Resipi air balang. Kalau musim panas, penjual air balang yang paling seronok sebab banyak permintaan pembeli. Dahaga kan. Tapi kalau hujan, sedih sangat sebab tak ramai pembeli.

Boleh dikatakan penjual air balang yang mendapat untung banyak sebab modalnya tak adalah terlalu besar. Cuma, nak pastikan sentiasa ada pembeli, air yang dibuat itu kenalah dengan tekak dan rasa sedap dan pelbagai air.

Terfikir juga, resipi air balang yang dibuat oleh penjual ini menjadi sampaikan ke petang, masih lagi rasa sedap dan ‘kow’. Perkongsian daripada penjual air balang tentang resipi air yang sangat laris jualannya. Tak loket resipi dan mak-mak bolehlah buat di rumah nanti.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Risau Terambil HAK Orang Lain” Syahmi Sazli Nekad Berhenti Jual Air Balang

Kira-kira Berniaga Air Balang Bermodal RM2000, Cukup 2 Tahun Untung Beribu

Resipi Air Balang Laris Terjual

Ramai juga yang bertanya tentnag resipi air yang saya buat ini. Saya kongsikan bahan dan cara membuatnya. Nanti bolehlah buat di rumah atau dibuat niaga.

IKLAN

Resipi FRUIT COCKTAIL
2 tin cocktail (nak buah banyak letak 3tin)
8 tin susu pekat
4 tin susu cair
Biji selasih (rebus sampai kembang )
Nata de coco (tak letak pun tak apa)
2-3 sudu besar (brand double lion) perisa strawberry
2-3 sudu besar sirap (untuk cantikkan colour)
3 sudu makan

Penjual Kongsi Resipi Air Balang Paling Laris Terjual, Boleh Cuba Buat Niaga!

SODA HERBS
7-8 biji lemon
2 botol air Aiskrim soda
300gm asam boi
2 tin laici
2-3 batang serai titik (potong)
Daun pudina

Sukatan air untuk balang 40 litre
Tambahan air masak lingkungan 7,8 liter.

IKLAN

Cara Membuatnya:

Campurkan kesemua bahan yang digunakan dalam satu balang.
Kacau sahaja dan sedia untuk dijual.

Info:
2 jenis air ni memang yang paling laris terjual sepanjang saya meniaga, yg nak cuba2 tambah menu boleh la cuba resepi air sy ni, insyaallah laris.

IKLAN

Sumber: Bagi yang nak buat di rumah bolehlah kurangkan kuantitinya.
Rasa segar sangat.

Sumber: Faizul Pajali

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI