Buat mak-mak yang selalu memasak di dapur, memang lebih memudahkan kerja bila sediakan siap-siap cili dan bawang kisar. Waktu memasak pun jadi lebih cepat bila ramuan penting ni dah tersedia dalam peti sejuk.Namun nak buat cili, bawang merah dan bawang putih kisar ni pun ada caranya yang betul. Barulah tahan lama, tak mudah rosak, masam atau berkulat.
Jika ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini cili kisar boleh tahan hingga sebulan manakala bawang merah dan bawah putih pula satu hingga dua minggu.
Berikut perkongsian tersebut sebagai rujukan;
“Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama. Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee, goreng bihun dan goreng kue tiau tinggal cedok jer. Stok untuk seminggu. Dah masuk bulan puasa ni, senang buat stok macam ni.”
Bahan-Bahan Diperlukan (Cili Kisar):
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih ( 8 atau 9 ulas)
1 sudu besar garam
Cara Membuat:
1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci dan masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
3. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.Bila telah mendidih, tutup api.
4. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
4. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender bersama dengan bawang besar dan bawang putih.Blender menggunakan air tapis.
5. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
*Boleh tahan hingga SEBULAN cili kisar tersebut.
Bahan-Bahan Diperlukan (Bawang Merah Kisar):
6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak masak
Sesudu garam
Cara Membuat:
1. Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil.
2. Blender bawang bersama minyak masak.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
3. Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
4. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
5. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan SEMINGGU atau 2 MINGGU Bawang Merah kisar tersebut.
Bahan-Bahan Diperlukan (Bawang Putih Kisar):
5 labu bawang putih
Minyak masak
Sesudu garam
Cara Membuat:
1. Kupas bawang, cuci,keringkan dan hiris kecil.
2. Blender bawang bersama minyak masak.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
3.Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
4. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
5. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan SEMINGGU atau 2 MINGGU Bawang Putih kisar tersebut.
Info Ekstra!
- Pastikan guna sudu yang bersih dan kering ketika mencedok cili atau bawang kisar tersebut.
Baca Lagi Di Sini:
3 Tips Penting Cili Kisar Tahan Lama Lebih 3 Minggu,Tekstur Halus Gebu & Tak Berbau Hapak!
Guna Air Tapisan & Bawang Putih, Rahsia Cili Kisar Tahan Lama, Berbulan Tak Masam Berkulat
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cili, bawang putih atau bawang merah kisar yang dibuat tu tahan lama, tak mudah rosak atau berkulat boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Ani Zam
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI