Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan Bakar Dalam Kuali! Kadangkala tekak teringin nak makan biskut yang dibakar sendiri, namun oven pula rosak. Sebenarnya mak-mak tetap boleh bakar biskut dalam kuali, guna dapur gas je.

Boleh cuba resipi biskut mudah Biskut Bunga Cina yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat ini. Bakar dalam kuali pun cantik kejadiannya. Boleh buat raya nanti.

Oven rosak, sis teringin nak buat biskut. Sis cuba pakai kuali je. wowww cantik kejadian. Sis buat biskut Bunga Cina yang dulu-dulu punya.

Biskut Bunga Cina guna 3 bahan je:

Bahan-Bahan:

350gm atau 1 peket tepung jagung 
1/2 cawan susu pekat manis 
1 cawan Planta 

Cara Membuat:

1. Kacau Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung uli manja dengan tangan je.

2. Kalau masih lembik adunan tambah sikit-sikit tepung jagung. Hiasan terpulang pada masing-masing. Saya guna acuan pecah 14.

Cara bakar biskut raya atas dapur gas:

1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.

2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.

IKLAN

3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.

Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan, Bakar Dalam Kuali!

4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan, Bakar Dalam Kuali!

IKLAN

5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Contoh biskut bunga cina ambil 15 minit / sehingga kekuningan.

6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.

Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan, Bakar Dalam Kuali!

 

IKLAN

Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan, Bakar Dalam Kuali!

Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!

Mesti Baca:‘BISKUT DATIN’ Rasa Macam Kuih Tart, Buat Lebih Senang Cepat Siap!
Baca Lagi Di Sini:Biskut BUAH KANA Legend Ramai PM Minta Resipi, Dihalalkan Buat Meniaga
Artikel Menarik:Resipi M&M Cookies Mudah Sukatan Cawan, Tak Perlu Guna Penimbang!

Mingguan Wanita:Menarik juga resipi Biskut Bunga Cina ni. Guna 3 bahan je. Bakar dalam kuali pun boleh jadi gebu dan cantik macam ni.

Sumber: Noriza Awang Hamat

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI