Buat ‘Bread Fingers Magnum’ Jajan Premium, Confirm Berebut Habis Dulu! Jika dekat rumah tu ada roti yang tak habis, mak-mak boleh buat jajan premium ‘Bread Fingers Magnum’ untuk anak-anak. ‘Confirm’ laku keras, anak-anak berebut dan cepat habis nanti.
Boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Siti Asma Ctzeck ini.
Lunch hari ni kita tak masak, petang-petang sikit kita masak.Ni kita buat Bread Fingers Magnum.Sakit mata, sakit hati tengok roti beria suh beli tapi makannya tak seberapa. So kita buat jajan premium confirm karang bapaknya pun berebut. Raya nanti pun boleh hidang dengan biskut-biskut lain jugak yang penting confirm yang ni habis dulu.
Bahan-Bahan:
Roti gardenia
Dark Chocolate
Marjerin
Almond Nibs
Cara Membuat:
1.Potong panjang roti gardenia, kemudian bakar selama 20min pada suhu 170°c. Ketepikan.
2. Cairkan dark chocolate,marjerin guna kaedah double boil.
Ads
3. Selepas itu masukkan almond nibs dalam dark choc yang dah cair tadi.
4. Akhir sekali salutkan roti yang dah dibakar tadi dan sejukkan.
Kerabu taugeh, salah satu pembuka selera dan pelengkap pada hidangan. Rasanya yang masam, manis dan masin secukup rasa, kalau ratah begitu saja pun sedap sangat.
Bagi yang suka makan kerabu, mak-mak boleh variasikan. Kerabu pucuk paku, kerabu kerang, kacang botol, termasuklah kerabu taugeh. Nak buat pun sangat senang.
Bagi yang suka kerabu berkuah, boleh lebihkan santan. Tapi kalau yang suka kering, boeh cuba resipi yang dikongsikan oleh Siti Hazneza, selain resipi ini dibuat cara orang lama-lama. Memang padu.
2 biji bawang besar – mayang nipis
2 inci halia – potong jurai
1 bunga kantan – cincang
2 batang serai – ambil bahagian lembut dan hiris nipis
½ cawan beras – disangai (dry roasted) dan tumbuk kasar
2 cawan kerisik – tumbuk sekejap sahaja untuk kuatkan wangi dan rasa, tidak perlu sampai pecah minyak
1 cawan sambal belacan/ secukup rasa
p/s: Kerabu ini versi sayuran sahaja kecuali belacan dari udang.
Boleh tambah perut, kerang atau udang jika mahu.
200 gm taugeh dibuang ekor dan dicelur
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Seimbangkan perisa. Tambah air asam jawa, garam, gula dan sambal belacan jika perlu.
Siap. Rangup dan kering. Jika suka versi yang basah, boleh letak 2-3 sudu makan santan ya.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Kecur pula tengok kerabu taugeh ni. Kalau nak sedap lagi, boleh tambah kerang, perut lembu, udang dan sebagainya. Selera masing-masing.
Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan Bakar Dalam Kuali! Kadangkala tekak teringin nak makan biskut yang dibakar sendiri, namun oven pula rosak. Sebenarnya mak-mak tetap boleh bakar biskut dalam kuali, guna dapur gas je.
Boleh cuba resipi biskut mudah Biskut Bunga Cina yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamatini. Bakar dalam kuali pun cantik kejadiannya. Boleh buat raya nanti.
Oven rosak, sis teringin nak buat biskut. Sis cuba pakai kuali je. wowww cantik kejadian. Sis buat biskut Bunga Cina yang dulu-dulu punya.
1. Kacau Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung uli manja dengan tangan je.
2. Kalau masih lembik adunan tambah sikit-sikit tepung jagung. Hiasan terpulang pada masing-masing. Saya guna acuan pecah 14.
1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Contoh biskut bunga cina ambil 15 minit / sehingga kekuningan.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!
Masuk saja bulan Ramadan, mak-mak tentu dah fikir nak buat biskut raya kan! Tahun ni boleh dikatakan harga biskut raya pun boleh tahan juga, jadi lebih baik buat snediri baru puas hati.
Namun, tak semua mak-mak ‘rajin’ nak buat biskut raya. Bimbang tak menjadi, keras, hangus, kembang dan sebagainya. Daripada membazir, lebih baik beli saja.
Bagi mak-mak yang baru belajar nak buat biskut raya tahun ini, boleh dapatkan panduan ini, mungkin ia boleh membantu dan jadikan biskut raya ‘terpaling’ sedap yang pernah buat, kan!
Beberapa tip yang bukan setakat untuk mak-mak amatur tapi boleh dijadikan panduan buat semua. Maklumlah, ada masanya sukatan dah betul tapi tetap tak jadi. Boleh rujuk panduan ini.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekaligus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
8) Bagi biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak-mak yang nak buat biskut raya tahun ini ye.