Selalunya bila ‘carrot’ dah lembik dan layu kita akan terus buang je, sebab rasa dah tak elok untuk dimasak. Rupanya ada cara mudah untuk jadikan carrot ni keras dan segar semula. Jadi mak-mak tak perlu buang dan tak lah membazir.
Boleh cuba tip dapur seperti dalam perkongsian video TikTok munirahjamaludin_ ini.
Cara-Caranya:
1. Kupas/Buang kulit carrot yang lembik.
2. Potong kecil carrot tersebut.
3. Rendam dalam semangkuk air dan biarkan seketika.
4. Hasilnya carrot akan jadi segar dan keras kembali. Boleh lah di masak seperti biasa ikut citarasa sendiri.
Mingguan Wanita:Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan ini. Rendam je dalam air sekejap, barulah lobak elok keras & segar semula. Jadi tak perlu buang dan elak pembaziran.
Bila masuk bulan Mac kebanyakan daripada kita kan mula memikirkan untuk mengisi borang bagi cukai pendapatan. Terdapat kriteria tertentu bagi melayakkan kita untuk membayar cukai menerusi LHDN. Malah terdapat juga beberapa perkara yang kita perlu ambil tahu untuk tuntut pelepasan cukai.
Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.
Sekiranya pendapatan tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.
Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :
Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.
Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun.
Sila take note kalau makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.
Err…Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000.
“Tapi mak ayah duduk kampung? “
Rileks, masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.
Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.
Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.
Sila minta statement tahun 2021 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.
Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.
Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.
Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.
Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2021) ada beli dan bayar;
smartphone/komputer/laptop/tablet
buku/ subscription news online
bil langganan internet
Pembelian alat sukan / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.
Ingat, tipu dosa.
Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).
Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.
Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:
(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
and storage equipment); serta
(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).
Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-sekolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?
Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2023) masa isi borang untuk taksiran 2022 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.
Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.
Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.
(Jumlah simpanan dalam tahun 2021 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2021).
Contoh: Dalam tahun 2021,
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).
Untuk taksiran tahun 2021, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.
LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.
Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.
Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).
Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.
Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.
Ingat, tipu dosa.
Bersamalah kita membangunkan negara yang tercinta.
Mingguan Wanita: Jadi sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan memenuhi kriteria untuk membayar cukai, tunaikanlah kewajipan tersebut. Jangan lupa simpan dokumen/maklmat diatas untuk menuntut pelepasan cukai bagi mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.
Rupanya cara mudah tanam lobak dalam botol mineral pun menjadi dan boleh dapat hasil. Teknik ni sangat sesuai bagi yang mempunyai kawasan terhad untuk bercucuk tanam. Tanam di tepi balkoni pun boleh. Seronok bila tanam lobak menjadi dan ada isi. Lebih-lebih lagi bila kita tanam dari biji benih.
Saya tanam lobak dalam botol ja.
1. Guna botol plastik 1500ml.
2. Beli biji benih di kedai Peladang. Benih yang ni guna jenama green world.Boleh beli di shopee juga.
3. Kena semai biji benih dulu dalam tray. Daun carrot bila mula-mula keluar macam rumput. Biar dulu daun sebenar keluar, bila keluar 4, 5 helai daun baru pindahkan ke dalam botol atau pasu.
Kalau tanam terus dalam botol pun boleh. Tapi isi tanah separuh botol ja.Sebab kita kena topup tanah tu nanti bila dia semakin membesar.
4. Isi tanah jangan bagi penuh. Lebih kurang ¾ ja.Guna tanah campuran. Tanah biasa + tanah hitam beli di ninso@eco. Topup tanah biasa + tanah hitam sawit. Yang penting pastikan tanah tak keras.
5. Masukkan anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Tinggal daun ja di luar. Tapi jangan sampai tertimbus pucuk, nanti mati.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. So, topup lg tanah timbus batang sampai pelepah terbawah.
7. Buat lubang supaya air senang keluar kalau kita siram.
8. Buang daun yang bawah sekali. Siram 2 kali sehari.
9. Letak tempat panas pun boleh. Tapi kalau tempat redup lagi baik. Yang penting mesti kena cahaya matahari.Pastikan tanah tak kering.
10. Kena pastikan tanah sesuai. Boleh gemburkan tanah dengan cara picit-picit botol kalau rasa tanah keras dan air tak keluar.
11. Bila batang pokok meninggi, mesti timbus sampai pelepah paling bawah.Kalau tak, nanti lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
Lobak putih ni belum sampai 2 bulan. Yang penting tanah tak keras bagi memudahkan ubi membesar. Kalau carrot agak lama. Sebab ini percubaan pertama saya.
Mingguan Wanita: Seronoknya bila tanaman mengeluarkan hasil, walaupun hanya tanam dalam botol je. Jadi tak perlu kawasan yang luas pun.Tepi balkoni rumah pun boleh tanam.
Selalunya, kalau beli mi kuning dan bila masak mesti ada rasa kapur. Terus terbantut nak makan sebab ia beri rasa yang tidak enak.
Kalau mi kuning dijadikan mi goreng mungkin kurang sedikit rasa kapur tapi bila buat mi kuah atau mi kari boleh terasa juga.
Jadi, ada sesetengah mak-mak yang rendam terlebih dahulu untuk hilangkan rasa kapur yang melekat pada mi kuning. Tak kurang juga yang hanya basuh biasa sahaja.
Mungkin kapur yang diletakkan dalam mi kuning untuk bagi tahan lama. Tapi di sebaliknya ia boleh juga membahayakan kesihatan kita.
Ini cara mudah dan senang untuk bantu mak-mak hilangkan kapur mi kuning seperti yang dikongsikan olh Aliaabang dalam tiktoknya.