Setiap kali menyambut hari raya aidiladha, pasti akan ada ahli keluarga yang akan mengambil bahagian dalam melakukan ibadah korban iaitu sembelihan haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan unta. Inilah tanda syukur atas rezeki yang diberikan.
Menariknya, bila melaksanakan ibadah korban ini, daging sembelihan ini diagihkan kepada ahli keluarga, jiran, fakir dan miskin yang memerlukan makanan ini yang boleh dikatakan jarang dirasai oleh sesetengah orang. Tak kurang juga ada menggunakan daging sembelihan ini untuk jamuan dan majlis kesyukuran.
Ibadah Korban Tempat Sendiri Vs Negara Luar
Sebelum ini, mungkin ramai orang tahu ibadah korban dilakukan di kampung atau masjid dan bergotong royong membahagikan daging sembelihan kepada penduduk setempat.
Malah, hukum melaksanakan pada orang yang mampu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.
Sebenarnya, melaksanakan ibadah korban adalah sebaiknya kerana beberapa faktor.
1. Kongsi Bahagian Lembu – Seekor lembu dikongsi dengan tujuh bahagian. Jika tidak mampu menyembelih binatang korban sendiri, diharuskan untuk mewakilkan kepada orang yang lebih arif.
2. Melihat Proses Penyembelihan – Sunat untuk hadir dan melihat sendiri proses penyembelihan binatang korban sama ada lelaki atau perempuan. Ini bafi menghayati sendiri dan mengambil fadilat seperti pengampunan dosa ketika darah binatang korban menitis.
3. Ambil & Makan Sebahagian Daging Korban – Disunatkan bagi orang yang berkorban untuk makan sebahagian daging korbannya.
IKLAN
Walau bagaimana pun, ibadah korban ini bukan saja dibuat oleh orang perseorangan, di kampung atau masjid. Tetapi juga ada pihak tertentu yang menjalankan program korban ini khas untuk dilaksanakan di negara-negara luar yang dikatakan harga lebih murah.
Hukum Bagi Ibadah Korban Di Luar Negara
Ada beberapa pendapat berbeza tentang seseorang mengambil bahagian dalam ibadah korban di luar negara.
Mazhab Hanafi – Makruh dipindahkan ke luar kawasan kecuali jika disebabkan ada kerabatnya di sana atau yang lebih memerlukan.
Mazhab Maliki – Tidak harus dipindahkan sembelihan ke luar kawasan yang melebihi jarak musafir kecuali yang tinffal di luar kawasan lain itu sangat memerlukan.
As-Syafie & Hambali – Hukumnya harus untuk memindahkan ibadah korban ke luar negara yang tidak melebihi jarak musafir.
IKLAN
Daripada apa yang katakan ini, hukum melaksanakan korban secara wakil ke luar negaraadalah HARUS DAN SAH. Jika ada lebihan wang, tidak ada salahnya untuk memilih kedua-dua.
Kongsi Kegembiraan Aidiladha Melalui Kempen Kempen Qurban4Ummah 2023
Melalui Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah mengajak kita untuk membantu mereka yang berada di negara seperti Syria, Palestin, Yaman untuk berkongsi kegembiraan Aidiladha bersama.
Kempen Qurban4Ummah 2023 merupakan pelaksanaan kali ke 12 bagi ibadah korban yang dijalankan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di Syria.
IKLAN
Istimewa bagi tahun ini, Peduli Insan telah memperbanyakkan lokasi pelaksanaan ibadah korban ke Palestin dan Yaman. Ini memastikan saudara kita yang terkesan daripada peperangan dan kini sedang terpalit dengan isu kemanusiaan yang berpanjangan seperti isu ketiadaan makanan terutamanya dapat merasakan nikmat merasai hidangan daging ketika Hari Raya Aidiladha.
Di samping itu, Peduli Insan juga membuka peluang untuk orang ramai bersedekah serendah RM30 melalui Sedekah Adha bagi meraikan mereka yang ingin bersama-sama Peduli Insan, peduli tentang saudara kita di negara bergolak.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ini dan mengambil bahagian dalam ibadah korban di luar negara, boleh layari laman web rasmi Peduli Insan: www.peduliinsan.org
Daftar korban Syria, Palestin atau kongsi kegembiraan Hari Raya Aidiladha serendah RM30 melalui : https://ezy.la/n5c
Bila mak, ayah masing-masing mulai sakit dan tua, anak-anak kebiasaannya mula menjauh. Mulalah berkira-kira jadual menjaga mak, ayah yang mula meningkat usia. Tak kiralah anak sulung ke, anak tengah ke atau anak bongsu, masing-masing harus memikul tanggungjawab menjaga mak, ayah yang merosot kesihatannya.
Sepatutnya ketika inilah anak-anak berebut menjaga mak, ayah. Bukannya pass orang tua macam bola. Tetapi setelah mak, ayah tiada, datang pula menuntut dan berebut harta. Jauhkanlah diri daripada bersikap begini.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin Pesan kepada adik-beradik… Bila sudah besar, sudah ada kerja, sudah ada pendapatan, sudah ada duit, cari harta sendiri… Beli rumah, beli tanah, beli aset… Bagi ada harta dengan nama sendiri… Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung itu nanti… Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik-beradik bergaduh, bermasam muka… Tak guna… Kita ini sulung ke, kita ini lelaki ke, nanti bahagian kita lebih daripada adik- beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap… Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah… Jangan… Sebab nanti bila tak dapat, kita mulalah nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut… Walhal ketika "harta" itu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti… Tup, tup bila harta itu sudah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat "hak" kita… Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke? Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita… Yang lebih utama ialah menjaga ibu bapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa daripada mereka… Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini… Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka… Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan? Tetapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka"… Time sakit tak nak jaga, time sudah tiada datang menuntut pula…
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua, ingatlah betapa besarnya jasa mak, ayah membesarkan kita selama ini. Ketika mereka sakit, jagalah dengan baik hingga akhir hayat mereka. Jangan direbut harta yang sedikit, gali dan carilah harta sendiri.
Usianya masih muda namun Datin Paduka Eina Azman, 23 atau lebih mesra dengan panggilan Eina kelihatan begitu matang. Ibu kepada sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia dua tahun begitu komited terutama terhadap penjagaan anak kembar kesayangannya ini. Malah Eina juga cukup bertuah kerana pasangannya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden begitu memahami dan sentiasa menyokong segala aktiviti yang dipilihnya terutama yang berkaitan seni dan perniagaan.
Selepas mendirikan bahtera selama empat tahun, Eina sendiri begitu selesa dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun aktiviti hariannya begitu padat namun Eina begitu bijak membahagikan setiap kerjayanya. Tidak gemar berdiam diri, Eina sebenarnya sudah mempunyai produk sendiri dan sekali sekala turun padang ke lokasi penggambaran.
Malah sewaktu penulis mahu mencuri masanya dengan anak-anak bagi mengabdikan kisah wanita muda ini sebagai penghias muka hadapan, Eina cukup mudah memberikan kerjasama. Seperti mana tarikh yang dijanjikan, Eina hadir ke studio kami bersama ibu tercinta, anak-anak dan tiga orang pembantunya.
Gelagat anak kembarnya cukup mencuit hati, Arianna Aubrey dan Karl Kareef mempunyai karakter yang berbeza. Namun aksi kedua-dua si comel ini membuatkan kami di studio terhibur. Selesai sesi fotografi, penulis sempat menemubual Eina mengenai perkembangan terbaru dan pelbagai kisah mengenai dirinya dan keluarga untuk tatapan pembaca MW.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada tim MW kerana sudi menjemput saya dan anak-anak untuk sesi fotografi. Saya akan berikan kerjasama yang sebaiknya jika punya masa yang luang. Mengenai perkembangan terbaru, alhamdulillah saya sudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan muncul dengan produk sendiri yang saya namakan Nea Beauty Care by Eina Azman. Setakat ini produk ini masih belum dilancarkan kerana saya masih tunggu beberapa produk lagi yang belum dikeluarkan. Kalau boleh saya nak keluarkan set penjagaan wajah yang lengkap,” ungkap Eina membuka bicara.
Bijak Bahagikan Masa
Selain bergelar isteri, ibu dan menjalankan perniagaan, Eina juga turut meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon. Ditanya bagaimana wanita yang juga anak saudara kepada penyanyi dan pelakon senior Juliza Adzlizan ini membahagikan masanya terhadap kerjaya dan keluarga, Eina akui berasa sangat bertuah kerana mempunyai seorang suami yang begitu memahami.
“Suami tidak pernah cakap ‘tidak’ pada apa yang saya buat. Malah dia juga tidak pernah melarang segala aktiviti yang saya pilih. Suami memberi sokongan setiap apa kerjaya yang saya mahu ceburi asalkan saya pandai bahagikan masa. Cuma dia berpesan pada saya supaya kena tahu batasan sebagai seorang isteri.”
“Contohnya baru-baru ini, saya turun lokasi drama arahan Michael Ang ‘call time’ pukul 10, jadi jam 7 pagi saya sudah bangun siapkan masakan untuk suami dan siapkan anak-anak. Kemudian baru saya keluar, bila waktu rehat saya akan pulang ke rumah dan sediakan masakan tengah hari, kalau tak sempat masa waktu balik sebelah malam baru saya akan masak.”
“Setakat ini saya tak ada masalah untuk bahagikan masa sebabnya lokasi penggambaran sekitar KL, cuma jika pada masa akan datang diberi peluang jalani penggambar di luar KL saya kena cuba susun jadual masa saya dengan baik,” terang Eina yang cukup berdisplin.
Ramai yang beranggapan Eina cukup bertuah kerana hidup dalam kemewahan. Namun dirinya dilihat begitu aktif berniaga dan berlakon. Eina sendiri akui memang ada ‘haters’ di laman sosial yang menyatakan hal sedemikian.
“Saya ni memang jenis yang tak boleh duduk diam tetap nak bekerja keras. Secara jujurnya memang ada ‘haters’ yang cakap ‘dah ada macam-macam kenapa nak berlakon lagi’. Pada saya itu minat saya. Contohnya saya sudah bergelumang dalam dunia lakonan sejak usia 13 tahun. Walaupun perlahan-lahan nama saya naik dari pelakon tambahan dan kemudian watak utama. Karier ini bukanlah sesuatu yang senang-senang untuk saya tolak ketepi.
“Alhamdulillah suami bagi sokong. Tak salah jika ada peluang yang baik untuk saya ambil. Saya juga jenis yang tak kisah walaupun penat. Pada saya jika sudah minat segala perkara akan menjadi senang. Saya selalu muat naik dalam akaun IG masakan yang saya hasilkan. Perumpamaannya sama macam memasak, jika badan penat sekali pun saya akan turun ke dapur memasak. Jika suami saya mahu makan, saya tak kisah pukul berapa pun dia minta, saya akan sediakan masakan yang dia suka. Kadang-kadang tu jam 3.00 pagi saya akan bangun masak bukan mi segera tapi menu berat seperti Masak Lemak atau Kari Ayam,” beritahu Eina.
Mummy Sebagai Idola
Mengusik Eina bagaimana dia cekap dalam mengendalikan rumah tangga memandangkan dia berkahwin dalam usia muda. Eina menerangkan ibu (panggilan Mummy) merupakan idolanya dalam menguruskan rumah tangganya.
“Segalanya saya mulakan dari bawah. Saya ni bukanlahjenis yang terus pandai memasak. Saya belajar perlahan-lahan. Sifu saya adalah Mummy. Sejak kecil saya lihat Mummy menguruskan rumah tangga dengan baik. Setiap hari bapa saya akan bawa bekal yang dimasak Mummy ke pejabat. Mummy juga selalu pesan ikat perut suami dengan air tangan sendiri.
“Masa baru-baru kahwin saya cuma tahu masak tiga lauk saja. Kemudian perlahan-lahan saya belajar masak menerusi internet dan paling penting banyak bertanya kepada Mummy. Baru-baru ini suami teringin nak makan Nasi Dagang, saya belajar masak nasi tersebut, alhamdulillah menjadi dan suami pun suka. Saya juga sangat bersyukur dalam penjagaan anak-anak saya memang perlukan pembantu dan saya memang kesian nak tinggalkan anak lama-lama,” ungkap Eina lagi.
Ditanya adakah dia menghadiri kelas dalam mengendalikan anak-anaknya. Eina menjawab dia cuma banyak membuat kajian di internet.
“Tak sampai ke kelas, cuma saya akan cari di internet contohnya baru-baru ini penyebaran kes HFMD, setiap hari saya akan periksa lidah, tapak tangan dan peha anak. Takutkan, sekarang ni macam-macam penyakit, saya takut anak-anak dijangkiti. Sebabnya sistem imunisasi kanak-kanak lemah dan terdedah pada penyakit. Memang akhir-akhir ini saya jarang bawa mereka keluar kerana bahaya,” terang Eina yang cukup gemar pada kanak-kanak walaupun dia merupakan seorang anak bongsu.
Eina juga turut berkongsi cabaran yang paling sukar baginya tatkala menjaga anak yang sedang sakit.
“Cabaran paling besar dalam menjaga anak-anak, paling saya tak boleh lupakan semasa Karl sakit dua tahun lepas dan ditahan di hospital. Saya sedih sangat sebab semuanya serba tak kena. Nak bagi makan dan uruskan segalanya semua susah. Jadi jika boleh saya tak nak anak sakit dan sentiasa pantau anak-anak agar dijaga dengan rapi. Jika saya ke luar negara dan tinggalkan anak dengan bibik saya akan call sentiasa dan pastikan anak-anak sudah makan. Saya sangat prihatin pada kesihatan mereka,” sambung Eina.
Amal Minum Jamu
Walaupun sudah melahirkan anak kembar namun Eina kelihatan kurus. Ditanya amalan kecantikan yang diamalkan, Eina berkongsi amalan yang diperturunkan oleh Mummy kepada dirinya.
“Sejak sekolah menengah memang Mummy dah paksa kami adik beradik amalkan jamu yang dibuat dari daun inai, kunyit, daun sirih dan manjakani. Setiap hari saya akan minum setengah gelas. Jamu ini sangat baik untuk kesihatan dalaman. Alhamdulillah amalan ini sangat baik dan memberi kesegaran pada tubuh.
“Selain itu saya memang tak ada masa nak ke gimnasium jadi saya akan buat senaman ringan seperti skipping di rumah. Paling penting saya amalkan diet yang sihat dan banyakkan minum air mineral.
“Badan saya ni jenis yang cepat naik jadi, sekarang ni saya memang tak makan nasi cuma akan ambil sekali sekala saja. Saya akan makan lauk dan gantikan nasi dengan ulam-ulaman dan salad,” kongsi Eina.
Banyak lagi sebenarnya cerita menarik yang dikongsikan oleh Eina Azman.Ikuti sambungannya dalam Majalah Mingguan Wanita terbaru isu Oktober, Volume 1 ini. Jadi jangan lupa dapatkan dipasaran!
Hada Labo jenama antarabangsa yang disukai ramai wanita. Selaku jenama penjagaan kulit Jepun yang terkenal, kini Hada Labo meraikan pendekatan minimalisnya dengan selangkah lebih terhadapan dengan mengeluarkan Hada Labo Hydration lotion mesra alam.
Tidak hanya mementingkan kecantikan wanita dengan bahan-bahan diyakini selamat berasaskan air yang sesuai untuk semua jenis kulit wajah, Hada Labo dengan keterujaan mengundang pelanggan untuk menikmati kemewahan dalam menggunakan Hydration Lotion, sambil memupuk pemahaman bahawa pilihan mereka tidak hanya meningkatkan kesihatan dan keserian kulit mereka, tetapi juga secara aktif mewujudkan kehijauan dan masa depan yang lebih mampan.
Bahan pembungkusan PE berasaskan bio yang inovatif dari Hada Labo berasal dari proses dehidrasi etanol yang berasal daripada tebu. Pembungkusan botol 170ml yang baru diperkenalkan mempunyai komposisi yang terdiri daripada 10% bahan polietilena (PE) berasas tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan minyak bumi.
Pelanggan kini boleh menikmati kualiti premium Hada Labo Hdrating Lotion sambil memberikan sumbangan positif kepada alam sekitar.
Dengan mengamalkan penyelesaian pembungkusan yang mampan, jenama itu secara aktif memperjuangkan ekonomi kitaran dan dengan ketara mengurangkan jejak karbonnya secara signifikan. Bahkan dengan menggunakan pembungkusan inovatif ini, setiap pelanggan pasti boleh berasa bangga dengan komitmen mereka terhadap kesejahteraan peribadi dan planet kita.
Bersama-sama kita membuat perbezaan yang luar biasa dengan membuat pilihan bijaksana yang mengharmonikan keindahan kulit dengan keindahan alam sekitar kita.
Penghidratan Yang Mendalam Pada Kulit
Dalam budaya Jepun, air melambangkan penyucian dan kehidupan. Jika tidak ada air, tidak akan ada kehidupan. Hada Labo Hydrating Lotion, losyen No.1 yang tiada tandingan di Jepun selama 16 tahun berturut-turut merupakan bukti keberkesanan luar biasa dan populariti yang berkekalan Hada Labo berada di pasaran.
Direka untuk mengatasi kekeringan kulit sambil mengekalkan kekilauan yang harmoni dan sihat, teksturnya yang ringan dan tidak berminyak memastikan kelembapan sepanjang hari tanpa rasa berat atau melekit.
Langkah Mudah, Fokus Kesihatan Kulit!
Mengamalkan konsep minimalis orang Jepun yang suka kepada hidup sederhana dan bersih, begitu jugalah dengan penggunaan Hada Labo Hydrating Lotion ini.
Apa yang perlu dibuat ialah, gunakan Losyen Penghidratan Hada Labo sebagai langkah pertama untuk meningkatkan penyerapan kulit seterusnya. Ini sangat penting kerana kulit anda perlu dihidratkan terlebih dahulu untuk menyerap kebaikan produk pelembap seterusnya dengan berkesan.
Mengandungi Bahan-Bahan Premium dan ‘Essential’
Losyen Penghidratan Hada Labo mengandungi bahan-bahan premium yang penting, tanpa sebarang bahan berbahaya, seperti pewarna, pewangi, alkohol, minyak mineral, paraben dan MIT.
Selain itu, losyen ini kini turut membantu melindungi bukan sahaja kulit tetapi alam sekitar. Pembungkusan losyen ini berkonsepkan mesra alam yang diperbuat dari tumbuhan yang boleh dikitar semula, iaitu 10% polietilena (PE) berasaskan tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan Petroleum.
Ini antara alternatif semulajadi, berbanding menggunakan botol plastik konvensional yang mencemarkan alam sekitar. Botol-botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya ini membuktikan betapa komitednya Hada Labo terhadap falsafah “tidak lebih, tidak kurang” yang membantu mencegah kemusnahan alam.
Kualiti Tinggi Dan Terjamin
Diformulasikan dengan campuran 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan oleh Hada Labo, yang merangkumi Besar, Sederhana dan Super HA, Nano HA, dan Fermented HA yang pertama di Dunia, Hydrating Lotion ini memberikan penghidratan yang mendalam dan tahan lama serta menguatkan dan memperbaiki dinding kulit.
Setiap varian HA meresap ke dalam lapisan dermis kulit, memberi kelembapan intensif, meningkatkan keanjalan, dan memupuk kulit yang berseri.
Dalam mengejar penjagaan kulit yang terbaik, Hada Labo menyampaikan jemputan kepada pelanggan, menggalakkan mereka untuk menerima Hydrating Lotion dengan pengetahuan bahawa pilihan mereka bukan sahaja menyihatkan kulit mereka tetapi juga menyumbang kepada masa depan yang ditandai dengan kemampanan dan keharmonian alam sekitar.
Bersama-sama, marilah kita memulakan perjalanan ke arah kecantikan yang melampaui diri kita sendiri dan meninggalkan kesan positif kepada dunia yang kita kongsi.
Hydrating Lotion – Rich sesuai untuk kulit normal hingga kering, manakala Hydration Lotion – Light, sesuai untuk kulit normal, kombinasi hingga berminyak. Dijual pada harga RM69.50, ia boleh didapati di farmasi utama, pasar raya dan laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.