Gambar Hiasan

Sungguh malang tidak berbau.Seorang guru berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.

Berhenti Pergi Beli Minuman

Difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengah hari tadi, ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.

“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.

“Selepas mangsa mengeluarkan wang berkenan dan meletakkan dalam sebuah beg, mangsa meninggalkan beg di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

IKLAN

“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Polis Sedang Mengesan Suspek

Beliau berkata, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

IKLAN

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mesti Baca:10 Peguam Wakili Siti Bainun Tarik Diri, Doa Justice For Bella Didengari Allah
Baca Lagi Di Sini:Demi Harta RM2 Juta, Suami Buta Temui Ajal Di Tangan Isteri!
Artikel Menarik:Trauma Diserang & Dikejar Perompak Ketika Bawa Kereta Seorang Diri, Ini Pesanan Ustazah Buat Wanita!

IKLAN

Mingguan Wanita: Bagi pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan duit dalam jumlah yang besar, semoga lebih berhati-hati. Penjenayah ada di mana-mana dan cukup licik merebut peluang apabila kita cuai. Pastikan ikut SOP yang telah ditetapkan.

Sumber:Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.