Daun Sup dan daun bawang memang sering digunakan dalam masakan. Namun selalunya yang nak digunakan sedikit sahaja, bakinya layu dalam peti sejuk dan akhirnya rosak dan terbuang dalam tong sampah. Lebih mudah jika mak-mak boleh tanam sendiri di rumah. Petik yang mana perlu je.
Ada cara mudah untuk tanam daun sup dan daun bawang ni, hanya menggunakan sarang telur. Tak perlu tanam dalam tanah pun, tetap menjadi, elok segar merimbun tanamannya.
Ikut cara yang dikongsikan ini;
Tak pening dah nak cari daun sup dan daun bawang lepas ni.
Bahan Diperlukan:
Bawang Merah
6 biji Sarang Telur
Pisau/Gunting
Cara Membuat:
1. Guna bawang saiz kecik ja dan segar. Kalau bawang tak segar senang rosak. Potong bawah sikit jangan bagi habis akar dan atas sikit.
2. Ambil 6 lapis sarang telur dan tebuk besar-besar sampai level 4 sahaja. Kalau tebuk kecil akar naik atas dan bawang jadi senget macam saya. Tak cantik la macam yang saya tu.
3. Siram sekali sehari cukup dah, dan letak tempat teduh.
4. Makan daun sup dan daun bawang sampai muntah.
Memang ada benarnya nak masak BERAS BASMATHI supaya jadi nasi yang lembut peroi, nisbah sukatan airnya sangat penting! Tak boleh main agak-agak macam kita masak beras biasa. Ada tip dan pantang larang ketika memasak beras basmathi ni, barulah ia jadi elok cantik berderai.
Hadamkan ilmu masak beras basmathi seperti yang dikongsikan oleh Azmi Jusohini sebagai panduan.
1. SEDIAKAN BERAS
Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.
Ini adalah kerana beras ni dah di rebus terlebih dahulu dan dia jemurkan.Macam yang saya terangkan dlm article saya sebelum ni kenapa dan mengapa ianya di rebus dahulu dan di keringkan.
Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.
Rendamkan beras adalah langkah paling utama.
2. NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)
Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.
Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan ye.
Jika terlebih air nasi akan jadi lembek melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.
Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.
Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. In sya allah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni.
Jika nak lebihkan cecair make sure jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras ye. Make sure take note.
3. TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK
Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:
1) Kaedah menumis beras dahulu: Kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan-bahan tumis di dalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibiarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.
2) Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sebelum masukkan beras ke dalam.
3) Kaedah didih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.
4. PANTANG LARANG KETIKA MEMASAK
Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:
Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dlm stage fragile.
Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.
Sentiasa biarkan nasi rest didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.
• Kacau nasi ketika panas, tuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.
• Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.
• Menggunakan pewarna: jika nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sblm dikacau.
• Minyak: Harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan tuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair.
• Elak nasi patah: Elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni, terutama sekali ketika nasi dah kering.
• Bekas penyukat: Gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.
• Tanpa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih bnyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.
Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua yer.
Mingguan Wanita:Jadi kalau nak masak nasi guna beras basmathi boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan ini sebagai panduan. Barulah nasi lembut elok cantik berderai dan masak sekata.
Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Menggunakan bahan-bahan semulajadi yang pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Homemade mushroom seasoning powder. Ke arah perisa semulajadi tanpa garam dan msg.
Cendawan shitake lotuss halfprice stiker kuning
Lobak merah (hiris guna peeler)
Bawang putih
1. Hiris semua bahan dan masukkan dalam air fryer. Dehydrate 80°c 60min++ sehingga bebetul kering macam kerepek.
Mingguan Wanita:Menarik boleh buat sendiri serbuk perasa cendawan ni di rumah. Memang jimat,perisa semulajadi bebas garam dan msg malah boleh dapat banyak hasilnya.
Elak pulut kuning cepat basi. Kalau tak kena cara masak, bukan setakat lembik tapi boleh buat ia cepat basi. Kadang-kadang, dah biasa masak pun boleh jadi basi.
Ada cara untuk elak pulut kuning cepat basi. Mungkin setiap orang ada cara yang berbeza memasaknya. Boleh jadi 2-3 hari pun masih elok. Makan dengan rendang atau serunding, sedap sangat ni.
Kali ni boleh kongsi cara yang diajar oleh arwah mak Zailah ismail ini. Katanya kena panaskan santan dulu, tak perlu tunggu santan tu mendidih pun.
Sedap juga makan pgi dengan pulut kuning. Ada cara nak bagi pulut kuning lambat basi.
Caranya:
Cuci bersih beras pulut dan rendam bersama serbuk kunyit. Kalau rajin, tumbuklah kunyit hidup tapi kalau nak cepat, guna serbuk kunyit pun boleh.
Rendam beras pulut itu bersama asam keping dan sekurang-kurangnya rendam selama 3 jam. Boleh saja rendam semalaman.
Kemudian, panaskan santan, letak garam dan gula sedikit. Panaskan saja di atas api. Tak perlu sampai mendidih pun. Ini untuk elakkan pulut cepat basi.
Sebelum kukus pulut, keluarkan asam keing. Kukus selama 20-30 minit bergantung kepada kuantiti pulut. Kalau banyak, kukus lama sedikit. Keluarkan dan gaul dengan santan.
Gaul sedikit demi sedikit dan biarkan selama 5-10 minit. Lepas itu kukus semula sehingga betul-betul masak. Biasanya paling lama dalam masa 30 minit dah siap masak.
Pp/s: Mungkin lain orang lain caranya. Tapi inilah yang biasa saya buat seperti yang diajar oleh arwah mak.
Mingguan Wanita : Ada juga yang nak cepat tak kukus pun cuma masak dalam periuk nasi. Boleh saja. Cara masing-masing.
BINGKAS 3.0 diteruskan bermula Julai dengan syarat baharu yang membolehkan anak menanggung ibu bapa warga emas menerima bantuan RM300 sebulan bagi meringankan kos sara hidup.