Jika ikut panduan dan cara yang betul pokok daun sup yang dijaga elok mampu hidup lama bertahan sehingga 2 tahun. Memang jimat belanja dapur.

Daun sup sering ditambah dalam masakan sebagai penambah aroma bagi menyedapkan lagi makanan.Boleh dikatakan salah satu kemestianlah bagi mak-mak setiap kali beli bahan basah di pasar.

Namun, seikat kecil daun sup boleh tahan juga harganya, nak digunakan sedikit sahaja. Daripada beli, lebih baik tanam sendiri daun sup ini di rumah.Lebih jimat dan bebas racun serangga.

Namun buat mak-mak yang dah cuba tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati dan tak bertahan lama boleh ikut panduan betul untuk tanam Pokok Daun Sup seperti yang dikongsikan ini.

Tanam pokok sup tak pernah menjadi?

Panduan Tanam : Daun Sup

Tapak Semaian

1. Sediakan tapak semaian, jika boleh guna kan tray semaian yang banyak dijual seperti di kedai Eco . Boleh juga guna pasu atau polybeg.

PANDUAN BETUL Tanam DAUN SUP, Jaga Elok Mampu Hidup Sehingga 2 Tahun!

Letak Kawasan Redup

2.Basahkan tanah,semai benih ( benih daun sup kecil jadi anda perlu lah bersabar semasa semai kerana benih halus) daun sup dan tutup dengan lapisan nipis tanah ,siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, tray semaian atau bekas semai tadi letakkan di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.

3.Perlu bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu.

IKLAN

4.Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.

Keluar 4 Daun Alihkan Ke Pasu

5. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh di alihkan ke pasu atau bekas, letak kan tempat redup yang tidak terkena cahaya matahari yang terik.

Hanya Akar Kena Tanah

6. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun. Supaya batang pokok sup tidak mudah buruk. Pastikan tanam hanya akar sahaja kena tanah. Jangan kambus/tanam pangkal pokok sekali kerana batang dahan-dahan pokok akan buruk.

PANDUAN BETUL Tanam DAUN SUP, Jaga Elok Mampu Hidup Sehingga 2 Tahun!

Elak Terlalu Kerap Siram & Baja

7. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup, siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.

IKLAN

8. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.

9. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Boleh guna semua jenis baja subur/daun.

10. Sekali sekala siram dengan air basuhan betas kerana Pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.

Selamat Mencuba!

IKLAN

Mesti Baca:Amalkan Minum Air Daun Sup & Bawang Putih, PETUA Ikhtiar Rawat Darah Tinggi

Baca Lagi Di Sini:Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!

Artikel Menarik:Cara Simpan Daun Sup Supaya Tak Layu, Ini 4 Bulan Pun Masih Elok Sangat!

Mingguan Wanita:Nak tanam Daun Sup, ikut panduan betul yang dikongsikan ini. Jaga elok boleh bertahan sehingga 2 tahun! Memang jimat kos belanja dapur.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Sumber:Donis De Donnis

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI