Kelapa parut memang banyak kegunaannya terutama dalam pelbagai jenis kuih muih dan masakan yang menggunakan santan. Bila ada banyak kelapa parut dan tak habis digunakan kenalah simpan dengan cara yang betul. Barulah ia tahan lama dan tak mudah rosak. Rupanya kena tabur dengan garam dan kukus dahulu selama 15 minit sebelum disimpan.
Untuk faham lebih lanjut, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
“Nak kongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama.”
Bahan Diperlukan:
Garam
Loyang
Periuk Pengukus
Cara-Caranya:
Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata.
3. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan.Kukus selama 15 minit.
Ads
5. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik.
6. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
Ads
7. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Ads
Info Ekstra!
Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut.
Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.
MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat buat mak-mak yang nak simpan kelapa parut agar tahan lama. Jadi tak mudah rosak dan elak pembaziran. Bolehlah digunakan bila-bila masa.
Ada mak-mak lebih suka buat sendiri pes lada kering berbanding beli cili boh di kedai. Sebab bila buat masak, pes lada kering buatan sendiri ini rasanya lebih umph! lagi. Cuma yang lecehnya nak membuat pes lada kering tu amik masa, lagi-lagi nak gunting satu-satu cili kering bagi buang biji.
Kongsi Haniem Mustaphy, dia sendiri baru tahu yang cara buang biji lada kering guna food processor tu mudah sangat. Punyalah tak tahu, selama beli food processor tu tersimpanlah gajet dapur tu dekat 4 tahun dalam almari.
Rupanya untuk dapatkan 4 bekas pes lada kering (rujuk gambar) cuma perlukan masa dalam 20 minit saja kerja-kerja asingkan biji lada kering dengan menggunakan food processor.
Dulu mula-mula kahwin awal 20an, selalu beli lada boh. Sebab saya hanya tahu lada boh. Tak tahu pon yang pes lada boh tu boleh buat sendiri guna lada kering. Tapi lada boh kurang kena selera tekak suami.
Tahun 2013, kami amik maid. Sebab ade maid, jadi benda-benda renyah macam ni boleh sub pada dia. Bermula la episod dia gunting lada kering satu-satu untuk buang biji lada. Saya sendiri tengok pon rase macam ‘aku takkan buat kot kalu dia takde’
Tahun 2016, beli food processor.. Tapi masa beli semata-mata nak guna blender je. Bowl dan aksesori dia saya simpan dalam almari. 4 tahun dia dalam almari. Memang tak pernah guna. Tapi jar blender dia memang setiap hari guna. Sehinggalah jar dia retak baru-baru ni.. Saya terpaksa beli blender baru sebab model yang saya beli ni dah discontinued.. Nak beli jar saja puas cari dalam lazada dan shopee memang takda.
Jadi dah ade blender baru, tersadai la motor food processor ni.. Saya pon keluarkan bowl dan aksesori dari almari untuk display kat dapur je. Tapi rupanya.. Bila ianya tersedia atas meja/kabinet, kebolehan dan kekerapan menggunakannya semakin meningkat.. Sebab mudah. Bila nak guna terus tersedia. Ready to use orang ganu panggil.
Baru-baru ni kakak saya bagitahu, boleh kisar lada kering untuk buang biji. Serious tak tahu. Yang selama ni bibik gunting satu satu rupanye ada kaedah yang lebih pantas.. Biasa bibik amik masa sepagian gunting lada kering.
√ Cili kering tak perlu basuh. Kisar cili kering yang belum basuh tu. Bila dah kisar dan terasing dari biji baru basuh dan rebus.
√ Bila dah rebus nak buang biji macam susah sikit.. Ada yang kadang-kadang terlepas pandang nak buang sebab lada dah lembik.
Gunakan pisau jenis ini.
Lepas kisar, rebus dan masak atas dapur.. Tapi dengan food processor ni saya hanya perlukan 20 minit untuk buang semua biji sebelum direbus dan dimasak.
Dalam penghasilan lada kering, saya suka campur yang jenis gemuk dan kerinting. Gemuk untuk efek merah tp dia tak pedas. Kerinting dia pedas. Jadi saya campur untuk suaikan dengan keluarga saya yang ada anak kecil. Kalau hanya guna yang gemuk, rasa dia sedikit muak. Kalau kerinting saja pedasnya ya Rabbi. So campurlah baru cantik sambal kita.
Bukan review masak macam Sugu.
Tapi review gadget yang memudahkan.
Beli lah beli la
Ramai yang menjaga kebersihan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer.-lebih lagi pada musim Covid-19 ni, bagaikan satu kemestian diletak dalam beg, mahupun ada juga ambil jalan mudah letak didalam kereta untuk mudah dibawa kemana-mana .
Pesanan buat kita jangan sengaja cecair pembasmi kuman ini dalam kereta. .Ia merupakan bahan yang berasaskan alkohol dan dalam keadaan cuaca panas dan terdedah pada suhu yang tinggi ia berisiko untuk terbakar.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. N Ganabaskaran berkata, cecair itu seharusnya disimpan jauh daripada tempat yang terdedah kepada cuaca panas atau punca api seperti rokok dan sebagainya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api,” katanya.
Ini kerana pernah terjadi, pintu kereta terbakar gara-gara hand sanitizer yang ditinggalkan dalam kereta dalam keadaaan cuaca panas.
MW: Jadi berhati-hati iya. Cecair pembasmi kuman ini dilihat menjadi ‘peneman setia’ kebanyakkan daripada kita dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Penting dibawa ke mana-mana dan disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan ia menjadi punca kepada kebakaran. Jangan sengaja tinggalkan dalam kereta!
Kurta merupakan antara pakaian yang paling ringkas dan selesa dipakai. Sesuai digayakan untuk majlis formal ataupun santai. Mak-mak yang pandai menjahit dan tahu asas menjahit boleh cuba buat kurta sendiri untuk suami dan anak-anak nanti.
“Saya juga newbie dalam bidang jahitan. Saya nak share ilmu yang saya ade sedikit ini untuk membantu newbie-newbie macam saya yang pertama kali berhasrat nak jahit kurta simple-simple untuk suami atau ahli keluarga.”
“Saya sharekan tutorial ni setelah saya rase cara ini yang paling mudah dan cepat untuk saya siapkan kurta dalam mase yang getir ini.”
“Tiada apa-apa yang saya harapkan kecuali sharing saya ini dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang tahu asas menjahit tu nak cuba buat kurta untuk suami dan anak-anak mahupun ambil tempahan menjahit bolehlah ikut tip dan langkah yang dikongsikan ini.