.

“Dan mana kedai makan yang tak bag kanak-kanak bising, insya Allah let me know kedai korang. Saya takkan masuk. Maafkan saya sekali lagi dan terima kasih yang bagi teguran. Saya terima dengan hati yang terbuka,”katanya.

Berdasarkan komen di tik toknya, mereka tiada isu dengan soal bungkus itu namun lebih banyak menasihatkan Cikgu ini agar menjaga mulut kerana dirinya pernah melontarkan kata-kata yang agak pedas sebelum ini.

Moga tenang-tenang sahaja kerana tiada siapa bersih dari dosa dan semoga ia menjadi pengajaran buat semua agar jaga lisan masing-masing.

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Cikgu Ayu Minta Maaf, Isu Suruh Bungkus Makan Di Rumah Anak Ditenung Meragam Di Restoran

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI