Bakar kulit muka. Wanita tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Sebolehnya mahu kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut. Hinggalah sanggup buat apa saja untuk tampil cantik, kulit muka tegang dan licin.
Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang mahu klelihatan awet muda dan tak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya sampai sanggup menahan sakit dengan bakar kulit muka.
Dia ingin memiliki wajah yang awet muda dan tidak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya.
Jadi, untuk merealisaikan perkara ini, dia telah membuang kulitnya dan menghapuskan tanda-tanda penuaan dengan mengambil risiko dengan rawatan yang ekstrem.
Regina Sganzerla, 67 tahun ingin menghapuskan tanda penuaan dan menjalani kaedah invasif. Dia diberikan bahan kimia yang menjanjikan keremajaan kulit
Ads
Kaedah rawatan ini tidak menyakitkan dan sangat pantas. Dia hanya akan membakar wajah tuanya dan menghilangkan bintik-bintik penuaan.
Dia telah berjumpa dengan pakar dermatologi, Mariana Losso yang memberitahu tentang kupasan phenol.
“Ia adalah satu rawatan yang hebat kerana ia dipanggil pembedahan tanpa keratan dan memberi keremajaan secara menyeluruh,” kata Mariana Losso.
Prosedur itu dilakukan dengan menyapu asid fenol. Semasa rawatan tersebut, penampilan Regina agak menggerikan tetapi dia sanggup menerima risiko dengan rawatan ini.
“Ia dikatakan luka melecur tahap kedua tapi terkawal,” tambah Mariana Losso lagi.
Dalam beberapa hari pertama, ia kelihatan agak menakutkan. Tetapi selepas bahan kimia di sapu, Regina hanya menunggu dan melihat transformasi yang akan berlaku.
Ads
Kemudian, akan ada pengelupasan yang mana ia digunakan untuk menghilangkan kedutan serta parut jerawat dan garis halus di wajah.
Namun, risiko yang bakal dihadapi dan sangat bahaya apabila tidak diamalkan dengan betul.
Selepas 12 hari untuk sesi rawatan ini, muka Regina menjadi sangat merah. Walaupun tidak merasa sakit tapi penampilan agak mengerikan, sehinggalah ia nampak perubahan penampilan barunya.
Dapat Kecaman
Walaupun Regina gembira dengan penampilan barunya dan berjaya tapi dia menerima kecaman daripada pakar kecantikan.
Ads
Mereka mengatakan rawatan ini sangat bahaya kerana fenol boleh tembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan menyebabkan kesannya boleh membuatkan kulit wajah tidak dapat dibaiki.
Mingguan Wanita : Sebab tak nak dapat tua, sanggup pula dia.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Siti Sarah selamat bersalin bayi lelaki, namun setakat ini dia belum sedarkan diri.
Ternyata berat ujian buat Siti Sarah dan suaminya, Shuib, dijangkiti Covid-19 ketika hamil adalah sesuatu yang sukar diterima oleh sesiapapun apatah lagi apabila kesihatan makin merosot.
Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak ke-empat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.
Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri
“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.
“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Allahu akbar! Sesungguhnya apa yang berlaku bukanlah satu ujian yang ringan. Amat berat sekali ditempuh oleh keluarga ini, apatah lagi tidak lama ramadan dan syawal bakal menjelma. Tentu sayu mengenangkan tragedi yang berlaku.
Apatah lagi hanya terlepas pegangan tangan, anaknya kemudian berlari dan meninggal dilanggar kereta di depan mata ayahnya sendiri. Tidak dapat bayangkan perasaan ayahnya serta keluarga melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata.
Anak Dilanggar Kereta Di Depan Mata
“Di depan mata saya, Mu’Tahal tercampak dirempuh kereta itu,” kata Assalami Ahmad selepas anaknya maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Wa, dekat Jerangau, Dungun,Terengganu, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, anaknya bongsunya itu, Mu’Tahal Assalami, 3, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Assalami, 61, berkata sebelum kejadian, dia bersama isteri dan enam lagi anaknya ke sebuah restoran untuk makan malam.
Anak Terlepas Pegangan Tangan
“Ketika tiba di restoran, saya memegang tangan dia dan ketika sedang menulis nama dan memeriksa suhu badan, tiba-tiba tangan anak terlucut dari pegangan.
“Dia berlari ke tengah jalan dan saya cuba mengejarnya namun gagal. Dia dilanggar kereta sebelum dia tercampak kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, dia perlu mengawal kesedihan dengan sedaya upaya dan perlu reda dengan apa yang berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 25 tahun itu gagal mengelak sebelum merempuh mangsa.
“Mayat dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987, “katanya.
MW: MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga arwah. Semoga ibu, bapa dan keluarganya kuat menerima ujian berat ini. Al-Fatihah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Asalnya ibu mentua ini, Nani Tok Timoon sekadar berkongsi kisah menantunya yang mengidam makan bubur lambuk versi Kelantan. Itulah dulu lauk yang pernah arwah Mamanya masak sebelum sakit. Ibu mentua pula, walau berasal dari Kelantan tapi tak pernah lagi membuat bubur lambak versi Kelantan ini.
Demi nak tunaikan keinginan menantu hamil 3 bulan, ibu mentuanya ini berusaha cari resepi, bahan-bahan masakan sampai dapat penuhi hajat menantunya itu. Sweet betul ibu mentua ini.
Mentua Masak Bubur Lambuk, Teresek Pisang
“Hai semua.. Nak citer sikit kejadian 2 makanan yang saya masak hari ni. Ada cerita menarik di sebalik bubur lambuk dan teresek jantung pisang.
Alkisah..
Dari semalam menantu saya yang tengah mengandung 3 bulan, bagitahu teringin sangat nak makan bubur lambuk versi Kelantan. Katanya teringat arwah Mama selalu buat masa sebelum arwah sakit.
Sebenarnya… walaupun saya orang Kelantan, tapi dah umur 50-an ni tak pernah buat, cuma makan yang masa kenduri jaa. Apa yang saya tahu bahan nak buat ni kena ada banyak pucuk-pucuk dan daun kayu, rasanya kat bandar tempat saya ni takda benda tu.
Saya pun call mak saya, tanya resepi bubur lambuk. Katanya nak bagi sedap mesti wajib ada pucuk midin, daun kaduk, kalau takda, tak berapa jeliro, kata oghe Kelate. Dah dapat resepi buat bubur lambuk. Saya tanya Mak, masak apa hari ni. Mak kata dia baru selesai masak Teresek Jantung Pise. Haah… Saya terus teringat nostalgia zaman arwah nenek selalu masak teresek jantung pise yang sangat sedap. Saya minta resepi untuk teresek sekali.
Masak Penuhi Keinginan Menantu Dan Diri Sendiri
Kat mana la aku nak cari jantung pisang, pucuk-pucuk semua. Satu nak penuhi keinginan menantu, satu lagi nak penuhi keinginan saya. Teringat kawan kata kalau nak cari sayur yang rare , boleh gi pasaraya CS.
Saya cakap kat menantu, “Sue.. ibu nak gi CS, cari bahan nak buat bubur lambuk. Tapi ibu tak janji ada pucuk midin, daun kaduk. Sue kata, arwah Mama dia pernah buat guna daun cekur manis.”
Masa kat CS, tengok sayur yang ada, yang sesuai daun cekur manis, daun selasih, daun kesum dan keledek oren untuk bubur. Ada jantung pisang. Saya beli hati, pedal, kaki, leher ayam untuk buat teresek. Bahan lain dah ada kat rumah.
Haa.. Jadilah hari ni bubur lambuk dan teresek jantung pise. Ya Allah.. Seronok menantu makan bertambah. Anak-anak kata, walaupun bubur tu nampak tak comel, tapi sedap yakmat.
Teresek pulak, che somi kata sedap rasa macam rendang. Tak jemu makan, nak bagi cukup lawan saya goreng ayam. Perhh.. Selera bertambah nasi. Nak pulak nasi panas.
Begitulah kisah kejadian hari ni.
Waktu Masak Untuk Keluarga, Lazimkan Baca Doa..
Pesanan Kak Nani , masak dengan IKHLAS, KASIH SAYANG, NIAT nak bagi suami dan anak-anak HAPPY. Baca DOA masa tengah masak supaya makanan kita masak ni boleh bagi suami, anak-anak INGAT kat kita, makanan tu jadi manfaat kat tubuh badan. Biiznillah
Jangan lupa pulak, masuk dapur tu mulakan dengan Taawuz.. Auzubillahiminassyaitonirrojim, Bismillah, dan selawat Nabi, juga minta perlindungan Allah dari musibah masa tengah masak yer. Ini pesanan Kak Nani, kat dapur ni macam-macam boleh jadi musibah, maklum la segala benda bahaya ada kat dapur. Faham sendiri la yer.
Teringat masa sebelum nak kahwin dulu, arwah nenek Kak Nani pesan, sampai sekarang ingat. Nenek kata, orang perempuan ni kena pandai jaga 2 benda ni, ikat hati suami dengan dua perkara ni, layan perut dan layan n4fsu suami.
Haha.. Biar betul Mok (panggilan).. Habis tu tak payah jaga muka ko? Mok kata, “kalu muka cantik pun, suami cari lain kalu mu tak pandai jaga makan, jaga n4fsu dia. Kalu nak suami sayang ikat perut suami tu“.
Adoii.. Pedas telinga ni dengar. Tapi betul, apa yang Mok pesan tu yang Kak Nani buat. Syukur sampai sekarang, suami tetap makan kat rumah, orang lain masak tak sama dengan bini dia masak, katanya laa.
– 2 cawan beras di rendam satu jam bagi kembang.
– Lepas sejam, masak dengan air 2 x ganda dari masak nasi biasa.
– Masak biar jadi bubur. Pastikan api kecil , dan kacau selalu supaya cantik dan tak berkerak.
Sementara tunggu nasi jadi bubur, sediakan bahan untuk rencah dan hiasan.
BAHAN PENYEDAP
5 biji bawang merah – ditumbuk 3 ulas bawang putih – ditumbuk Halia sebesar ibu jari – ditumbuk Lada hitam 2 sudu – ditumbuk Santan 1 pek kecil – Kak Nani guna santan segar 6 ekor ikan sardin / kembung / pelaling – dibakar / kukus.. dibuang tulang, ambil isi dan tumbuk. Budu setengah botol – Kak Nani guma budu cap Ketereh, itu je yang ada. 1 kiub ikan bilis knorr/maggi Garam secukup rasa
BAHAN PENYERI BUBUR
Pucuk midin – Kak Nani tak bubuh sebab tak ada Daun kaduk – hiris Daun kesum – ambil daun saja, Dedaun cekur manis Daun salang – kat kampung di perak banyak daun ni. Kak Nani tak bubuh. Daun kunyit – guna sehelai potong halus macam buat rendang Daun selasih (basil) – yang fresh, bukan yang kering dalam botol. Optional. Kak Nani bubuh. Ada orang tak suka. Daun ni dia ada bau dan rasa, biasanya orang masak spageti taruh daun selasih, buat makan laksa johor pun sedap. 3 biji ubi keledek oren – dipotong dadu. Kalau besar 1 biji pun dah cukup. Cili api Siam 10 biji – biarkan sebiji.
CARA BUAT
1. Bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, ikan yang ditumbuk, masukkan dalam bubur nasi yang dah elok kejadiannya. Masukkan semua. Kacau rata.
2. Masukkan keledek yang dipotong dadu , jangan lupa sentiasa kacau bubur supaya tidak hangit.
3. Masukkan daun-daun semua dan cili api. Kacau lagi.
4. Masukkan seketul kiub ikan bilis. Dan masukkan santan.
5. Masukkan budu. Ini rahsia sedap bubur lambuk. Budu ni banyak jenis dan brand. Kalau nak sedap budu Tempayan la, ori kelantan.
6. Sebelum masuk garam, rasa dulu ya, sebab budu tu dah masin. Kalau kurang, baru tambah garam.
5. Masak sampai keledek empok, daun dah cukup layu. Biar secukup rasa. Angkat.. Dah siap
6. Hidang dengan bawang goreng buat sendiri, sedapnya tak terkira.
RESEPI TERESEK JANTUNG PISANG KAK NANI
BAHAN – BAHAN
Jantung Pisang 2 biji – buang kulit yang merah keras tu, ambil yang tinggal. Kuning, dibelah dua, dan di hiris. Rendam dalam air garam nak buang rasa kelat dan getah. Rendam selama 20 minit. Buang air rendam, dan basuh, perah jantung pisang. Ketepikan dulu. Hati ayam, pedal ayam, kaki ayam, leher ayam
(Tips : semua basuh dan rendam dalam air dan campur cuka. Nak bagi bersih dan hilang bau hanyir. Rendam dalam 5 minit. Potong kaki, hati, pedal, leher. Bilas bersih). Nak banyak dan ramai nak makan, lebihkan. Kak Nani buat banyak, sebab anak ramai, yang kaki makan, boleh simpan dalam bekas, simpan dalam peti ais, letak bahagian beku, tahan, nak makan keluar kan, biar dia defrost, dan panaskan. Masukkan hati, pedal, kaki, leher dalam kuali. Biarkan sekejap sementara ready bahan lain
BAHAN PENYEDAP
2 biji bawang besar – dibelah dua dan dipotong (masukkan dalam kuali biar duduk dengan ayam, gaul) 6 biji bawang merah kecik 3 ulas bawang putih Halia sebesar ibu jari Lengkuas sebesar ibu jari Cili kering 10 tangkai – dibuang biji, rebus dan kisar. Nak pedas, lebihkan. Boleh juga pakai cili serbuk 3 sudu 3 sudu besar serbuk kari daging/ayam jenama apa pun tak kisah
(Tips : serbuk kari dan serbuk cili atau cili kisar di bancuh dengan sedikit air dan gaul rata. Jadikan pes. Ketepikan dalam 10 minit bagi sebati dan rempah mesra. ) 3 sudu besar rempah biji ketumbar – ini rahsia bagi sedap. Goreng tanpa minyak, sampai wangi dah bangkit bau, angkat tumbuk dalam lesung. Separuh tumbuk kasar, dan separuh tumbuk halus. Santan pekat 1 kotak – Kak Nani guna santan fresh, lebih sedap dan lemak. 3 sudu besar kerisik Asam keping 2 keping Nise atau gula melaka Garam
CARA BUAT
1. Bawang merah, bawang putih halia, lengkuas dikisar halus. Masukkan dalam kuali tadi.
2. Masukkan pes kisar tadi. Gaul rata. Dengan perkakas ayam tadi. Pasang api. Masak biar keluar air ayam tadi . Tambahkan air dua gelas. Kacau rata dan tutup kuali. Biar reneh sampai agak-agak dah jadi pekat atau oghe kelate kata mati awas. Sentiasa tengok dan kacau, takut hangus.
3. Masukkan semua ketumbar dan jantung pisang. Gaul rata. Tutup balik periuk.
4. Masukkan santan, asam keping dan kerisik. Gula melaka. Garam secukup rasa.
Kacau rata. Kalau rasa kering, tambah air sikit. Supaya cepat empuk jantung pisang.
Bila semua dah empuk, dah masak, boleh la angkat dan hidang panas-panas.
Kalau ikutkan teresek ni ada orang buat kering. Bagi Kak Nani, lebih suka pekat berkuah, sebab sedap dimakan dengan nasi panas. Lawan pula ayam goreng, semua bertambah nasi.
Okay.. Rasa dan sedap bergantung kepada cara masak, jenis bahan, dan lidah.
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...